Skip to content

Bibir Bengkak: Punca, Rawatan dan Pencegahan

Bibir anda tiba tiba bengkak? Sukar menutup mulut dan bercakap? Makan minum anda terganggu? Walaupun tampak ringkas, bibir bengkak yang dialami boleh mengganggu kehidupan seharian kerana boleh menyukarkan anda untuk bercakap dan semestinya akan menjadi perhatian orang ramai.

Keadaan bibir bengkak ini bukanlah sejenis penyakit namun ia boleh terjadi disebabkan reaksi alahan ataupun merupakan sebahagian tanda tanda penyakit yang lebih jarang ditemui. Namun begitu, jangan mudah panik kerana kebiasaannya, bibir bengkak hanyalah sementara dan bibir akan kembali ke keadaan asal setelah menerima rawatan.

Isi Kandungan
  1. Punca Bibir Bengkak
  2. Rawatan Bibir Bengkak

Punca Bibir Bengkak


Berikut merupakan antara sebab terjadinya bibir bengkak dan apa yang patut anda lakukan:

1. Reaksi Alahan



Banyak orang tanpa mereka sedari sebenarnya mempunyai alergi. Alergi ini boleh terjadi kepada makanan, ubatan, cuaca, debu dan sebagainya. Banyak orang menyangka alergi datang dalam bentuk bersin, selesema dan ruam gatal pada kulit. Sebenarnya, alergi juga boleh datang dalam bentuk bibir bengkak. Ia terjadi sama seperti bersin dan ruam. Dalam reaksi alergi, badan kita menghasilkan banyak histamine iaitu sejenis bahan yang menyebabkan keradangan. Oleh sebab radang itulah, anda bersin dan mengalami gatal gatal.

Dalam situasi bibir bengkak, perkara yang sama terjadi. Histamin yang terhasil daripada keradangan tersebut telah menyebabkan salur darah mengembang dan menjadikannya bengkak.

Cuba kenal pasti sekiranya anda mempunyai alergik terhadap sesuatu bahan. Adakah anda ada memakan sesuatu yang mungkin mencetuskan alergi ini? Ataupun anda ada terdedah kepada perkara yang menjadikan bibir anda sensitif seperti debu?

Antara reaksi alergi yang kerap terjadi adalah alergi terhadap persekitaran, makanan dan ubatan. Kesemua jenis alergi ini boleh menyebabkan bibir bengkak.

2.1 Alergi persekitaran

Persekitaran kita terdiri daripada pelbagai bahan yang membuatkan badan menjadi sensitif. Antaranya, debu, debunga, bulu haiwan dan spora kulat. Anda mungkin tidak menyedarinya kerana partikel ini sangat kecil dan ia berterbangan di udara. Antara tanda tanda alergi persekitaran adalah:

  • Bengkak pada bibir, mata
  • Ruam kemerahan  pada badan
  • Bersin dan sesak nafas
  • Hidung tersumbat


Doktor akan membantu anda untuk mengenal pasti bahan yang anda alergik. Mereka akan melakukan ujian kulit bernama “patch test” bagi melihat reaksi kulit anda. Setelah mengenal pasti, mereka akan memberikan anda ubat anti histamine bagi mengawal reaksi alergi tersebut.

2.2 Alahan makanan

Ramai orang mempunyai alahan jenis ini. Sesetengah makanan atau bahan dalam makanan menyebabkan mereka tidak selesa. Paling biasa kita dengar adalah alergik pada makanan laut, telur, kekacang dan bahan tenusu. Anda biasanya akan mengalami bibir bengkak sejurus memakan bahan tersebut. Antara tanda tandanya ialah:

  • Bibir dan lidah bengkak
  • Pening
  • Sukar menelan
  • Loya
  • Sakit perut
  • Batuk dan sukar bernafas

Cara terbaik bagi mencegah reaksi alergik kepada makanan adalah dengan mengelak dari makan makanan tersebut. Nampak senang namun sebenarnya susah kerana ramai orang terliur dan tidak mampu mengawal nafsu. Jika anda sudah kenal pasti bahan apa yang anda alergi, cuba sebaik mungkin untuk mengelak dari mengambil makanan tersebut. Anda juga boleh ke farmasi bagi membeli ubat anti histamin sekiranya anda mendapat alergi.

2.3 Alahan ubat

Ada sesetengah orang alergi terhadap ubat. Sebagai contohnya, ubat antibiotik penicillin yang sering digunakan oleh doktor untuk merawat jangkitan kuman seperti jangkitan paru paru. Selain itu, pesakit kanser juga boleh alergik pada ubat kemoterapi. Antara tandanya ialah:

Seperti alergi makanan, cara terbaik untuk mengatasi alergi ini adalah dengan mengelaknya. Bincang dengan doktor anda mengenai perkara ini dan minta pendapat doktor untuk menukar jenis ubat anda.

3. Gigitan serangga

Hal ini sering terjadi kepada bayi atau kanak kanak. Tiba tiba sahaja ibubapa mendapati bibir anak sudah bengkak. Apa yang mungkin terjadi ialah anak anda digigit serangga seperti semut dan sebagainya. Jika digigit serangga lebih berbisa dan besar seperti lebah, mungkin keseleruhan badan akan bengkak.

