Skip to content

10 Cara Hilangkan Jeragat yang anda perlu tahu

Apakah cara untuk hilangkan jeragat? Artikel ini akan membincangkan cara untuk menghilangkan jeragat dengan cara yang mudah.

“ Jeragat adalah masalah kulit yang sering terjadi di Amerika Syarikat. Walaupun ia tidak mendatangkan mudarat pada kesihatan, ia boleh menyebabkan kesakitan dan juga menghasilkan stres pada emosi individu yang mengalaminya. ”

American Academy of Dermatology

Jeragat walaupun bersaiz kecil, ia mampu memberikan impak yang besar kepada seseorang terutamanya apabila ia terbentuk pada bahagian yang mudah kelihatan seperti wajah.

Disebabkannya, seseorang boleh mengalami tekanan jiwa, kecewa, sedih , mengalami kemurungan, rasa rendah diri kurang keyakinan diri dan bermacam-macam lagi fikiran negatif yang lain.

Bagaimanakah jeragat terhasil ?



Selari dengan perkembangan tumbesaran manusia apabila mencapai usia akil baligh, perubahan hormon pun terjadi. Pengaktifan kalenjar-kalenjar  minyak oleh hormon Dihydrotesterone yang terdapat pada lapisan kulit merangsang lebih banyak penghasilan minyak atau nama saintifiknya sebum.

Situasi ini boleh mencetuskan satu fenomena yang dikenali sebagai Retention Hyperkeratosis. Ia adalah satu kondisi di mana sel-sel dibentuk dengan kadar yang lebih cepat daripada biasa lalu menyebabkan liang-liang pada kawasan tersebut tersumbat.

Maka terbentuklah jeragat apabila liang-liang tersebut tersumbat.

Selain itu, terdapat sejenis kuman yang digelar P. Acnes pada lapisan kulit. Ia sememangnya wujud pada permukaan kulit dan biasanya tidak mendatangkan sebarang mudarat.

Namun, apabila liang-liang pada permukaan kulit tersumbat, ia akan bertindak membentuk koloni-koloni di dalam kalenjar-kalenjar tersebut menghasilkan jeragat yang bernanah.

Apakah Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Risiko Jeragat ?



Terdapat banyak punca yang menjadi asbab jeragat dan kebanyakkannya berkait rapat dengan tahap kesihatan individu.

Antaranya ialah :

  • Stress
  • Sinaran Matahari
  • Iklim
  • Tekanan & Gesaran Permukaan Kulit
  • Tabiat Menggaru & Mengopek Jeragat
  • Bahan Kimia
  • Diet Pemakanan
  • Pengambilan Ubat-Ubatan Tertentu seperti Steroid
  • Kitaran Haid
  • Kehamilan

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Terdapat 10 Cara Bagaimana Hilangkan Masalah Jeragat Dengan Berkesan

1. Membasuh Wajah Dengan Kerap

Kekerapan membasuh wajah dengan sabun biasa pada setiap hari membantu dalam menyingkirkan pengumpulan minyak berlebihan begitu juga dengan debu-debu yang boleh menyebabkan liang-liang kalenjar tersumbat.

2. Berhenti Picking

Picking bermaksud tabiat individu yang suka memegang, menggaru dan mengopek jerawat sedia ada. Ia menyebabkan proses penyembuhan jerawat menjadi sukar dan senang berparut.

3. Antibiotik

Ubat antibiotik samada dalam bentuk pil atau krim membantu dalam membunuh kuman-kuman yang menghasilkan jerawat.



4. Menjaga Pemakanan

Walaupun tidak dapat dipastikan sejauh mana keberkesan diet pemakanan terhadap jerawat dan jeragat, namun para saintis mendapati individu yang mengambil hidangan tinggi kandungan Vitamin A, Vitamin E dan zinc  ( Sejenis zat ) mampu menurunkan risiko mengalami jerawat yang teruk.

5. Memakai Facial Mask

Kaedah alami menggunakan masker yang diperbuat bebas daripada bahan-bahan kimia seperti madu, oat dan jel Aloe Vera juga sering digunakan oleh pusat-pusat rawatan yang mengamalkan konsep sumber alam semulajadi.

