Skip to content

10 Cara Hilangkan Tahi Lalat yang Berkesan

Apakah cara untuk hilangkan tahi lalat? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk hilangkan tahi lalat dengan berkesan

“  Saya mempunyai banyak tahi lalat di muka dan dua daripadanya seakan-akan hidup. Semakin hari semakin membesar. Apakah rawatan sesuai untuk saya supaya kelihatan lebih jelita dan bebas daripada tahi lalat yang meresahkan. ”

Dilema yang dihadapi Fatimah – bukan nama sebenar

Pengenalan

Tahi lalat adalah ketulan atau bintik yang tumbuh pada mana-mana kawasan tubuh badan. Sebagai contoh wajah, leher, belakang badan , dada , perut dan lain-lain. Sebahagiannya boleh wujud seawal usia kelahiran manakala ada juga yang muncul seiring dengan usia kehidupan.

Tahi lalat yang terjadi di alam dewasa berkait rapat dengan kesan sinaran matahari dan penghasilan hormon melanin. Melanin boleh dikatakan sebagai salah satu ejen badan yang memainkan peranan penting dalam pigmentasi kulit ( warna kulit ).



Terdapat pelbagai jenis warna tahi lalat namun selalunya anda akan mendapati ia bewarna hitam atau coklat. Pada kebiasaanya tahi lalat dipercayai tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Ia ibarat ketumbuhan jinak dan bukannya kanser.

Mengenal Pasti Perbezaan Antara Tahi Lalat dengan Kanser Kulit

Namun penting bagi kita untuk ketahui perbezaan antara tahi lalat dengan ketumbuhan yang semiripnya namun tergolong dalam kumpulan ketumbuhan kanser kulit seperti Melanoma.

Membezakan di antara kedua-duanya boleh dilakukan dengan pemeriksaan kendiri di rumah di hadapan cermin. Elemen yang membezakan Melanoma dari tahi lalat  terdapat pada ciri-ciri berikut :

  1. Tidak simetri

Sebahagian dari bentuk tahi lalat yang sama tidak simetri atau dalam erti kata lain tidak sekata dengan bahagian di sebelahnya.

  1. Sisi


Bahagian sisinya sedikit agak begerigi dan tidak sempurna

  1. Warna

Warna bagi tahi lalat yang sama bercampur aduk seperti coklat, hitam atau merah.

  1. Diameter

Saiz diameternya lebih besar daripada sebuah pemadam.

  1. Evolusi

Ia mengalami evolusi dan berkembang dari sudut saiz, bentuk dan warna.

Lokasi Melanoma agak berbeza bagi kaum lelaki dan perempuan. Ia selalunya terletak pada bahagian dada bagi kaum Adam dan di belakang atau kaki bagi kaum Hawa. Melanoma juga merupakan salah satu kelompok kanser yang sering berlaku terhadap kaum wanita yang berusia dalam lingkungan 18-35 tahun.

Tahi lalat pula biasanya :

  • Terbentuk dengan sekata dan mempunya sisi yang rapi
  • Mempunyai satu warna secara keseluruhan
  • Tidak mengalami proses evolusi
  • Jarang bersaiz besar

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Keadaan Yang Menyebabkan Tahi Lalat Menjadi Punca Permasalahan

Walaupun bagi majoriti masyarakat tahi lalat bukanlah suatu perkara yang serius namun terdapat situasi yang menjadikannya sebagai suatu masalah yang perlu ditangani.

1. Melanoma



Apabila ia sudah menunjukkan tanda-tanda untuk menjadi Melanoma, itu adalah petanda serius. Tahi lalat yang mendatangkan rasa gatal dan boleh mengalami pendarahan bukan lagi dikategorikan dalam kumpulan yang normal.

Jika ia dikenal pasti dengan awal dan dirawat, peratusan untuk pulih agak tinggi. Anda akan lebih mudah menyedari perubahannya jika anda ketahui dengan jelas ciri-ciri asal pada setiap tahi lalat di badan anda seperti kedudukan, bentuk dan warnanya.

