Skip to content

7 Cara untuk Hilangkan Masalah Kaki Bengkak

Bagaimanakah cara untuk hilangkan masalah kaki bengkak? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan atau merawat masalah kaki bengkak ini

Kaki bengkak atau dalam istilah perubatan yang bermaksud edema merupakan suatu kondisi pengumpulan cecair di bahagian kaki, sama ada di buku lali, ataupun sehingga bahagian lutut. Ia boleh terjadi kepada wanita mengandung, pengidap masalah jantung dan buah pinggang atau individu yang mengalami sebarang kecederaan di bahagian kaki.

Bergantung kepada punca yang menyebabkanya berlaku, artikel pada kali ini akan menyediakan beberapa cara umum bagi mengurangkan kaki bengkak. (Namun, jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang membuatkan kaki bengkak, anda disyorkan untuk mendapat nasihat pakar terlebih dahulu sebelum mencuba tips-tips di bawah).

1. Guna sarung kaki khas

sarung kaki


Stokin seperti Compression Sock ialah stokin yang direka khas untuk memberi tekanan pada bahagian kaki, membantu mengekalkan pengaliran darah serta mengurangkan rasa bengkak dan ketidakselesaan. Stokin ini mempunyai pelbagai ukuran, panjang dan warna serta kekuatan mampatan yang berbeza. Oleh itu, pastikan anda memakai saiz yang bersesuaian agar stokin tidak terlalu ketat atau longgar. Anda boleh mendapatkannya di kebanyakan farmasi berdekatan atau secara atas talian.

2. Tinggikan kaki semasa tidur

tinggikan kaki semasa tidur

Jika anda meletakkan posisi kaki yang bengkak lebih tinggi daripada paras jantung, daya graviti akan menggerakkan cecair tersebut supaya mengalir ke arah jantung. Semakin banyak bengkak, semakin lama dan semakin kerap keperluan anda untuk mengangkat kaki. Tujuannya adalah untuk memastikan agar cecair tersebut kembali ke jantung, seterusnya diedarkan secara serata ke seluruh badan.  Mulakan dengan 20 minit sebanyak dua kali sehari. Sekiranya bengkak masih ada, panjangkan durasi ke 30 minit hingga satu jam.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

3. Urut kaki

urutan kaki

Urutan kaki membantu merehatkan otot dan meningkatkan peredaran darah. Walaupun ia tidak akan mengatasi punca masalah yang menyebabkan kaki bengkak, tetapi ia akan mengaktifkan sistem limfa, sekaligus mengeluarkan lebihan cecair dari kaki anda bagi mengurangkan bengkak tersebut. Lakukan sedikit urutan diri dengan meregangkan kaki. Namun, jangan mengurut dengan terlalu kuat sehingga sakit.

4. Kurangkan berat badan berlebihan

berat badan berlebihan

Berat badan yang berlebihan boleh membuatkan peredaran darah menjadi kurang efisien dan terkumpul di bahagian kaki sehingga menyebabkan bengkak. Selain itu, ia juga boleh memberi tekanan kepada kaki dan mengakibatkan anda rasa sakit ketika berjalan.

Menurunkan berat badan dapat membantu mengurangkan ketegangan pada kaki dan juga dapat mengurangkan pembengkakan kaki. Bagi menurunkan berat badan dengan sihat dan selamat, anda dinasihatkan untuk melakukan senaman sebanyak 150 minit seminggu, iaitu sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

5. Kurangkan pengambilan garam

kurangkan garam


Mengurangkan pengambilan garam akan membantu mengurangkan jumlah cecair yang berlebihan di dalam badan. Apabila kita makan terlalu banyak garam, tubuh akan mengekalkan natrium tambahan yang seterusnya akan meningkatkan jumlah cecair dalam badan. Keadaan ini di sebut sebagai  fluid retention. Secara umunya, jumlah pengambilan garam yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah sebanyak 5g sehari iaitu bersamaan dengan 1 sudu teh. Apa yang boleh anda cuba ialah mengurangkan pengambilan makanan seperti makanan segera, makanan dalam tin dan kerepek.

6. Tingkatkan kandungan magnesium dalam makanan

pengambilan magnesium sebagai cara hilangkan kaki bengkak

Selain kandungan garam yang tinggi, kekurangan magnesium juga boleh menyebabkan pembengkakan pada kaki. Jumlah kandungan magnesium yang dicadangkan ialah 200 – 400 mg sehari. Contoh makanan yang boleh anda amalkan ialah kacang badam, tauhu, gajus, bayam, coklat gelap dan brokoli. Anda juga boleh cuba dapatkan supplemen magnesium di mana-mana farmasi berdekatan, tetapi sekiranya anda mempunyai masalah jantung atau buah pinggang, anda dinasihatkan untuk merujuk pakar terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

7. Senaman

Mungkin anda berasa tidak selesa untuk bangun dan bergerak apabila saiz kaki anda menjadi lebih besar daripada kebiasaannya. Tetapi dengan mengerakkan otot kaki, ia sebenarnya membantu pengaliran darah atau cecair yang terkumpul di kaki untuk kembali ke bahagian jantung.  Sekiranya anda berasa terlalu sakit untuk bersenam, cubalah senaman tanpa menggunakan berat badan seperti berenang, yang juga akan memberi manfaat tambahan kepada otot.

Kesimpulan

Setiap orang adalah berbeza. Bergantung kepada punca yang menyebabkan pembengkakan kaki, cara yang disyorkan seperti di atas mungkin tidak berkesan sepanjang masa. Sekiranya salah satu cara tersebut tidak berhasil, anda boleh menggunakan cara yang lain.

Namun, jika kesemua cara yang diberikan ini tidak berhasil, atau anda melihat gejala lain yang disertai dengan pembengkakan kaki, eloklah sekiranya anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Diharapkan artikel cara hilangkan kaki bengkak ini dapat membantu para pembaca untuk merawat sedikit sebanyak masalah ini.

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan



  1. Herndon, J. (2019, March 08). Home Remedies for Swollen Feet: 10 Treatments That Work. Retrieved November 01, 2020, from Healthline
  2. Wilkinson, A. (2020, September 08). 9 Natural Home Remedies for Swollen Feet. Retrieved November 01, 2020, from The Healthy
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine + twenty =