Skip to content

Puting Tenggelam: Punca dan Cara Rawatan

Apakah punca dan rawatan bagi masalah puting tenggelam? Artikel ini akan membincangkan berkenaan dengan masalah ini berserta punca, rawatan dan cara untuk mengatasinya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca puting tenggelam
  3. Tahapan
  4. Ujian pengesanan punca
  5. Rawatan
  6. Bila perlu berjumpa doktor?
  7. Proses Penyusuan

Pengenalan


Puting yang termasuk ke dalam dan tenggelam disebut sebagai inverted nipple. Ia juga dipanggil retracted nipple. Jika diperhatikan, puting tersebut berkeadaan rata dengan areola, iaitu kawasan kulit berwarna gelap di sekitar puting.

Sesetengah orang memang dilahirkan begitu dan ada yang mengalaminya setelah beberapa tahun hidup. Kedua lelaki dan wanita boleh mengalaminya dan kadang kadang hanya sebelah sahaja mengalami masalah ini.



Keadaan puting sebegini bukanlah menjadi penyebab kerisauan. Ia juga tidak semestinya menjadikan proses penyusuan menjadi sukar kerana bayi masih boleh menyusu di sekitar areola.

Namun, bergantung kepada tahap masalah puting tenggelam ini, proses penyusuan boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Secara anggaran, seramai 2-10 % wanita mempunyai sekurangnya satu puting yang mengalami masalah ni, dan lelaki juga mempunyai nasib yang sama.

Punca puting tenggelam


Seseorang boleh mempunyai masalah ini sejak lahir, suatu keadaan yang dipanggil congenital inversion. Ada juga yang mengalaminya setelah dilahirkan, dipanggil acquired inversion.

Acquired inversion boleh memberi tanda tentang masalah lain seperti radang pada tisu payudara. Anda perlu berjumpa doktor sekiranya satu atau kedua puting menjadi tenggelam dalam masa yang singkat.

Antara keadaan yang boleh menyebabkan puting tenggelam adalah:

  • Mastitis, iaitu jangkitan pada kelenjar susuan
  • Duct ectasia, iaitu perubahan kelenjar di bawah tisu payudara, sering terjadi terutama sekitar waktu menopaus.
  • Kumpulan nanah di bawah areola
  • Komplikasi dari pembedahan payudara
  • Kanser payudara


Dalam kanser payudara, terdapat juga perubahan yang lain seperti kulit kering sekitar puting, puting yang bengkak dan keluar lelehan darah dari puting. Sila segera berjumpa doktor sekiranya berlaku perubahan di atas.

Masalah ini juga boleh terjadi seiring dengan usia sebagai salah satu proses penuaan. Ia tidak mempunyai kaitan dengan kanser atau penyakit lain.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Tahapan Puting Tenggelam


Terdapat beberapa gred inverted nipple bergantung kepada tahap puting tenggelam dan kebolehgerakan puting:

  • Gred 1: Seseorang boleh menarik keluar puting dan mengekekalkan posisinya. Ini tidak menyebabkan masalah dalam penyusuan bayi.
  • Gred 2: Sesorang boleh menarik keluar puting namun tidak mudah dan puting sering berubah posisi. Terdapat kesukaran ketika penyusuan.
  • Gred 3: Seseorang tidak dapat menarik keluar puting. Penyusuan sangat sukar dan mustahil.

Ujian pengesanan punca


Jika masalah ini berlaku ketika lahir ataupun kanak-kanak, ibubapa tidak perlu risau kerana masalah tersebut akan baik dengan sendirinya dan kebanyakannya bukan berpunca daripada masalah yang berbahaya.

Tetapi jika ia berlaku ketika seseorang itu telah mencapai usia orang dewasa ataupun mempunyai simptom-simptom lain seperti bengkak payudara, lelehan daripada puting dan sebagainya, maka penyiasatan yang lebih perlu dilakukan untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.

