Skip to content

Cirit Birit Berpanjangan: Punca dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah cirit birit berpanjangan? Artikel ini akan membincangkan punca kepada masalah ini berserta rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Definisi
  3. Punca Cirit Birit Berpanjangan
  4. Simptom
  5. Ujian Pemeriksaan
  6. Komplikasi
  7. Diagnosa lain
  8. Rawatan
  9. Pencegahan

Pengenalan

Cirit birit adalah satu keadaan yang sering berlaku dalam kehidupan kita. Ada kala, cirit birit ini berlaku kerana keracunan makanan, ada kala cirit birit ini berlaku kerana jangkitan kuman dan implikasi daripada penyakit yang lain.

Cirit birit ini menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa dengan perutnya dan menyebabkan kehidupan sehariannya terganggu. Dengan mengetahui punca-punca yang menyebabkan cirit birit dapat membantu mengelakkan keadaan ini berlaku.



Namun, cirit birit ini juga boleh berlaku dalam tempoh masa yang lama. Dan ini boleh menyebabkan keadaan yang lebih buruk berlaku. Dalam artikel ini akan membincangkan serba ringkas mengenai cirit birit berpanjangan atau Chronic Diarrhea.

Definisi

Secara umumnya, cirit birit atau Diarrhea adalah satu proses pencernaan yang berlaku menyebabkan proses pembuangan najis dalam keadaan najis yang berair dan berlendir (loose and watery stool).

Diarrhea ini selalunya terjadi dalam tempoh masa yang sekejap sahaja tidak lebih daripada beberapa hari, dan ini dipanggil sebagai Cirit birit akut (Acute Diarrhea). Tetapi dalam beberapa keadaan yang lebih teruk, cirit birit ini boleh berlaku dalam tempoh masa yang lama dan beberapa minggu, dikenali sebagai cirit birit kronik (Chronic Diarrhea).

Bagi cirit birit akut, seseorang itu akan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari, tetapi cirit birit kronik adalah cirit birit yang bahaya dan perlukan penyiasatan dan rawatan daripada doktor untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku.  

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Perbezaan antara cirit birit akut dan kronik(berpanjangan)

CIRIT BIRIT AKUTPERBEZAANCIRIT BIRIT KRONIK
Tidak melarat, berakhir dalam beberapa hari sahaja.  Tempoh masaMelarat, lebih lama, melebihi 4 minggu
Berair, tidak bercampur darah.Keadaan najisBerair, bercampur darah, berminyak.  
Jangkitan kuman pada makanan dan minuman (bakteria, virus, kulat) dan juga alahan makanan.PuncaPenyebab yang lebih membahayakan seperti kanser usus, penyakit radang usus, penyakit berjangkit dan lain-lain.  
Tidak berulang.BerulangBerulang.  

Punca cirit birit berpanjangan

Cirit birit kronik mempunyai punca yang lebih serius dan berbahaya berbanding cirit birit akut.

  • Sindrom Iritasi Usus (Irritable Bowel Syndrome)
  • Jangkitan kuman
  • Masalah sistem kelenjar.
  • Alahan makanan.
  • Kesan ubat-ubatan
  • Kanser usus


Jangkitan virus: Virus juga boleh menyebabkan cirit birit kepada seseorang. Cytomegalovirus dan virus hepatitis antara virus yang menjadi punca kepada cirit birit.

Bakteria dan parasit: Keracunan pada makanan dan minuman boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan parasit kepada seseorang. Cirit birit, muntah dan rasa loya antara simptom keracunan makanan.

Kesan ubat-ubatan: Pengambilan antibiotik boleh menyebabkan kesan sampingan cirit birit selepas pengambilannya. Ini kerana antibiotik akan menghapuskan bakteria baik dan jahat di saluran pencernaan, seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan semula jadi di bahagian saluran pencernaan. Antara ubat yang lain ialah digitalis, ubat kemoterapi, antacid, hormon thyroid dan lain-lain.

Intoleransi Laktosa (Lactose Intolerance): Intoleransi laktosa adalah di mana seseorang itu tidak boleh mencerna gula laktosa dan menyebabkan kesan cirit birit.

Periksa Simptom anda Di Sini

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anda mengalami ciri-ciri seperti dibawah, anda perlulah segera berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan.

  • Cirit birit selepas beberapa hari.
  • Badan menjadi dehidrasi dan lemah.
  • Rasa sakit di bahagian perut dan abdomen.
  • Najis berdarah dan kehitaman.
  • Demam pada suhu yang tinggi.

