15 Cara untuk Hilangkan Sakit Kepala dengan Mudah

ciri hilangkan sakit kepala

Adakah anda kerap menghadapi masalah sakit kepala? Disini kami ingin membincangkan beberapa cara untuk anda hilangkan sakit kepala anda.

Sakit kepala ialah merupakan situasi yang sering dihadapi oleh masyarakat pada setiap hari. Masalah ini antara punca yang mengganggu aktiviti harian kita tidak kira jantina atau umur.

Terdapat banyak jenis sakit kepala. Antaranya ialah:

  1. Sinus. Sakit kepala di sekitar mata, tulang pipi, dahi, dan batang hidung.
  2. Tension. Sakit kepala di hadapan kepala dan terasa seperti kepala diikat dan dihimpit.
  3. Migrain. Sakit yang berdenyut di sebelah kepala sahaja dengan tekanan di belakang mata.
  4. Cluster. Sakit di sebelah muka, kepala, dan mata.

Beberapa cara mudah yang anda boleh amalkan untuk hilangkan sakit kepala anda adalah:

1. Banyakkan minum air

Antara punca yang sering menyebabkan berlakunya sakit kepala ialah dehidrasi atau kurang air dalam badan. Dehidrasi yang kronik boleh membawa kepada sakit kepala tekanan dan migrain.

Tambahan pula, kurang air dalam badan akan membuatkan konsetrasi seseorang individu itu terganggu serta simptom sakit kepala menjadi lebh teruk.

Terdapat satu kajian yang menunjukkan penurunan simptom sakit kepala pada mereka yang mengalami dehidrasi setelah 30 minit pengambilan air yang cukup. (Rujukan)

Oleh itu, minum air secukupnya amat digalakkan untuk kita. Bahkan National Academies of Sciences, Engineering, and Medicine (NASEM) telah menggariskan bahawa kuantiti air yang sepatutnya diminum oleh kita ialah 3.7 liter bagi lelaki, manakala 2.7 liter bagi perempuan.

Jumlah air yang perlu diminum mengikut berat badan. Sumber: FB KKM

Selain itu, makan makanan yang kaya dengan air juga dapat membantu seperti timun, tomato, dan epal.

2. Berhenti minum alkohol

Kajian telah menunjukkan bahawa alkohol dapat menyebabkan migrain. Alkohol juga boleh menjadi faktor kepada sakit kepala tekanan dan cluster.

Hal ini kerana alkohol dapat menyebabkan jumlah darah lalu ke otak meningkat. Ini akan menyebabkan tekanan dalam saluran darah meningkat, seterusnya menyebabkan sakit kepala.

Alkohol juga ialah diuretik. Alkohol akan merangsang badan kita untuk meningkat penghasilan air kencing, menyebabkan peminum alkohol kehilangan banyak air. Ini akan menyebabkan pesakit menghadapi dehidrasi. Situasi ini hanya akan membuatkan sakit kepala pesakit menjadi lebih parah.

3. Dapatkan Tidur yang Mencukupi

Kekurangan waktu tidur secukupnya dapat memberi kesan kepada badan kita. Selain sakit kepala, kurang waktu tidur juga memberi kesan buruk kepada emosi kita serta menjadi lesu.

Namun, tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk badan kita. Kita perlu mendapatkan tidur yang relevan dan mencukupi, iaitu antara tujuh ke sembilan jam.

Maka, kita perlulah bijak mengurus waktu harian kita untuk mendapatkan tidur dan waktu rehat secukupnya.

4. Elakkan Makanan Tinggi Histamin

Histamin mempunyai peranan dalam sistem badan kita seperti sistem ketahanan badan, seistem pencernaan, dan sistem saraf.

Ada kajian telah menunjukkan bahawa histamin dapat menyebabkan migrain bagi mereka yang sensitif kepada histamin. Antara makanan yang kaya dengan histamin ialah keju lama, makanan yang ditapai, dan arak.

5. Elakkan Nitrates dan Nitrites

Nitrates dan nitrites ialah bahan pengawet yang digunakan dalam sesetengah makanan bagi mengelakkan bakteria membiak dan menjamin makanan tersebut bertahan lama.

Namun, makanan yang diawet dengan nitrates dan nitrites dapat menyebabkan sakit kepala bagi sesetengah orang kerana dua bahan kimia tersebut dapat menyebabkan saluran darah kita mengembang. Antara makanan yang diawet dengan bahan tersebut ialah sosej, kacang, dan daging.

6. Gunakan Paket Ais

Menggunakan paket ais berkesan mengurangkan simptom sakit kepala.

Cara ini dapat kita amalkan dengan meletak paket ais yang dibalut dengan kain tuala pada kawasan leher atau kepala untuk mengurangkan radang dan pengecutan saluran darah. Ini dapat melegakan rasa sakit kerana sakit kepala.

7. Mengambil Supplement Magnesium

Magnesium ialah mineral penting dalam badan kita. Antara peranannya ialah mengawal kandungan gula dalam darah dan sistem saraf kita. Menariknya, magnesium juga berkesan dan selamat untuk merawat rasa sakit kepala.