Sekiranya gigitan serangga adalah puncanya, sila berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjutan kerana ada sesetengah serangga mempunyai bisa yang bercaun. Doktor akan merawat anda dengan ubat alergi yang bertindak cepat bagi meredakan bengkak dan gatal yang dialami. Doktor mungkin akan memantau anak anda sekiranya masih kecil dan jika keadaan baik, anak anda akan dibenarkan pulang.

4. Angioedema

Ini adalah keadaan sementara yang terjadi disebabkan bengkak di dalam kulit anda. Bengkak ini boleh terjadi di seluruh badan anda dan paling kerap terjadi di bibir dan mata.



Selain bengkak bibir atau mata, anda juga boleh mengalami:

  • Sakit atau pedih
  • Gatal gatal
  • Ruam kemerahan

Angioedema selalunya berlaku selama 24-48 jam. Doktor akan memberikan ubat anti histamine dan juga ubat corticosteroid bergantung kepada keadaan anda. Kedua dua ubat ini berfungsi untuk mengawal radang dan meredakan bengkak dan symptom lain.

5. Kecederaan atau trauma

Keadaan sebegini sering dilihat dalam kes kemalangan ataupun semudah jatuh basikal. Kecederaan pada muka dan kawasan yang berdekatan bibir seperti hidung dan rahang boleh mengakibatkan bibir bengkak. Antara kecederaan yang sering terjadi di muka ialah:

  • Luka
  • Kesan gigitan
  • Geseran
  • Kesan lecur
  • Trauma objek tumpul

Bergantung kepada jenis kecederaan yang dialami, anda juga mungkin mengalami kecederaan sampingan lain seperti kulit koyak, lebam dan pendarahan.

Jika kecederaan hanya minima dan hanya di permukaan kulit bibir, anda boleh meredakan bibir bengkak dengan meletakkan pek ais ataupun menuam kawasan bibir. Sekiranya terdapat luka yang lebih dalam dan berlaku pendarahan, sila segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

6. Cheilitis glandularis

Ini adalah keadaan radang yang melibatkan bibir anda dan merupakan keadaan yang agak jarang ditemui. Ia sering terjadi kepada lelaki dan dikaitkan dengan pendedahan sinar UV, merokok dan kecederaan bibir. Antara tanda lainnya adalah:

  • Bibir bengkak dan sakit
  • Permukaan bibir yang tidak rata
  • Rembesan air liur

Kebiasaannya keadaan ini tiada ubat. Namun, mereka yang mempunyai keadaan ini lebih terdedah kepada jangkitan bakteria di kawasan bibir dan mulut. Doktor akan merawat anda dengan antibiotik dan ubat tahan sakit.

7. Melkersson- Rosenthal syndrome

Nama yang sangat asing di telinga anda ini adalah suatu keadaan genetik yang sangat ganjil dan jarang ditemui. Ia merupakan radang di kawasan bibir dan kerap terjadi di bahagian muka. Tanda lainnya adalah lidah yang merekah dan otot wajah lumpuh.



Bunyinya menakutkan tapi jangan risau kerana keadaan ini sangat asing. Jika doktor mengesahkannya, anda akan diberi ubat anti radang bagi melegakan bengkak.

8. Cheilitis granulomatous

Keadaan ini juga merupakan keadaan jarang ditemui dan mempunyai kaitan dengan keadaan di atas. Ia menyebabkan terjadinya bibir bengkak dan berbenjol. Doktor akan merawat anda dengan ubat anti radang untuk meredakan bengkak.

Pada dasarnya, terdapat pelbagai keadaan yang boleh mengakibatkan bibir anda bengkak. Segera berjumpa doktor bagi mengenal pasti masalah sebenar anda. Anda juga boleh mendapatkan ubat anti radang di farmasi bagi meredakan bengkak.

Rawatan


Rawatan masalah ini adalah bergantung kepada punca masalah ini. Tetapi ada beberapa jenis rawatan yang akan diberikan kepada pesakit.

1. Ubat Anti-histamine

Ubat anti-histamin selalunya digunakan untuk merawat pesakit alahan(alergi). Ubat yang selalu digunakan adalah Chlorpheniramine, Loratadine atau Cetrizine.

Ubat ini akan melawan tindakan histamin yang terhasil disebabkan reaksi alahan. Oleh itu, ia akan menyebabkan kesan alahan tersebut tidak akan teruk ataunpun berkurangan

2. Ubat Steroid



Ubat steroid sesuai untuk mereka yang mengalami alahan. Ubat ini akan mengurangkan reaksi sistem imun dalam penghasilan kompaun hisatmin. Oleh itu, bila kompaun histamin berkurangan, masalah alahan pesakit akan berkurangan.

3. Ubat Tahan Sakit

Mereka yang mengalami bibir bengkak disebabkan trauma, pesakit seperti ini boleh diberikan ubat tahan sakit jenis nSAID(non-steroidal anti-inflammmatory drug). Ia akan mengurangkan bengkak dengan cara mengurangkan keradangan disebabkan trauma tersebut. Jadi pesakit akan kurang berasa sakit

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Swollen Lips. Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 1 =