2. Kedudukan Yang Mengganggu

Sebagai contoh apabila kedudukan tahi lalat berada pada bahagian yang anda selalu bercukur seperti misai dan janggut, pasti akan terjadinya luka secara tidak sengaja apabila anda tercukur sekali sebahagian kecil tahi lalat tersebut lalu menyebabkan pendarahan. Ini pasti medatangkan ketidakselesaan setiap kali anda hendak bercukur.

3. Menjejaskan Paras Rupa

Mungkin agak tidak sesuai untuk menyatakan tahi lalat mampu memberikan kesan sehingga menjejas paras muka. Namun, ada juga kes di mana individu yang mempunyai tahi lalat pada wajah sering menjadi bahan jenaka atau ejekan rakan-rakan sekerja atau sahabat handai yang boleh mengganggu emosi dan keyakinan diri individu tersebut.

Jika anda terpaksa menghadapi hal-hal yang sedemikian, konsultasi dengan Pakar Kulit Dermatologist merupakan langkah yang paling sesuai untuk dilakukan.

10 Cara Menghilangkan Tahi Lalat Secara Alami

Seterusnya mari kita membincangkan tentang 10 cara yang boleh dilakukan untuk hilangkan tahi lalat.



1. Bawang Putih

Bawang putih mengandungi enzim yang mampu melarutkan sel-sel tahi lalat lalu menghilangkannya. Enzim merupakan sejenis protein yang bertindak sebagai pemangkin organik yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindak balas biokimia dalam sel.

2. Minyak Oregano

Minyak oregano adalah minyak yang diproses dari bunga dan daun oregano. Satu lagi jenis minyak iaitu minyak kastor yang diperoleh dari benih tanaman Ricinus Communis. Kombinasi kedua-dua jenis ini juga berhasil dalam menghilangkan tahi lalat.

3. Iodin

Penggunaan iodin juga disarankan dengan menggunakan konsentrasi tertentu. Anda perlu gunakannya dengan hati-hati dan elakkan dari terkena pada bahagian kulit yang terluka.

4. Minyak Biji Rami

Terdapat kajian yang menyatakan ia membantu dalam proses pemulihan luka. Pada masa yang sama ada kalangan masyarakat yang menggunakannya untuk menghilangkan bintik-bintik hitam termasuk tahi lalat.



5. Kulit Pisang

Andai kata kebanyakkan orang tahu bahawa kulit pisang ada khasiatnya, pasti ramai yang menyimpannya. Untuk makluman anda , kulit pisang mengandungi sejenis enzim yang bersifat asid membantu dalam melunturkan tahi lalat.

6. Madu

Menurut sesetengah kajian, madu mengandungi unsur anti-oksida dan anti-radang. Maka ada yang percaya penggunaannya boleh menghilangkan tahi lalat dalam tempoh beberapa hari sahaja.

7. Hydrogen Peroksida

Ia digunakan dalam dunia perubatan bagi mematikan bakteria-bakteria yang menjangkiti luka-luka kotor. Ia adalah sejenis bahan pencuci yang kuat. Anda perlu bertanya kepada ahli farmasi dahulu tentang konsentrasi yang sesuai sebelum menggunakannya.

8. Lidah Buaya – Aloe Vera

Ada kepercayaan bahawa amalan lidah buaya secara berterusan mampu menghilangkan tahi lalat.



9. Minyak Kelapa

Walaupun ada yang percaya ia mampu mengecilkan saiz tahi lalat namun, masih tiada kajian yang membuktikaan kenyataannya.

10. Pembedahan kecil

Pembedahan kecil boleh dilakukan oleh seorang Pakar Kulit untuk membuangnya terus. Prosedur tersebut hanya mengambil masa yang singkat dan boleh dilakukan di klinik pakar.

Pesanan akhir, langkah yang terbaik adalah melakukan konsultasi dengan pakar kulit dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan kerana tidak banyak kajian yang membuktikan keberkesanan rawatan secara alami.

Malahan ada sesetengah cara yang melibatkan penggunaan bahan kimia yang boleh memberikan kesan buruk pada kulit apabila tersalah guna. Bak kata pepatah, beringat sebelum terkena.

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:



  1. Moles – NHS
  2. Moles – American Academy of Dermatology Associateion
  3. Skin Moles – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + 5 =