Skip to content

Bisul: Punca, Komplikasi dan Cara Rawatan

Bisul adalah benjolan pada bahagian kulit dimana didalamnya mengandungi nanah. Selalunya ia disebabkan jangkitan kuman pada liang roma yang tersumbat.

Bisul boleh tumbuh pada mana-mana bahagian badan. Akan tetapi ia selalunya timbul pada bahagian belakang badan, dada dan juga bahagian pinggul. Ia juga boleh tumbuh pada bahagian yang mempunyai bulu seperti bahagian ketiak dan kawasan kemaluan

Kebanyakan masalah ini selalunya tidak berbahaya dan akan baik dengan sendirinya. Antibiotik krim yang boleh didapati di farmasi boleh merawat masalah tersebut jika ia tidak terlalu serius.



Jika terlalu besar, prosedur untuk mengeluarkan nanah daripada kawasan tersebut mungkin dilakukan.

Punca Bisul

Bisul terjadi jika terdapa jangkitan bakteria pada kawasan kulit. Jangkitan ini akan menyebabkan sel darah putih terkumpul dikawasan kulit tersebut dan bertukar menjadi nanah.

Terdapat 2 punca yang menyebabkan masalah ini. Penyebab bisul ini adalah:

1. Jangkitan bakteria

Bakteria Staphylococcus Aureus adalah bakteria yang paling selalu menyebabkan masalah ini. Risiko anda untuk menghadapi masalah ini akan lebih jika anda

  • Berada bersama dengan mereka yang mempunyai masalah ini
  • Penyakit kulit yang kronik seperti ekzema dan jerawat
  • Kencing manis
  • Pesakit yang mengalami fungsi imun sistem yang kurang seperti mereka yang mengalami jangkitan HIV
  • Mereka yang tidak mengamalkan kebersihan


2. Jangkitan folikel

Folikel adalah kawasan tumbuhnya bulu ataupun rambut. Ia boleh terjadi selepas mencukur bulu kerana ia mendedahkan kuman di atas kulit untuk masuk kawasan tersebut.

Mengenalpasti bisul

Benjolan ini selalunya berada di bahagian kulit dan berwarna merah. Jika ia sudah mengandungi nanah, bahagian tengahnya akan berwarna kekuningan menunjukan ia sudah dipenuhi dengan nanah.

Jika benjolan tersebut terlalu besar, ia mungkin mendatangkan simptom yang lain kepada bayi seperti demam, rasa sejuk dan menggigil. Selain itu, ia juga akan meningkatkan sel darah putih dalam badan kerana ia diperlukan untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bila anda perlu berjumpa dengan doktor?

Selalunya, masalah ini dapat sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Tetapi jika anda dalam kategori ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Ia adalah:

  • Pesakit adalah kanak-kanak
  • Umur anda lebih dari 65 tahun
  • Anda mempunyai sistem imun yang lemah seabgai contoh mereka yang mempunyai HIV dan kanser
  • Baru sahaja menjalani kemoterapi
  • Bisul terletak pada bahagian muka dan tulang belakang
  • Bisul tersebut terlalu besar
  • Bisul tersebut tidak baik selepas seminggu
  • Kawasan disekeliling bisul menjadi sangat merah dan sakit

Komplikasi

Dalam sesetengah kes, bisul boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti

  • Jangkitan tersebut merebak ke dalam darah
  • Jangkitan tersebut merebak ke dalam jantung
  • Jangkitan tersebut merebak ke kawasan kulit yang lain
  • Jangkitan pada bahagian tulang (osteomyelitis)

Rawatan bisul

Bisul yang kecil boleh dirawat di rumah. Menuam kawasan bisul tersebut boleh membuatkan liang roma terbuka dan nanah boleh keluar.



Jika nanah sudah keluar, lap dengan baik dan tutup dengan kain ataupun gauze untuk mengelakkan ia meleleh ke kawasan kulit yang lain.

Beberapa rawatan lain untuk menangani bisul ini adalah:

1. Prosedur mengeluarkan Nanah

Jika benjolan tersebut semakin membesar ataupun masih tidak baik, pesakit boleh berjumpa dengan doktor untuk mengeluarkan nanah tersebut.

Prosedur tersebut akan dimulakan dengan memberi bius disekeliling kawasan terlibat. Kemudian, kawasan bisul akan dipotong dan nanah dikeluarkan.

Selepas prosedur tersebut, pesakit selalunya akan diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan kuman yang masih ada.

2. Antibiotik

Jika benjolan tersebut sangat besar dan teruk, pesakit mungkin akan diberi antibiotik



Apabila masalah bisul ini telah sembuh, selalunya ia akan menghasilkan parut.

Cara untuk mengelakkan bisul

Anda mungkin tidak selalu mengalami masalah ini. Akan tetapi terdapat cara-cara untuk mengurangkan kebarangkalian anda untuk mengalami masalah tersebut. Iaitu untuk mengurangkan jangkitan yang disebabkan bakteria staphylococcus iaitu:

  • Selalu membasuh tangan anda
  • Basuh dengan bersih kawasan luka walaupun luka tersebut kecil
  • Elakkan berkongsi barang terutamanya tuala, pencukur,baju dan juga alat kosmetik
  • Jika anda mempunyai luka, sentiasa basuh tuala anda dengan bersih

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Abscess. (2014). – NHS
  2. Dhar AD. (n.d.). Cutaneous abscess. – Merck Manual
  3. Dhar AD. (n.d.). Folliculitis and skin abscesses. – Merck Manual
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + seventeen =