Skip to content

Gegata : Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah gegata atau sopak garam? Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan perkara ini

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Simptom Gegata
  3. Punca Gegata
  4. Komplikasi
  5. Ujian Pemeriksaan
  6. Rawatan
  7. Tips

Pengenalan Penyakit Urtikaria

Masalah gegata atau dikenali sebagai sopak garam merupakan masalah alahan yang berlaku pada kulit. Dalam istilah perubatan ia dipanggil sebaga ruam urtikaria. Penyakit ini akan mengakibatkan kulit pesakit menjadi bengkak, menebal, warna kemerah-merahan serta rasa gatal-gatal.

Penyakit gegata atau sopak garam ini boleh dikategorikan sebagai kronik jika telah berlaku lebih daripada 6 minggu. Dan dalam situasi ini, pesakit akan sering rasa sangat tidak selesa dan akan mengganggu pesakit semasa melakukan aktiviti harian serta ketika tidur.

Simptom Gegata



Berikut adalah antara simptom penyakit sopak garam:

  • Kulit menjadi bengkak.
  • Bengkak: Pelbagai saiz dan bentuk.
  • Rasa gatal pada kulit.
  • Ruam kemerah-merahan.
  • Angioedema(Bengkak) pada bibir, kelopak mata atau dalam kerongkong.
  • Masalah ini boleh berlaku dari beberapa minit kepada beberapa jam. Namun ada juga kes yang mengalami masalah tersebut sehingga berminggu-minggu. Antara puncanya adalah kerana pesakit sering terdedah kepada faktor yang merangsang penyakit tersebut.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Gegata

Penyakit sopak garam ini berlaku akibat daripada tindak balas badan pesakit kepada sesetengah faktor, sama ada yang berasal daripada dalam atau luar badan. Hal ini berlaku kerana badan pesakit sensitif terhadap faktor tersebut.

Tindak balas tersebut akan mengakibatkan kandungan histamin dalam badan kita meningkat. Maka berlakulah penyakit urtikaria atau sopak garam.

Faktor berlakunya urtikaria terbahagi kepada dua jenis, sama ada alergi atau bukan alergi.



1. Alergi

Kategori ini akan menyebabkan berlaku type I hypersensitivity. Berikut adalah antara jenis serta contoh-contoh masing-masing:

  • Makanan; Ikan, susu, coklat, strawberi, pisang, kacang, dan telur.
  • Ubat-ubatan; NSAID, salycilates, penicilin, dan antibiotik.
  • Sedutan (Inhalant): Minyak wangi, debunga, dan spora.
  • Gigitan serangga atau parasit.
  • Jangkitan bakteria, virus, atau fungi.
  • Mengandung.

Pesakit mempunyai penyakit lain seperti SLE atau kanser.

2. Bukan alergi.

  • Terdedah kepada cahaya matahari.
  • Cuaca panas atau sejuk.
  • Tekanan ke atas kulit, contohnya oleh gelang tangan atau jam tangan ketat.
  • Stres.
  • Menggaru kulit
Punca gegata

Komplikasi

Umumnya, urtikaria tidak menyebabkan komplikasi yang merbahaya. Namun jika pesakit menghadapi reaksi alergik yang serius iaitu anaphylaxis, maka pesakit tersebut perlu dirawat dengan segera.

Antara tanda-tanda anaphylaxis ialah:

Ujian pemeriksaan

Semasa pesakit berjumpa dengan doktor, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal kepada pesakit. Doktor akan bertanyakan beberapa soalan kepada pesakit untuk mengesan faktor-faktor yang mungkin berisiko menyebabkan pesakit mengalami penyakit sopak garam.

Antara soalan yang akan ditanya ialah:



  • Aktiviti harian.
  • Sebarang ubat-ubatan atau supplement peribadi yang diambil oleh pesakit.
  • Makanan dan minuman pesakit.
  • Kawasan bengkak muncul pada permulaannya.
  • Tempoh yang diambil untuk ruam tersebut sembuh.
  • Rasa sakit pada bengkak tersebut atau tidak.

Jika berdasarkan pemeriksaan fizikal serta jawapan pesakit kepada soalan-soalan yang diutarakan oleh doktor menunjukkan bahawa penyakit sopak garam ialah berpunaa daripada penyakit yang lain, maka doktor akan melakukan ujian selanjutnya untuk mengesan penyakit tersebut.

Antara ujian yang dilakukan ialah::

  • Ujian darah (blood test).
  • Ujian kulit (skin test).

Rawatan gegata

Antara langkah-langkah yang diambil oleh doktor ialah:

  1. Pesanan untuk pesakit elak daripada terdedah kepada faktor-faktor berlaku urtikaria.
  2. Ubat sapu untuk melegakan rasa gatal, seperti calamine losyen.
  3. Ubat antihistamin. Ubat ini yang selalu diberikan adalah Chlorpeniramine atau loratadine
  4. Steroid. Ubat anti keradangan ini selalunya diberikan jika keadaan ruam urtikaria yang teruk

Tips untuk pesakit

Pesakit mungkin akan menghadapi penyakit ini untuk jangka masa yang lama. Justeru, berikut ialah langkah-langkah yang boleh melegakan penyakit tersebut.

  • Pakai pakaian yang longgar dan tidak ketat.
  • Elakkan menggaru kulit secara berlebihan.
  • Kurangkan rasa gatal pada kawasan bengkak tersebut sama ada dengan kain sejuk atau krim anti-gatal.
  • Sentiasa cakna waktu dan tempat berlaku urtikaria serta aktiviti harian. Ini penting untuk mengesan faktor berlaku penyakit tersebut.
  • Elakkan diri terdedah kepada faktor risiko urtikaria.
  • Pakai krim pelindung matahari sebelum keluar daripada rumah.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Chronic Hives – Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 4 =