Skip to content

10 Cara Hilangkan Panau Dengan Berkesan

Apakah cara hilangkan panau dengan berkesan? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk hilangkan masalah panau dengan berkesan

“Ramai orang mengalami masalah panau. Ia adalah salah satu penyakit kulit yang biasanya terjadi kepada masyarakat yang hidup di kawasan Tropika dan Subtropika”

American Academy of Dermatology Association – AAD

Pengenalan

Dalam dunia perubatan panau dikenali sebagai Tinea Versicolor atau nama lainnya Pityriasis Versicolor. Jika yis ( yeast ) sering kali digunakan sebagai bahan penaik dalam masakan, perkara sebaliknya pada yis yang terdapat pada kulit manusia.

Yis wujud secara dan hidup secara semulajadi pada permukaan kulit kita. Mereka hidup dalam komuniti yang besar di samping memberikan perlindungan daripada jangkitan-jangkitan penyakit tertentu.



Yis semulajadi ini juga berhubung dengan sel-sel tubuh badan di sekelilingya dan saling memanfaatkan antara satu sama lain. Jaringan seperti ini dinamakan sebagai simbiosis. Simbiosis adalah satu perkataan berasal dari Greek yang membawa maksud hidup bersama.

Ia merupakan satu istilah untuk menggambarkan interaksi biologi antara dua organisma. Sebagai contoh sebelumnya yang kita dapat lihat adalah interaksi antara yis iaitu sejenis kulat dengan sel-sel badan.

Ironinya, pertumbuhan yis secara tidak terkawal boleh terjadi akibat jangkitan ataupun disebabkan masalah kelemahan sistem imuniti badan. Maka, terjadilah satu kondisi yang digelar Tinea Versicolor atau panau.

Panau merupakan sejenis jangkitan kulat , di mana ia akan memberi kesan terhadap struktur pigmentasi kulit yang normal. Pigmentasi secara mudahnya membawa erti warna.

Apabila terjadi, panau akan menyebabkan terhasilnya tompokan-tompokan pada badan yang lebih cerah atau lebih gelap berbanding warna kulit normal di sekelilingya. Ia sering terjadi pada kawasan badan yang mudah terdedah kepada peluh seperti muka, dada, leher, perut dan bahagian belakang badan.



Pertumbuhannya boleh berkembang terus secara perlahan-lahan seterusnya bergabung lalu membentuk tompokan yang lebih besar apabila berlalunya suatu tempoh.

Tanda – Tanda Jangkitan Panau

Anda boleh mengenal pasti tanda-tanda jangkitan panau dengan beberapa tanda mudah seperti :

  • Kemunculan tompokan cerah atau gelap pada permukaan kulit
  • Permukaan kulit yang terkesan menjadi gatal
  • Ia tumbuh dengan proses yang perlahan
  • Ia boleh berkembang lalu membentuk tompokan yang lebih besar
  • Hilang pada musim sejuk dan muncul kembali ketika musim bunga dan panas

Terdapat satu jenis penyakit yang mengelirukan anda dengan panau iaitu Sopak (Vitiligo). Ia juga adalah sejenis penyakit bertindak menghilangkan pigmentasi asal kulit.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Organisma Yang Menyebabkan Terjadinya Panau

Jangkitan panau bukanlah sesuatu yang serius dan membahayakan nyawa. Ia juga bukanlah tergolong dalam kumpulan jangkitan yang boleh merebak. Cumanya mereka yang menghidapinya akan berasa tidak senang jika panau tersebut terjadi pada bahagian tubuh badan yang mudah dilihat pada penglihatan kasar seperti muka dan leher.

Panau terjadi akibat pertumbuhan tidak terkawal oleh kulat dari jenis genus Malassezia spp. Beberapa jenis kulat yang menjangkiti manusia dari kategori ini terdiri daripada :

  • Malassezia globosa
  • Malassezia furfur
  • Malassezia sympodialis
  • Malassezia restricta
  • Malassezia obtuse

Menurut satu kajian yang dijalankan ke atas 138 pesakit yang mengalami panau, majoritnya dijangkiti oleh kulat jenis Malassezia globosa iaitu sebanyak 73% dari jumlah keseluruhan.