Hal ini dibuktikan apabila ramai kes yang menghadapi migrain mempunyai kekurangan kandungan magnesium berbanding dengan mereka yang sihat.

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen yang mengandungi 600mg magnesium citate dalam sehari dapat mengurangkan kekerapan seseorang itu mengalami migrain.

Namun, mengambil supplement magnesium juga dapat memberi kesan sampingan seperti cirit-birit kepada sesetengah individu.

Anda boleh dapatkan suplemen magnesium secara Online.

8. Singkirkan Sesetengah Makanan daripada Diet Harian

Kajian telah menunjukkan bahawa sesetengah orang menghadapi sakit kepala kerana makanan.

Maka, untuk mengenal pasti makanan yang mengakibatkan kepala kita sakit, cuba singkirkan makanan yang menghasilkan simptom sakit kepala dalam diet kita.

Antara makanan yang sering membuatkan ramai orang mengalami migrain ialah keju lama, alkohol, dan coklat.

9. Ambil Vitamin B-Kompleks

Vitamin B ialah kumpulan mikronutrien yang mempunyai peranan dalam badan kita. Antaranya ialah menukar makanan kepada tenaga dan melindungi kita daripada sakit kepala.

Vitamin B dikira nutrien yang selamat kerana larut dalam air dan boleh disingkir melalui air kencing.

Anda boleh dapatkan Vitamin B kompleks secara Online

10. Minum Minuman yang Berkafein

Kafein berupaya untuk memberi kesan positif kepada simptom sakit kepala seperti menambahbaik ‘mood’ seseorang, meningkatkan perhatian seseorang kepada sekeliling, serta mengecutkan saluran darah.

Kafein juga mampu membantu ubat rawatan sakit kepala seperti ibuprofen dan acetaminophen untuk lebih berkesan.

Namun kita harus beri perhatian supaya tidak mengambil kafein yang terlalu tinggi. Cukup ambil dengan kadar yang rendah. Antara minuman yang berkafein ialah yeh dan kopi.

11. Suplemen Coenzyme Q10 (CoQ10)

Badan kita mampu menghasilkan CoQ10 secara semulajadi. Nutrien ini berfungsi sebagai antioksidan dan mampu mengubah makanan kepada tenaga. Supplement CoQ10 dapat merawat migrain serta simptom migrain seperti rasa mual.

Sebagai contoh, dalam satu kajian yang melibatkan 80 peserta menunjukkan penurunan kekerapan migrain apabila peserta tersebut mengambol 100mg suplemen CoQ-10 setiap hari. (Rujukan).

Anda boleh dapatkan Suplemen CoQ-10 secara online.

12. Elakkan Hidu Bau yang Kuat

Bau yang kuat seperti daripada minyak wangi, durian, dan rokok mampu menyebabkan sakit kepala bagi mereka yang amat sensitif dengan bau.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengalami osmofobia, mereka lebih mudah mengalami migrain. Justeru, jika anda seorang yang sensitif dengan bau, elakkan diri daripada sumber-sumber bau tersebut.

13. Dapatkan Rawatan Akupuntur

Akupuntur ialah rawatan Cina tradisional yang merangsang sesetengah poin tertentu pada badan kita dengan menggunakan jarum.

Hasil 22 kajian yang melibatkan 4,400 orang telah menunjukkan bahawa akupuntur berkesan untuk merawat migrain. Jika anda cenderung kepada rawatan sakit kepala yang lebih natural, akupuntur merupakan pilihan yang berbaloi.

14. Minum Teh Halia

Teh halia adalah antara minuman herba yang terkenal di Asia.

Minuman ini amat bermanfaat bagi badan kita kerana teh halia mempunyai kandungan yang dapat melawan oksidan dan radang (inflammation). Selain itu, teh halia dapat membantu untuk mengurangkan rasa mual dan muntah-muntah.

Zaman sekarang amat mudah untuk dapatkan serbuk halia, bahkan banyak syarikat teh terkenal yang telah mengeluarkan produk minuman herba ini.

15. Bersenam

Lakukan aktiviti fizikal merupakan salah satu daripada langkah termudah untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Terdapat banyak jenis senaman yang boleh dibuat. Bergantung atas pilihan masing-masing.

Untuk mereka yang kurang aktif bersukan, anda boleh mula lakukan senaman yang mudah seperti banyakkan berjalan kaki atau mendaki tangga.

Diharapkan perkongsian untuk tips dan cara untuk hilangkan sakit kepala ini dapat membantu anda diluar sana.

Rujukan:

  1. Headache Remedies – Healthline
  2. Sakit kepala – Myhealth.gov

Hafizul Khair

Muhammad Hafizul Khair bin Abu Hassan merupakan pelajar pelajar Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Beliau aktif di universiti dengan menyandang jawatan sebagai pengarah unit persatuan. Penglibatan beliau dalam The Diagnosa sebagai penulis adalah merupakan satu usaha dalam menyampaikan ilmu bermanfaat kepada masyarakat.

Kumpulan artikel-artikel Hafizul Khair di SINI

Kenali Hafizul Khair melalui profil beliau di SINI

Artikel berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen + two =