Skip to content

Luka Melecur: Punca, Simptom dan Rawatan

Luka melecur adalah antara kecederaan dalam rumah yang sering berlaku terutamanya kepada kanak kanak. Luka lecuran disifatkan sebagai kecederaan teruk pada kulit yang menyebabkan sel kulit mati.

Ramai orang boleh sembuh dari luka melecur tanpa komplikasi yang serius dan ia bergantung kepada punca dan tahap kecederaan. Lecuran yang lebih serius memerlukan  rawatan kecemasan  segera bagi mengelakkan komplikasi dan membawa maut.

Tahap lecuran

Terdapat 3 jenis tahap luka melecur- tahap pertama, kedua dan ketiga. Setiap tahap dikelaskan mengikut kecederaan pada kulit. Tahap pertama adalah paling kurang serius dan tahap ketiga adalah tahap paling serius. Kecederaan  yang terjadi termasuk:

  • Tahap pertama: kulit merah, tidak melepuh
  • Tahap kedua: kulit melepuh dan kulit menebal
  • Tahap ketiga: kulit menebal secara menyeluruh dan berwarna keputihan


Terdapat juga lecuran tahap keempat. Ia mempunyai rupa yang sama seperti lecuran tahap ketiga tetapi ia merebak ke bahagian tulang dan tendon.

Punca Luka Melecur

Terdapat pelbagai punca kepada masalah ini. Ia boleh disebabkan objek yang panas dan boleh juga disebabkan bahan kimia dan elektrik. Beberapa punca tersebut adalah:

  • Lecuran dari terkena air panas
  • Lecuran kerana bahan kimia
  • Lecuran kerana eletrik
  • Kebakaran termasuk dari mancis, lilin atau pemetik api
  • Pendedahan kepada cahaya matahari terlalu lama

Tahap lecuran tidak bergantung kepada puncanya. Lecuran dari terkena air panas contohnya, boleh menyebabkan ketiga tiga tahap lecuran bergantung kepada suhu air dan tempoh air panas  terkena pada kulit.

Lecuran dari bahan kimia dan eletrik memerlukan rawatan kecemasan segera kerana ia boleh memberi kesan kepada struktur dalam badan meskipun kecederaan pada kulit hanya minima.

1. Lecuran tahap pertama



Lecuran tahap pertama menyebabkan kecederaan kulit yang minima. Ia juga dipanggil lecuran superficial(permukaan kulit) kerana ia hanya memberi kesan kepada lapisan kulit paling luar. Tanda tanda lecuran tahap pertama ialah:

Memandangkan lecuran tahap pertama hanya melibatkan lapisan kulit paling luar, tanda akan hilang apabila kulit gugur. Lecuran tahap pertama biasanya akan sembuh dalam 7 hingga 10 hari tanpa meninggalkan parut.

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya luka lecuran anda melibatkan kawasan kulit yang besar, melebihi 3 inci dan sekiranya lecuran berlaku di kawasan muka ataupun sendi utama termasuk:

  • Lutut
  • Buku lali
  • Kaki
  • Tulang belakang
  • Bahu
  • Siku
  • Lengan

Rawatan

Lecuran tahap pertama dirawat menggunakan rawatan di rumah. Fasa penyembuhan mungkin lebih cepat jika rawatan awal diberikan.

  • Merendam luka lecuran dalam air sejuk selama 5 minit atau lebih
  • Mengambil ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau acetaminophen
  • Menyapu ubat kebas lidocain dengan gel aloe vera arau krim bagi meredakan kesakitan
  • Menggunakan ubat sapuan antibiotik dan kain balutan bagi melindungi kawasan lecuran

Pastikan anda tidak menggunakan ais kerana ia akan menyebabkan luka semakin teruk. Elakkan meletakkan kapas kerana bulu halus boleh melekat di kawasan luka dan menjangkitinya. Elakkan juga penggunaan bahan dapur seperti mentega dan telur kerana ia tidak berkesan.

2. Lecuran tahap kedua

Lecuran tahap kedua lebih serius kerana kecederaan melibatkan lapisan kedua kulit. Ini akan menyebabkan kulit melepuh dan timbul gelembung air yang sangat merah dan sakit.



Sesetengah gelembung pecah menyebabkan luka tampak basah dan berair. Apabila semakin lama, kuping yang tebal dan lembut tumbuh melitupi luka.

Disebabkan luka ini sangat terdedah, memastikan kawasan sekitar bersih dan membalutnya dengan baik sangat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman. Ia juga dapat membantu luka sembuh dengan cepat.

Sesetengah lecuran tahap dua mengambil masa lebih dari 3 minggu untuk sembuh, tetapi kebanyakannya sembuh dalam masa 2 minggu tanpa meninggalkan kesan parut, tetapi warna yang sedikit gelap pada kulit.

