Skip to content

5 cara hilangkan sakit gigi dengan berkesan

Punca kepada masalah sakit gigi perlulah diketahui terlebih dahulu sebelum rawatan diberikan. Selepas mengetahui punca barulah cara hilangkan sakit gigi diamalkan oleh pesakit.

Jika simptom sakit gigi tersebut masih ada selepas 2 hari, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor gigi.

Anda juga perlu merujuk kepada doktor gigi anda sebelum menggunakan cara-cara dibawah terutamanya jika anda mengandung, menyusukan anak ataupun mempunyai penyakit yang lain.



Beberapa cara untuk hilangkan sakit gigi adalah:

Cara hilangkan sakit gigi

1. Kemur air garam

Untuk kebanyakan orang, air garam merupakan rawatan yang berkesan. Ia merupakan bahan pembunuh kuman semula jadi dan boleh membantu untuk membuang serpihan makanan yang melekat di antara gigi.

Untuk menggunakan kaedah ini, anda boleh menggunakan setengah sudu teh garam dan campurnya dalam satu gelas air kosong. Guna air ini untuk berkumur

2. Tuam dengan benda sejuk

Tuam dengan benda sejuk dan berikan tekanan pada tempat tersebut merupakan salah satu cara hilangkan sakit gigi yang berkesan. Ketika anda tuam dengan benda sejuk, ia akan menyebabkan saluran darah mengecut dikawasan tersebut menyebabkan rasa sakit berkurangan.

Gunakan tuala dan balut dengan plastik yang berisi ais. Kemudian tekan bahan tersebut ke kawasan yag sakit selama beberapa minit. Buat perkara ini selama 20 hingga ke 40 minit.

3. Uncang teh pudina


Uncang teh pudina boleh digunakan untuk memberi rasa kebas dan mengurangkan gusi sensitif.

Untuk menggunakan cara ini, anda boleh menggunakan uncang teh pudina yang sudah digunakan dan biarkan ia sejuk sebelum meletakkannya pada kawasan yang sakit.

4. Bawang putih

Bawang putih telah digunakan bertahun lamanya dalam perubatan kerana ia dapat membunuh bakteria dan ia juga boleh bertindak untuk mengurangkan sakit.

Untuk menggunakan ia, hancurkan bawang putih hingga menjadi pes. Tambah didalamnya sedkit garam dan sapu pada kawasan gigi yang sakit.

5. Cengkih

Cengkih telah digunakan sebagai salah satu cara hilangkan sakit gigi yang berkesan pada zaman dahulu. Cengkih ini dikatakan boleh memberi rasa kebas dan juga mengurangkan keradangan.

Gunakan putik kapas dan rendamkan ia dalam minyak cengkih. Kemudian sapu minyak cengkih menggunakan kapas pada kawasan gigi atau gusi yang sakit.

Jumpa doktor gigi jika

Jika sakit gigi anda terlalu teruk, maka anda perlu berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan.

Ubat tahan sakit boleh membantu anda sebelum berjumpa dengan doktor.



Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai simptom-simptom ini ketika sakit gigi iaitu:

  • Demam
  • Susah untuk menelan atau untuk bernafas
  • Sakit gigi yang melebihi dua hari
  • Bengkak gusi
  • Sakit ketika makan
  • Nanah daripada kawasan gigi

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. Bayan, L., Koulivand, P. H., & Gorjil, A. (2014, January-February). Garlic: a review of potential therapeutic effects. Avicenna Journal of Phytomedicine, 4(1), 1-14. ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4103721/
  2. Huynh, N. C., Everts, V., Leethanakul, C., Pavasant, P., & Ampornaramveth, R. S. (2016, July 21). Rinsing with saline promotes human gingival fibroblast wound healing in vitro. PLoS One, 11(7). journals.plos.org/plosone/article?id=10.1371/journal.pone.0159843
  3. Taher, Y. A., Samud, A. M., El-Taher, F. E., ben-Hussin, G., Elmezogi, J. S., Al-Mehdawi, B. F., & Salem, H. A. (2015, September 1). Experimental evaluation of anti-inflammatory, antinociceptive and antipyretic activities of clove oil in mice. The Libyan Journal of Medicine, 10.
  4. Vieira, D. R., Amaral, F. M., Maciel, M. C., Nascimento, F. R., Libério, S. A., & Rodrigues, V. P. (2014, September 29). Plant species used in dental diseases: ethnopharmacology aspects and antimicrobial activity evaluation [Abstract]. Journal of Ethnopharmacology, 155(3), 1441-1449.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − sixteen =