Simptom

Simptom yang paling utama bagi cirit birit kronik ini adalah najis yang berair dan lendir (loose and watery stool) selama beberapa minggu. Namun terdapat beberapa simptom lain yang turut berlaku ketika cirit birit kronik ini.

  • Sakit perut.
  • Kekejangan di bahagian perut.
  • Senak perut.
  • Sakit di bahagian abdomen.
  • Sakit badan, sakit sendi.
  • Hilang berat badan.
  • Dehidrasi.
  • Hilang berat badan dan selera makan.
  • Najis berdarah dan berair.

Komplikasi

Diarrhea boleh menyebabkan komplikasi dehidrasi badan dan elektrolit. Dehidrasi ini yang selalu menyebabkan komplikasi kepada badan seperti metabolic acidosis, hypokalemia dan hypomagnesemia.



Ujian Pemeriksaan

Jika anda mengadu mengalami cirit birit, doktor akan bertanyakan kepada anda beberapa perkara sebelum dilakukan penyiasatan yang lain:

  • Sejarah pengambilan ubat yang diambil.
  • Sejarah mendapatkan rawatan.
  • Maklumat keluarga yang berkaitan.
  • Sejarah mengunjungi tempat yang berisiko.
  • Bilakah cirit birit ini berlaku?
  • Kekerapan cirit birit ini.
  • Keadaan najis (berdarah, berair, warna)
  • Tanda demam dan dehidrasi.

Selepas itu, doktor akan melakukan kaedah penyiasatan seperti berikut:

  • Ujian pengesanan darah
  • Ujian fungsi hati
  • Erythrocyte sedimentation rate dan C-reactive protein
  • Ujian antibodi
  • Ujian pada najis

Diagnosa lain

Cirit birit kronik ini mempunyai simptom yang pelbagai dalam beberapa penyakit, dan ini menyebabkan doktor perlu interpretasi secara diagnose lain.

Rawatan Cirit Birit Berpanjangan

Rawatan bagi cirit birit pula adalah semestinya dengan berjumpa dengan doktor, untuk mengenal pasti punca yang berlaku. Rawatan yang diberikan adalah bergantung pada punca yang dihadapi. Namun terdapat beberapa rawatan yang sesuai untuk merawat masalah yang dihadapi.

  • Ubat anti-diarrhea: Ubat seperti diphenoxylate-atropine dan loperamide antara ubat yang boleh diambil oleh pesakit. Ubat ini berfungsi untuk melambatkan proses pergerakan usus supaya lebih banyak cecair dapat diserap di bahagian usus.
  • Suplemen yang mengandungi zink juga bagus diambil untuk kanak-kanak yang mengalami cirit birit.
  • Rawatan penggantian cecair dan elektrolit: Rawatan penggantian cecair dan elektrolit yang mengandungi sodium chloride, potassium chloride, dan glucose adalah penting untuk merawat komplikasi dehidrasi yang berlaku disebabkan oleh cirit birit.

Semestinya rawatan bagi cirit birit kronik ini perlu dinasihati dan dipantau oleh doktor yang merawat anda. Ini kerana rawatan bagi cirit birit ini adalah berlainan yang bergantung pada punca yang menyebabkan cirit birit.

Cara untuk mencegah Cirit Birit Berpanjangan

Kaedah pencegahan adalah kaedah yang paling baik untuk mengelakkan cirit birit yang lebih buruk berlaku.

  • Cara hidup dan pemakanan yang seimbang
  • Berbincang dengan doktor mengenai ubat yang diambil untuk mengurangkan kesan sampingan (jika perlu tukar ubat)
  • Mengamalkan kebersihan yang tinggi.
  • Ambil makanan yang baru dimasak.
  • Elakkan penggunaan julap yang berpanjangan.
  • Mengambil makanan yang mempunyai serat yang tinggi.
  • Elakkan pengambilan arak, cafein, makanan pedas dan merokok.

Pembacaan bagi masalah yang lain

Sakit PerutHidung Berbau Busuk
Puting SakitPayudara Bengkak
Puting TenggelamTidur Berdengkur
Rasa LoyaBengkak Lutut
Susah Buang Air KencingDemam Berpanjangan
Bengkak AirPerut Kembung
Tangan MenggeletarSakit Pergelangan Tangan
SelesemaBayi Selesema
Hidung TersumbatMuka Pucat
Bibir BengkakCirit-Birit Berpanjangan

Periksa Simptom anda Di Sini



Rujukan:

  1. Healthline – Chronic Diarrhea
  2. Mayoclinic – Diarrhea
  3. Web Md – Digestive Disorder
  4. My Health – Cirit Birit
  5. Up to date – Chronic Diarrhea
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + 11 =