Ia diikuti oleh kulat jenis Malassezia furfur dan Malassezia obtuse di pertengahan dengan angka peratusan masing-masing sebanyak 20% dan 5%. Akhir sekali Malassezia sympodialis 2%.

Faktor – Faktor Jangkitan Panau

Panau boleh terjadi atas faktor persekitaraan dan biologi. Gabungan antara dua elemen tersebut membantu dalam merancakkan pertumbuhan kulat. Antara contoh yang boleh kita dapati adalah :



  • Kawasan persekitaran yang panas dan lembap
  • Individu yang mudah peluh secara berlebihan
  • Mereka yang mempunyai kulit berminyak
  • Perubahan hormon
  • Sistem imuniti badan yang lemah

Tiada sesiapa yang terkecuali darinya tidak mengira usia ataupun kaum. Namun secara mudahnya kita dapat lihat mereka yang sering dijangkitinya adalah golongan remaja yang lebih aktif dan sering terdedah kepada perubahan hormon. Di samping itu, kulit mereka juga dikatakan lebih berminyak berbanding dengan golongan warga emas dan kanak-kanak.

10 Cara untuk Hilangkan Masalah Panau

 1. Shampoo Anti-Kulat

Contoh shampoo anti-kulat yang anda boleh dapatkan dari klinik-klinik yang berdekatan atau farmasi adalah shampoo ketaconazole. Ketaconazole adalah sejenis bahan yang dikandungi shampoo tersebut berfungsi dalam menangani masalah panau.

Dalam penggunaannya kadang-kala boleh terjadi kesan sampingan seperti kekeringan atau iritasi ( radang ) kulit. Jadi anda boleh amalkannya dengan mencairkannya dulu dengan sedikit air mandian sebelum menggunakannya.

2. Krim Anti-Kulat ( Antifungal cream )

Apabila anda bertemu doktor untuk masalah panau yang ringan atau sederhana. Para doktor sering kali memberikan preskripsi ubat anti-kulat dalam bentuk krim untuk disapu pada permukaan kulit yang terkesan. Antara contoh krim yang sering diberikan adalah krim :

3. Pil Anti-Kulat

Jika keadaan jangkitan itu serius atau ubat krim tidak mampu memulihkannya, selalunya doktor yang merawat akan bertukar kepada ubat dalam bentuk pil bagi memastikan proses pemulihannya berjalan dengan lebih efektif.



4. Memakai Pakaian Longgar

Pemakaian longgar mampu mengelakkan tubuh badan terdedah dengan kelembapan peluh terutamanya semasa cuaca panas.

5. Elakkan Dari Sumber Haba

Elakkan diri daripada aktiviti atau kawasan yang menyebabkan anda terdedah kepada haba secara berlebihan.

6. Hentikan Pemakaian Produk Penjagaan Kulit Berminyak

Anda perlu berusaha keras mengelakkan diri daripada meneruskan penggunaan produk-produk ini untuk menghapuskan jangkitan panau.

7. Losyen Selenium Suphide

Penggunaan losyen ini secara berkala boleh mengelakkan panau daripada berulang.



8. Lindungi kulit dari sinaran matahari

Tanning terjadi apabila kita sering terdedah pada sinaran matahari di mana ia menyebabkan kulit kita kelihatan lebih coklat atau gelap. Penggunaan sunscreen memnbantu dalam mengurangkan kejadiannya agar tompokan panau tidak kelihatan dengan begitu jelas.

9. Photodynamic Therapy (PDT)

Sejenis prosedur kecantikan yang digunakan untuk merawat masalah kulit atau peremajaan kulit.

10. Penjagaan kebersihan

Sentiasa memastikan kebersihan diri terjaga, tidak memakai pakaian yang lebap dan sebagainya.

Walaupun jangkitan panau bukanlah sejenis penyakit yang serius, namun apabila pertumbuhannya tidak terkawal dan mula kelihatan dengan lebih jelas pada teman sekeliling, ia akan menjadi sesuatu yang memalukan dan memberikan kesan terhadap tahap keyakinan diri.

Oleh itu, kita perlu sentiasa cakna dengan kesihatan dan kebersihan diri kita.



Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. Tinea Versicolor – American Academy of Dermatology Association
  2. Tines Versicolor: What is it? – Medical News Today
  3. Pityriasis Versicolor – NHS
  4. Tinea Versicolor – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 − thirteen =