1. Pemeriksaan Fizikal

Pemeriksaan akan dilakukan untuk mengesan sama ada terdapat ketulan ataupun pengeluaran cecair daripada putih tersebut. Ia penting untuk mengetahui samada terdapat risiko untuk menghadapai kanser ataupun tidak



2. Pengimejan

Anda juga mungkin perlu menjalani ujian mammogram dan sonogram iaitu ujian pengimejan bagi melihat struktur puting dan payudara dengan lebih jelas. Ujian ini dapat mengesan ketulan yang mungkin disebabkan kanser.

3. Biopsi

Jika doktor mengesyaki kanser, biopsi akan dijalankan dimana sedikit tisu dari kawasan puting atau areola dan diperiksa di makmal bagi mengetahui sama ada kawasan tersebut mempunyai kanser ataupun tidak

Rawatan Puting Tenggelam


Dalam kebanyakan kes, puting tenggelam tidak perlu dirisaukan dan tidak memerlukan rawatan. Ramai orang baik lelaki dan perempuan mempunyai masalah ini sejak lahir.

Antara sebab seseorang mungkin memilih untuk melalui rawatan bagi membetulkan inverted nipple adalah kerana ia mengganggu proses penyusuan dan sebab kosmetik dan aestetik.

Berikut merupakan antara teknik yang boleh digunakan:

1. Teknik Hoffmann’s



Ini merupakan sejenis latihan di rumah secara manual bagi membetulkan puting. Letakkan ibu jari pada di setiap sisi puting. Tekan ibu jari secara perlahan lahan ke sekitar bahagian payudara dan jarakkannya. Ini akan menyebabkan puting menghala ke luar. Tempoh masa untuk puting kekal di posisi tersebut bergantung kepada setiap orang.

2. Alat Sedutan

Ini merupakan satu cara tidak invasif bagi membetulkan puting. Ia akan memberikan tekanan rendah di bahagian putih agar dapat menyedutnya keluar. Biarkan selama beberapa minit agar puting tidak masuk semula

3. Tindik.

Menindik puting boleh membantu puting kekal di posisi yang sepatutnya namun ia mempunyai risiko untuk mengalami jangkitan kuman dan mengganggu jika ingin memberikan susu kepada anak kelak.

4. Pembedahan kosmetik.

Jarang pembedahan dilakukan untuk mengatasi masalah ini kerana ia boleh baik dengan melakukan teknik-tekni di atas. Tetapi jika ia masih tidak berkesan, maka doktor boleh menggunakan beberapa teknik pembedahan yang berbeza bagi mengubah bentuk puting

Dalam setiap prosedur, doktor akan memelihara struktur asal puting, mengelakkan parut kekal dan mengekalkan fungsi penyusuan bagi ibu.



Bila perlu berjumpa dengan Doktor?


Namun begitu, jika seseorang mengenal pasti perubahan pada puting, anda patut segera berjumpa doktor. Perubahan yang berlaku terutamanya dalam masa yang singkat, mungkin memberi petanda keadaan yang lebih bahaya.

Simptom lain yang mungkin memerlukan perhatian termasuk:

  • Benjolan dalam tisu payudara
  • Sakit atau rasa tidak selesa pada payudara
  • Perubahan pada kulit sekitar payudara seperti menebal
  • Kemerahan, iritasi dan keluar cecair
  • Lelehan dari puting

Proses penyusuan


Meskipun inverted nipple boleh menyebabkan proses menyusu menjadi mencabar, bayi boleh menyusu dari sekitar areola, dan puting akan masuk ke dalam mulut. Ini bermakna, proses penyusuan boleh berlaku dengan inverted nipple. Tambahan pula, stimulasi pada puting seperti membiarkan mulut bayi pada puting juga boleh membantu puting kembali pada posisi asal.

Bagi sesetengah wanita, inverted nipple akan kembali kepada posisi betul secara semulajadi apabila mereka hamil dan memulakan proses penyusuan. Anda boleh berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah untuk menyusu. Doktor akan mengajar anda cara memegang bayi yang betul semasa menyusu bagi memperbaiki proses penyusuan.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Inverted nipple – Medical News Today
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 3 =