Hal ini kerana penggunaan bahan-bahan semulajadi ini dipercayai mampu mengawal masalah jerawat dan jeragat.

6. Benzoyl peroxide

Penggunaan krim dan jel yang mengandungi bahan ini bertindak menyingkirkan jerawat yang telah terbentuk dan pada masa yang sama menghalang penghasilan jerawat yang baru.

Ia juga mempunyai peranan dalam membunuh kuman-kuman jerawat. Produk-produk yang mengandungi Benzoyl peroxide sangat mudah untuk didapati di farmasi-farmasi terdekat.



7. Krim Vitamin A

Antara krim berkesan dalam permasalahan jeragat adalah yang diperbuat dari Vitamin A dan dikenali sebagai Tretinoin atau Retinol.

Terdapat 2 fungsi utamakrim Vitamin A yang anda perlu tahu :

  • Mempercepatkan dan memperbetulkan kitaran sel
  • Mengurangkan pengeluaran minyak
  • Mengawal jangkitan kuman P. Acne

Memandangkan ia tergolongg dalam kategori ubat kawalan, maka anda perlu memperolehinya melalui preskripsi atau nasihat doktor yang bertauliah.

8. Photodynamic Therapy (PDT)

Antara kaedah baru yang digunakan dalam rawatan jeragat adalah Photodynamic Therapy (PDT). Ia dijalankan hasil dari gabungan ubat sapu dan pancaran cahaya pada kulit.

Levulan adalah nama bagi ubat sapu yang dimaksudkan itu. Ia adalah sejenis krim yang disapukan pada permukaan kulit. Lalu cahaya akan dipancarkan melalui cahaya lampu BLU-U atau Clear Light pada kulit setelah krim yang telah disapu itu dibiarkan selama suatu tempoh dalam sekitar 30 minit.

Dua peranan utama yang dimainkannya adalah mengurangkan pengeluaran minyak oleh kalenjar-kalenjar kulit di samping mengecilkan saiz liang-liang roma yang terkesan.



Hasilnya adalah anda dapat mengawal masalah jerawat dan jeragat dengan lebih pantas tanpa memerlukan sebarang prosedur pembedahan dan yang paling penting sekali bebas daripada sebarang parut.

Cuma ia akan disertai dengan kesan sampingan kemerahan dan pengelupasan kulit akibat dari pancaran sinaran cahaya tersebut untuk tempoh beberapa hari.

9. Pil Perancang

Pasti ramai yang bingung apabila pil perancang termasuk dalam salah satu cara mengatasi jeragat. Anda tidak perlu risau kerana punca terjadinya jeragat itu sendiri adalah akibat ketidakstabilan hormon.

Jadi pengambilan pil perancang membantu dalam menangani masalah ketidakstabilan tersebut lalu membantu dalam merawat jeragat. Ia sangat sesuai digunakan oleh wanita yang menghadapi masalah jeragat dan pada masa yang sama sedang merancang kehamilan.

10. Suntikan Steroid

Rawatan dengan kaedah suntikan steroid dikatakan hanya sesuai bagi mereka yang mengalami jeragat dan jerawat yang bersaiz besar dan membengkak sahaja.

Steroid bertindak mengurangkan saiz bengkak. Di samping itu, ia juga dapat mengelakkan terjadinya parut berlubang.



Kesimpulannya, masalah jeragat walaupun tidak membahayakan nyawa namun boleh mempengaruhi keadaan emosi seseorang yang merupakan salah satu komponen penting dalam menjamin kesejahteraan hidup individu.

Jadi ilmu pengetahuan yang mencukupi diperlukan agar masalah ini dapat diatasi dengan baik.

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. Rahsia Jerawat Terbongkar Bagaimana Mengawal Jerawat Dalam Masa 60 Hari – Dr Hasseenah Hassan
  2. Acne – Healthline
  3. What you need to know about acne – Medical News Today
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + twelve =