Skip to content

10 Cara Hilangkan Kutu Kucing Dengan Mudah

Apakah cara untuk hilangkan masalah kutu kucing? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk hilangkan masalah kutu kucing ini.

Pengenalan

Kutu kucing adalah antara serangga kecil yang hidup dengan kebergantungan pada nutrisi daripada organisma-organisma lain seperti haiwan dan juga manusia.

Kutu dikategorikan sebagai salah satu parasit yang hidup dengan menghisap darah dari haiwan atau manusia. Terdapat pelbagai jenis kutu yang hidup di dalam dunia ini dan kutu kucing berasal dari kumpulan Ctenocephalides.



Bentuknya sangat kecil dan boleh dikenali dengan rupa seperti bintik hitam atau merah tua. Anda mungkin akan terlepas pandang jika jarang melihatnya dan menyangka bahawa ia hanyalah bintik hitam yang terjadi pada kulit. Gigitannya boleh menyebabkan kesan-kesan yang menjengkelkan seperti :

  • Rasa gatal
  • Ruam
  • Keradangan kulit
  • Bintik merah pada kawasan yang digigit

Malah yang lebih teruk lagi, ia juga mungkin menyebabkan reaksi alergi yang merbahaya bagi sesetengah individu namun peratusannya sangat rendah.

Contoh gejala-gejala yang boleh terjadi apabila seseorang mengalami reaksi alergi termasuk :

  • Sesak nafas
  • Bengkak pada bibir dan lidah
  • Pening dan loya
  • Muntah
  • Sakit dada

Mengenal Pasti Punca Utama Pembiakan Kutu Kucing

Seperti yang kita maklum sebelum ini, kutu hidup dengan menumpang pada haiwan lain. Ia memperolehi nutrisi melalui sedutan darah pada tuannya ( Host ). Selain menumpang, ia juga akan menelur lalu merancakkan lagi pembiakkannya.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara untuk Hilangkan Kutu Kucing

Langkah-Langkah Yang Boleh Anda Lakukan Untuk menghilangkan kutu akan dibicarakan selanjutnya di bahagian bawah.



1. Minyak Tea Tree ( Minyak pohon teh )

Melalui kaedah alami, kita boleh menggunakan minyak Tea Tree. Ia merupakan salah satu rawatan herba yang dipercayai berkesan dalam membunuh dan menangkis pembiakan kutu kucing. Pada masa yang sama boleh juga digunakan ke atas haiwan peliharaan di rumah seperti kucing kesayangan anda.

2. Losyen Calamine

Gigitan kutu kucing boleh menyebabkan keradangan terjadi pada kawasan yang terkesan. Ia boleh membengkak sedikit dan juga menjadikannya gatal. Losyen ini membantu dalam usaha untuk mengurangkan kesan kegatalan tersebut.

3. Krim Cortisone

Sebagaimana yang telah diterangkan seperti di atas pembiakan kutu kucing menjadi punca kegatalan dan keradangan. Krim cortisone bertindak dalam menghalang gejala-gejala tersebut menjadi bertambah teruk.

4. Cuka

Untuk menangkis pembiakan kutu kucing dan membiarkan ia merebak, anda boleh menggunakan semburan cuka pada sumber-sumbernya terutamanya bulu kucing di rumah. Namun, ia hanya sekadar bertindak sebagai penangkis dan bukannya membunuh.



5. Ubat Anti-Histamin

Kesan radang akibat kutu kucing juga boleh diatasi dengan menggunakan ubat-ubat anti-histamin. Histamin adalah sejenis protein yang terdapat dalam sistem imun badan dalam melawan jangkitan bakteria dan virus.

Cuma penghasilan yang terlebih banyak boleh mengakibatkan radang kulit. Di sinilah fungsi utama ubat anti-histamin dalam mengelakannya daripada berlaku.  

Anda boleh gunakan ubat loratadine atau ubat chlorpheniramine

6. Elakkan Daripada Menggaru Kawasan Yang Digigit

Tabiat menggaru-garu bahagian kulit yang digigit meningkatkan risiko jangkitan yang lain kerana dikhuatiri menggarunya dengan peralatan atau kuku yang tidak bersih dan mempunyai kuman. Jika anda tetap tekad untuk menggarunya akibat ketidakselesaan yang dialami, anda disarankan untuk melakukannya dengan menggunakan air suam beserta sabun.

Dengan ini, jangkitan kuman dari sumber yang lain dapat dihindarkan.

7. Kerap Membersihkan Kawasan Atau Peralatan Sumber Pembiakan Kutu Kucing



Pembiakan kutu kucing boleh berlaku dengan mudah di kebanyakkan tempat selain dari bulu haiwan seperti kucing. Antara contoh yang anda boleh dapati adalah seperti celahan dinding dan lantai, perabut, tilam, karpet dan sebagainya.

Kawasan-kawasan ini merupakan tempat terkumpulnya telur-telur dan larvae kutu ini. Pembersihan secara berkala-kala secara tidak langsung dapat mengurangkan pembiakan kutu kucing di dalam persekitaran rumah anda.

8. Menghalau Kucing Liar

Seperti apa yang kita tahu, tahap kebersihan kucing liar sangatlah berbeza dengan kucing peliharaan di rumah di mana ia dimandikan dan dibersihkan secara kerap dan rapi. Kehadiran kucing-kucing liar dan pergaulannya dengan kucing peliharaan di rumah boleh menyebabkan kutu-kutu tersebut merebak dengan rancak. Oleh itu, wajib untuk menghalau haiwan-haiwan atau kucing liar dari persekitaran rumah anda bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku.

9.  Khidmat Pengendali Kawalan Serangga Perosak

Pada zaman yang serba sibuk ini, tidak ramai yang tahu atau mempunyai masa terluang untuk memikirkan secara terperinci kaedah untuk mengatasi kutu kucing. Bagi sesiapa yang terus buntu, mendapatkan servis pakar pengendali kawalan serangga perosak boleh jadi solusi terbaik.

Syarikat-syarikat pengendali ini biasanya akan menawarkan servis mereka dalam bentuk beberapa pakej. Pada masa yang sama pakej-pakej tersebut dikategorikan berasaskan kekerapan lawatan. Melanggan khidmat ini digalakkan bagi mereka yang mampu kerana selain daripada menghapuskan dan menghindarkan pembiakan serangga, mereka juga secara tidak langsung mencipta perlindungan jangka masa panjang di rumah anda samada di dalam rumah atau persekitaran luar kediaman.

10. Menjaga Kebersihan Haiwan Peliharaan



Disebabkan bulu haiwan adalah kawasan yang sangat digemari oleh kutu-kutu maka, membela haiwan peliharaan bukanlah sekadar bermain-main dan memberikan makanan kepadanya sahaja. Kebersihannya juga perlu dipastikan sentiasa bersih.

Kaedah memandikan haiwan tersebut dengan sabun dan air terutamanya pada bahagian muka dan kawasan yang kurang terdedah seperti leher membantu dalam membunuh kutu-kutu yang mendiami kawasan tersebut lalu pembiakannya dapat dihalang dengan berkesan dan efisien.

Akhir kata, usaha mengatasi kutu kucing perlu dijalankan secara menyeluruh. Ia bukanlah sekadar bergantung pada ubat-ubatan, malahan aspek kebersihan juga perlu dititikberatkan. Dengan itu bukan sahaja anda dapat sekadar merawatnya malah mengelakkan ia daripada terjadi.

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. Everything You Need To Know about Flea Bites – Healthline
  2. Everything you need to know about fleabites – Medical News Today
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − 1 =