Skip to content

Diet Pesakit Gastrik yang Betul dan Mudah

Apakah cara pemakanan atau diet untuk pesakit gastrik? Artikel ini akan cuba membincangkan perkara ini.

Sakit gastrik atau gastritis merujuk kepada keadaan yang menyebabkan keradangan pada permukaan lapisan dalam perut. Ia melibatkan banyak faktor dan kebanyakannya berpunca dari diet. Oleh itu, cara terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mengenal pasti makanan yang mencetus kepada masalah gastrik dan mengelakkannya. Terdapat juga sesetengah makanan yang boleh membantu melegakan simptom gastritis dan disarankan untuk mengambilnya secara konsisten.

Sakit gastrik boleh menjadi akut atau kronik. Sakit gastrik akut datang secara tiba tiba dan sangat teruk manakala sakit gastrik kronik mengambil masa yang lebih lama.



Sakit gastrik mempunyai pelbagai jenis dan disebabkan oleh sebab yang berlainan. Simptom sakit gastrik termasuk rasa tidak selesa selepas makan, sakit perut, loya dan cepat kenyang.

Bagi kebanyakan orang, sakit gastrik tidak teruk dan akan hilang setelah mendapatkan rawatan. Namun sesetengah jenis sakit gastrik boleh menyebabkan ulser pada lapisan perut dan meningkatkan risiko kanser.

Diet memainkan peranan penting dalam kesihatan saluran pencernaan dan kesihatan tubuh badan. Mengamalkan diet yang mesra sakit gastrik boleh membantu anda melegakan simptom dan merasa lebih sihat.

Punca sakit gastrik

Sakit gastrik boleh disumbangkan oleh pelbagai perkara, ini termasuk:

1. Jangkitan bakteria H.Pylori



H.Pylori ialah sejenis bakteria yang sering menyebabkan sakit gastrik, merangkumi sebanyak 90% kes. Ia juga merupakan punca utama yang sering menyebabkan sakit gastrik kronik yang melarat dari kecil hingga dewasa.

2. Kecederaan pada lapisan permukaan dalam perut

Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada kecederaan pada lapisan permukaaan dalam perut termasuk:

  • Pengambilan alkohol dan dadah
  • Pengambilan aspirin dan ubat tahan sakit seperti NSAID
  • Menelan bahan yang menghakis
  • Jangkitan virus dan bakteria
  • Rawatan radioaktif di bahagian atas abdomen atau bawah dada
  • Pembedahan bagi membunag sebahagian perut

3. Kecederaan atau penyakit teruk

Kecederaan atau penyakit yang teruk boleh menyebabkan sakit gastrik stres. Apa apa jenis kecederaan pada badan(tidak semestinya pada perut sahaja), ataupun penyakit yang mempengaruhi saluran darah ke perut boleh meningkatkan rembesan asid dalam perut menyebabkan sakit gastrik.

4. Penyakit autoimmune

Penyakit autoimmune juga boleh menyebabkan sakit gastrik. Ini terjadi apabila sistem imun mula menyerang sel sihat dalam badan di kawasan Permukaan lapisan perut.

5. Alahan makanan



Alahan terhadap makanan boleh menyebabkan keradangan pada saluran pencernaan dipanggil eosinophilic gastritis.

Makanan yang bagus untuk sakit gastrik

Sesetengah makanan dapat mengawal sakit gastrik dan mengurangkan simptom anda. Pemakanan yang salah dapat mencetuskan sakit gastrik termasuk makanan bergoreng, berminyak, pedas dan masam.

Berikut merupakan senarai makanan dan diet yang mungkin membantu pesakit gastrik:

  • Makanan  tinggi serat seperti bijian penuh, buah, sayuran dan kekacang
  • Makanan rendah lemak seperti ikan, daging, sayuran
  • Makanan berasid rendah seperti sayuran dan kekacang
  • Minuman tidak bergas
  • Minuman tanpa kafein

Sesetengah kajian mendapati probiotik boleh membantu masalah dalam perut yang disebabkan oleh bakteria H.Pylori. Makanan kaya dengan probiotic seperti kombucha, yogurst, kimchi dan sauerkraut. Pengambilan makanan secara sedikit dan kerap juga boleh membantu anda mengawal simptom sakit gastrik.

Sesetengah sakit gastrik juga boleh menyebabkan proses penyerapan zat besi dan vitamin B12 terganggu, menyebabkan kekurangan zat dan vitamin. Bincangkan dengar doktor anda berkenaaan pengambilan makanan tambahan atau suplemen bagi mengelakkan kekurangan zat.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Makanan yang perlu dielakkan

Makanan yang tinggi lemak boleh menerukkan keradangan pada permukaan lapisan dalam perut. Bagi Sesetengah orang, alahan makanan boleh mencetuskan sakit gastrik. Dalam kes ini, kenal pasti dan elakkan makanan tersebut bagi merawat dan mencegah sakit gastrik.

Sesetengah sakit gastrik juga boleh berpunca daripada  pengambilan alkohol yang terlalu kerap dan banyak dalam masa yang singkat.Antara makanan yang boleh meradangkan lapisan permukaan dalam perut ialah:

  • Alkohol
  • Kopi
  • Makanan berasid seperti tomato dan asam
  • Jus buahan
  • Makanan  berlemak
  • Makanan bergoreng
  • Makanan berminyak
  • Air bergas
  • Makanan pedas

Jika anda mendapati sesetengah makanan membuatkan simptom sakit gastrik anda semakin teruk, elakkan makanan tersebut terutamanya bagi mereka yang alahan.



Makanan bagus sakit gastrik dengan ulser

Jika tidak dirawat, Sesetengah sakit gastrik boleh menyebabkan terjadinya ulser dalam perut ataupun dipanggil peptic ulcer. Jika anda mempunyai ulser, jenis makanan yang anda perlu elak dan makan adalah sama dengan mereka yang mempunyai sakit gastrik.

Dengan terjadinya ulser, anda perlu memastikan makanan yang anda ambil kaya dengan zat dan nutrisi bagus, mengamalkan diet yang seimbang juga membantu proses penyembuhan ulser dalam perut.

Berdasarkan kajian, berikut merupakan diet yang bagus untuk ulser perut:

  • Susu, yogurt, keju rendah lemak
  • Minyak sayuran dan minyak zaitun
  • Buahan seperti epal, melon dan pisang
  • Sayuran seperti lobak, bayam, zuccini
  • Lentil, chickpeas dan kacang soya
  • Jus semulajadi

Elakkan pengambilan makanan berikut:

  • Makanan bergoreng
  • Lada yang pedas
  • Coklat
  • Minuman berkafein
  • Biji mustard

Rawatan sakit gastrik

Bagi sakit gastrik yang disebabkan oleh H.Pylori, anda memerlukan rawatan tiga jenis antibiotik. Ubat yang boleh didapati di farmasi seperti antacids boleh melegakan masalah perut tetapi tidak merawatnya. Pengambilan suplemen probiotik boleh mencegah dan merawat simptom.

Perkara lain yang boleh membantu melegakan sakit gastrik ialah menurunkan berat badan dan mengawal stres.

Diharapkan beberapa tips untuk diet bagi mereka yang mengalami masalah gastrik ini dapat membantu anda semua.

Rujukan:



  1. Gastritis Diet – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five − 1 =