Skip to content

Kekurangan Vitamin E: Punca, Simptom dan Rawatan

Vitamin E merupakan sejenis vitamin larut lemak yang mempunyai sifat anti oksidan yang membantu mengekalkan kekuatan sistem imun badan. Ia boleh didapati dalam pelbagai jenis makanan yang mudah didapati bagi mencukupkan jumlah vitamin tersebut dalam badan. Oleh sebab itu, kekurangan vitamin E jarang berlaku melainkan anda mempunyai penyakit kronik.

Fungsi vitamin E

Vitamin E mempunyai sifat anti oksidan yang melindungi sel daripada kerosakan. Proses oksidasi berlaku apabila sel sel badan terdedah kepada molekul bermana radikal bebas. Radikal bebas ini melemahkan dan merosakkan sel sel sihat. Molekul radikal bebas ini juga menyumbang kepada penyakit  jantung dan kanser.

Radikal bebas terjadi sebagai proses badan yang normal. Ia menyebabkan kerosakan yang memendekkan kitaran hidup sel sel badan. Vitamin E merupakan sejenis anti oksidan yang mengurangkan jumlah molekul radikal bebas dan memperlahankan proses penuaan sel badan.



Molekul radikal bebas meningkat pada mereka yang merokok, pendedahan kepada pencemaran udara dan pendedahan kepada sinar ultraviolet daripada cahaya matahari.

Vitamin E juga dikaji oleh para penyelidik dan mereka menemui pelbagai lagi fungsi vitamin E sebagai rawatan untuk penyakit seperti kerosakan salur darah, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kanser.

Golongan berisiko mengalami kekurangan vitamin E

Kekurangan Vitamin E tejadi kepada mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Penyakit ini mungkin mengganggu proses penyerapan vitamin E melalui saluran penghadaman. Memandangkan vitamin E merupakan vitamin larut lemak, gangguan dalam proses penyerapan dan metabolisma lemak melalui sistem penghadaman juga terganggu menyebabkan kekurangan jumlah vitamin E dalam badan.

Berikut merupakan keadaan yang mungkin menyebabkan gangguan:

  • Keradangan pankreas kronik
  • Masalah pengaliran hempedu
  • Cystic fibrosis
  • Masalah hati seperti biliary cirhosis iaitu kerosakan struktur laluan hempedu
  • Penyakit Crohn’s iaitu keradangan pada usus kecil dan besar
  • Masalah usus pendek yang berlaku setelah pembedahan usus besar dalam kalangan pesakit kanser usus

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom dan Tanda kekurangan vitamin E



Terdapat beberapa simptom yang akan berlaku jika anda mengalami kekurangan Vitamin E

  • Kesukaran berjalan, ini terjadi kerana vitamin E penting untuk sistem saraf
  • Masalah koordinasi, ia juga berpunca daripada kerosakan neuron iaitu neuron purkinje dan mengganggu penghantaran signal
  • Gangguan penglihatan, hal ini kerana vitamin E yang kurang melemahkan pengesan cahaya di retina dan menyebabkan kehilangan penglihatan jika dibiarkan
  • Tubuh badan lesu dan gangguan sistem imun
  • Rasa kebas dan mencucuk kerana kerosakan pada fiber pada saraf yang menghalang penghantaran signal

Vitamin E mempunyai banyak fungsi penting dalam sistem saraf kerana saraf diselaputi dengan lapisan lemak. Apabila badan mengalami kekurangan vitamin E, jumlah anti oksidan bagi melindungi lapisan lemak tersebut adalah rendah menyebabkan kerosakan struktur saraf.

Cara mengatasi kekurangan Vitamin E

1. Diet

Vitamin E boleh ditemui dalam pelbagai jenis sumber makanan. Ia termasuk:

  • Kekacang seperti badam, kuaci, kacang tanah
  • Bijirin penuh
  • Minyak sayuran seperti minyak zaitun dan bunga matahari
  • Sayuran berdaun
  • Telur
  • Buahan seperti kiwi dan mangga

2. Suplemen

Secara amnya, pengambilan suplemen mengandungi vitamin E adalah tidak perlu sekiranya anda sudah mengambil diet yang seimbang. Hal ini juga kerana mungkin terdapat interaksi antara ubatan lain yang mungkin anda ambil seperti:

  • Ubat pencair darah
  • Ubat anti platelet
  • Ubat kolesterol seperti simvastatin
  • Niacin
  • Ubatan kemoterapi
  • Ubatan radioterapi

Kebanyakan vitamin E juga hanya mempunyai satu jenis vitamin E sahaja. Badan sepatutnya memerlukan beberapa jenis vitamin E yang lain. Perkara ini boleh ditangani dengan mengambil jenis diet yang berbeza.

Jumlah vitamin E yang disarankan

Orang dewasa dan kanak kanak berusia 14 tahun ke atas memerlukan 15mg vitamin E setiap hari. Kanak kanak di bawah usia 14 tahun memerlukan dos yang lebih kecil setiap hari:



  • Umur 1 ke 3 tahun: 6mg setiap hari
  • Umur 4 ke 8 tahun: 7mg setiap hari
  • Umur 9 ke 13 tahun: 11mg setiap hari

Komplikasi

Anda tidak sepatutnya mengambil jumlah vitamin E yang berlebihan.

Lebihan vitamin E boleh menyebabkan berlakunya pendarahan, sakit otot, cirit birit dan muntah muntah. Pendarahan yang berlaku boleh meningkatkan risiko serangan angin ahmar.

Lebihan vitamin E juga mampu mengganggu fungsi ubat caie darah seperti warfarin dan juga ubatan kemoterapi menyebabkan ubat tersebut tidak berfungsi dengan baik.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan

  1. Ataxia with vitamin E deficiency. (n.d.). – Raredisease
  2. Bishop S. (2011). Possible risks associated with taking vitamin E supplements. – Mayoclinic
  3. Heart and vascular team. (2016). 3 vitamins that are best for boosting your immunity. – Cleve and Clinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + three =