Skip to content

Tidur Berdengkur: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah tidur berdengkur? Artikel ini akan menerangkan dengan lengkap berkenaan masalah ini, puncanya

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Definisi
  3. Punca Tidur Berdengkur
  4. Simptom
  5. Penyiasatan
  6. Komplikasi
  7. Pencegahan
  8. Rawatan

Pengenalan


Hampir setiap orang apabila tidur pasti akan mengeluarkan bunyi yang keluar daripada mulut dan hidungnya, atau lebih dikenali sebagai berdengkur. Adakah anda tahu, berdengkur ini boleh dikatakan suatu perkara yang normal dan boleh juga menyebabkan keadaan yang lebih serius berlaku?

Berdengkur ketika tidur jika kita mula mengambil mudah akan situasi yang berlaku, secara tak langsung ia akan memberi kesan kepada orang lain seperti mengganggu waktu rehat orang lain, malah dengan berdengkur yang terlalu kuat, ia boleh mendatangkan malu kepada seseorang itu.



Mari kita ketahui dengan lebih terperinci bagaimanakah berdengkur ini boleh terhasil, apakah puncanya dan bagaimana ingin mengelakkan berdengkur ketika tidur.

Definisi


Berdengkur ialah bunyi serak atau bunyi bising yang terhasil apabila suatu tisu bergetar di bahagian kerongkong yang dinamakan sebagai oropharyngeal tissue atau hypopharyngeal tissue. Tisu ini bergetar disebabkan oleh udara yang disedut melalui saluran pernafasan ketika seseorang itu tidur.

Berdengkur ketika tidur sering juga dikaitkan oleh sleep apnea iaitu penyempitan pada saluran pernafasan ketika tidur.

Sleep apnea ini berlaku apabila seseorang itu berhenti bernafas secara sendirinya selama 10 saat ketika tidur. Jika anda mempunyai berdengkur yang kuat, sebaiknya anda bersegera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Tidur Berdengkur


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu berdengkur ketika tidur, antaranya ialah:



1. Masalah pada saluran pernafasan.

Masalah pada saluran pernafasan seperti hidung tersumbat dan kerongkong yang sempit menjadi penyebab kepada berdengkur. Selain dari itu, tonsil bengkak dan bahagian larynx yang lembut(selalu berlaku pada kanak-kanak) juga boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi kecil dan dengkur pun berlaku.

2. Tidak cukup tidur.

Tidak cukup tidur menyebabkan otot di bahagian tekak berada dalam keadaan yang relaks dan tidak dapat menjalankan fungsi dengan sebaiknya. Perkara ini berlaku disebabkan keletihan yang melampau akan menyebabkan badan cuba untuk merehatkan diri. Hasilnay otot dibahagian tekak pun menjadi lemah dan menutup pada bahagian tekak.

Tidur berdengkur ini pula akan menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai kualiti yang bagus dalam tidurnya kerana kerap terjaga. Perkara ini menyebabkan pesakit sentiasa letih

3. Posisi badan ketika tidur.

Tidur dalam keadaan meniarap antara faktor yang boleh menyebabkan berdengkur. Ini kerana bahagian belakang leher akan menekan saluran pernafasan yang terletak dibahagian hadapan dan menyebabkan penghasilan bunyi dengkur

4. Pengambilan alkohol.



Pengambilan alkohol akan menyebabkan otot yang berada di saluran tekak berada dalam keadaan relaks dan tidak dapat mengecut dan mengembang dengan sepatutnya.

5. Obesiti.

Masalah berdengkur juga berlaku kepada orang yang obesiti kerana banyak lemak yang terdapat pada leher, tengkuk yang pendek sehingga menyebabkan saluran pernafasan tertutup.

Periksa Simptom anda Di Sini

Simptom Tidur Berdengkur


Berdengkur ini selalunya akan menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti penyempitan pada saluran pernafasan ketika tidur (Obstructive Sleep Apnea). Tidak semua orang yang berdengkur akan mengalami masalah ini, tetapi jika masalah berdengkur ini disusuli dengan simptom berikut, mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut mengenai masalah yang berlaku:

  • Tekanan darah yang tinggi.
  • Sakit kepala pada waktu pagi.
  • Tidur yang tidak nyenyak.
  • Sering rasa tercekik pada waktu malam/tidur.
  • Sakit dada pada waktu malam.
  • Berdengkur yang terlampau kuat.
  • Susah untuk memberikan tumpuan.
  • Rasa mengantuk yang berlebihan di siang hari.

Ujian Pengesahan


Jika anda pergi bertemu dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah berdengkur anda, doktor akan melakukan penyiasatan melalui dua perkara:

1. Ujian pengimejan

X-ray, MRI atau CT Scan dibuat untuk melihat struktur dibahagian kerongkong sama ada terdapat benjolan atau struktur yang mengganggu kawasan tersebut. Ia juga boleh memberitahu apakah punca yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah tidur berdengkur.



2. Pemeriksaan waktu tidur (sleep study)

Sleep study selalunya dibuat bagi mengesan masalah sleep apnea dan jenis apnea tersebut. Sleep apnea adalah satu keadaan dimana pesakit akan tiba-tiba berhenti daripada bernafas ketika dalam tidur. Perkara ini penting kerana jika tidak dirawat pesakit akan berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi berserta komplikasinya seperti angin ahmar atau serangan sakit jantung.

Komplikasi


Jika berdengkur ini tidak dirawat dengan sebaiknya, dibimbangi ia akan mendatangkan komplikasi yang lain. Antaranya ialah:

  • Rasa mengantuk sepanjang hari.
  • Mudah untuk rasa marah dan kecewa.
  • Hilang daya tumpuan.
  • Risiko untuk menghidapi penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan strok.
  • Risiko untuk kemalangan jalan raya kerana kekurangan tidur.

Cara pencegahan tidur berdengkur


Masalah berdengkur ini jika tidak serius, ia boleh dirawat dan dikurangkan dengan sendirinya. Ia boleh dirawat dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan boleh dirawat di rumah sahaja tanpa perlu pergi ke hospital.

  • Tinggikan kepala ketika tidur.
  • Kurangkan berat badan.
  • Tidur dengan posisi yang betul (mengiring)
  • Rawat hidung yang tersumbat.
  • Tidak mengambil minuman alkohol.
  • Tidak merokok.
  • Dapatkan tidur yang secukupnya.
  • Jadual tidur yang tetap setiap hari.

Rawatan


Namun begitu terdapat beberapa rawatan yang akan diberikan jika keadaan berdengkur itu dalam keadaan yang serius.

1. Pembedahan

Beberapa pembedahan akan dilakukan untuk membantu menghilangkan berdengkur dengan membuat tisu atau mengecutkan tisu yang berada di bahagian tekak untuk memberikan ruang kepada lelangit untuk lebih kaku (stiff).

2. Penggunaan alat tekanan saluran pernafasan



Penggunaan alat tekanan saluran pernafasan dikenali sebagai ‘Continuous Positive Airway Pressure’ (CPAP) berfungsi untuk membuka saluran pernafasan tersumbat dan memudahkan bernafas serta menghilangkan dengkuran, pesakit mendapat kualiti tidur dan rawatan kurangkan tekanan salur darah arteri pulmonari.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Snoring – Mayoclinic
  2. Snoring – Webmd
  3. Snoring – Healthline
  4. Berdengkur perlu rawatan – Berita Harian, 23 April 2019
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 1 =