Semakin teruk kulit melepuh, semakin lama masa diambil untuk kulit sembuh. Dalam kes yang lebih serius, skin grafting diperlukan bagi membaiki lecuran. Skin grafting merupakan satu proses dimana kulit dari bahagian badan lain diambil bagi ditampal pada kawasan kulit yang melecur.

Rawatan

Seperti mana rawatan lecuran tahap satu, elakkan penggunaan kapas dan bahan dari dapur. Rawatan bagi luka lecuran tahap kedua sederhana secara amnya:

  • Melalukan air sejuk ke atas luka selama 15 minit atau lebih
  • Mengambil ubat tahan sakit seperti acetaminophen dan ibuprofen
  • Menyapu ubat sapu antibiotik pada kulit yang gelembung

Namun begitu, segera dapatkan rawatan kecemasan sekiranya lecuran berlaku dikawasan yang besar seperti:

  • Muka
  • Tangan
  • Punggung
  • Kelangkang
  • Kaki

3. Lecuran tahap tiga



Jika tidak mengambil kira lecuran tahap keempat, lecuran tahap ketiga adalah yang paling teruk. Ia menyebabkan kerosakan kulit yang paling  banyak, melibatkan keseluruh lapisan kulit.

Terdapat salah tanggapan bahawa lecuran tahap ketiga adalah yang paling menyakitkan. Namun, dalam lecuran tahap ketiga, kerosakan kulit terlalu banyak sehingga tidak ada rasa sakit pun kerana kerosakan saraf.

Bergantung kepada punca, tanda lecuran tahap ketiga adalah seperti berikut:

  • Permukaan putih dan seperti berlilin
  • Warna tompok hitam pada kulit
  • Tekstur yang kasar dan tebal
  • Tiada kulit melepuh

Rawatan

Tanpa pembedahan, luka lecuran sembuh dengan meninggalkan parut yang sangat teruk serta contracture. Tiada had masa bagi penyembuhan secara spontan penuh bagi lecuran tahap ketiga.

Jangan cuba untuk merawat sendiri lecuran tahap ketiga. Segera telefon 99. Angkat bahagian yang melecur lebih tinggi dari jantung. Jangan cabut pakaian, tetapi pastikan tiada pakaian yang melekat pada tempat melecur.

tahapan luka melecur

Tahap 1: Melibatkan epidermis sahaja

Tahap 2 Melibatkan epidermis dan dermis



Tahap 3: Melibatkan ketiga-tiga lapisan

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komplikasi lecuran

Berbanding lecuran tahap pertama dan kedua, lecuran tahap ketiga membawa risiko komplikasi yang paling teruk seperti  jangkitan, kehilangan darah dan renjatan(tekanan darah rendah) yang sering membawa maut. Pada masa yang sama, semua tahap lecuran membawa risiko jangkitan kerana bakteria boleh masuk melalui kulit yang luka.

Tetanus juga merupakan salah satu komplikasi lecuran yang boleh terjadi. Seperti mana sepsis, Kancing gigi merupakan sejenis jangkitan bakteria. Ia memberi kesan kepada sistem saraf, dan menyebabkan masalah seperti otot kejang. Oleh itu sebagai langkah pencegahan, setiap orang disyorkan mengambil suntikan tetanus setiap 10 tahun.

Lecuran yang teruk juga membawa risiko hypothermia dan hypovolemia. Hypothermia adalah keadaan di mana suhu badan menjadi terlalu rendah yang terjadi kerana kehilangan haba dari badan. Hypovolemia pula adalah jumlah darah rendah yang terjadi apabila badan hilang terlalu banyak darah melalui lecuran.

Pencegahan Luka Melecur

Sesetengah pekerjaan seperti di kilang mungkin mendedahkan anda kepada risiko lebih tinggi terjadinya lecuran, namun kebanyakan lecuran berlaku di dalam rumah. Kanak kanak dan bayi adalah mereka yang paling terdedah kepada lecuran. Berikut merupakan langkah pencegahan yang anda boleh amalkan:

  • Jauhkan kanak kanak dari dapur ketika memasak
  • Pusingkan pemegang kuali ke arah yang sukar dicapai
  • Letakkan pemadam api berdekatan dapur
  • Uji pengesan asap setiap bulan
  • Pastikan suhu pemanas air bawah dari 120 darjah fahrenheit
  • Simpan mancis dan pemetik api di tempat selamat
  • Periksa dan buang wayar eletrik yang sudah terdedah
  • Letakkan bahan kimia jauh dari capaian dan guna sarung tangan semasa penggunaan

Anda juga disyorkan untuk melengkapkan kediaman dengan pelan kebakaran dan berlatih menggunakannya.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Burns – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + seven =