Skip to content

10 Cara Hilangkan Senggugut dengan Berkesan

Apakah cara untuk Hilangkan Senggugut dengan Berkesan? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk hilangkan masalah senggugut.

“ Dalam 10% individu yang boleh dipercayai, gejala senggugut merupakan salah satu simptom yang boleh melarat sehingga mengganggu aktiviti harian seseorang selama 1 – 3 hari setiap bulan. ”

ww.medicalnewstoday.com

Pengenalan

Senggugut adalah antara simptom umum yang biasanya dialami oleh golongan wanita apabila permulaan kitaran haid hadir. Ia menyebabkan seseorang merasakan kesakitan yang teramat bersifat kontraksi pada bahagian perut ibarat sakit perut yang memulas datang secara tiba-tiba dan akan reda pada suatu tempoh tertentu.

Selain itu, senggugut juga boleh terjadi dengan kesakitan yang nyeri pada bahagian bawah perut kawasan pundi kencing di mana bahagian tersebut dikenali sebagai ruang pelvis juga lalu merebak hingga ke bahagian belakang badan dan peha. Tahap kesakitannya berbeza bagi setiap individu yang mengalaminya.



Bagi sebahagian masyarakat, ada dalam kalangan mereka yang apabila menghadapinya terus mengalami dilema kerana kesakitan tersebut boleh sampai tahap yang tidak tertahan hingga tidak mampu meneruskan kerja atau aktiviti harian seperti biasa.

Malah ada juga segelintir kes di mana simptom senggugut masih berterusan walaupun telah mengambil ubat pil penahan sakit sehingga terpaksa ke Jabatan Kecemasan di hospital untuk rawatan selanjutnya.

Tidak kurang juga ada yang terpaksa dimasukkan ke dalam wad bagi mengawal kesakitan yang dialami dengan pemberian ubat penahan sakit secara berkala.

Ada kajian yang menyatakan wanita yang sering menghadapi masalah senggugut mempunyai tahap risiko yang lebih tinggi untuk mengalami depresi berbanding mereka yang tidak.

Tanda – Tanda Senggugut

Selain kesakitan kontraksi yang dialami, senggugut juga boleh terjadi dengan tanda-tanda lain seperti :



Malahan ada juga dalam kalangan individu yang mengalami senggugut boleh pitam.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Proses Terjadinya Senggugut

Proses di sebalik gejala senggugut bermula apabila kontraksi pada bahagian dinding rahim terjadi lalu mengecut. Jika tahap kontraksi tersebut pada tahap ringan atau sederhana, selalunya ia akan tidak dirasai. Ia akan mula memberi kesan apabila kontraksinya melebihi tahap-tahap tersebut.

Pada suatu fasa di mana otat dinding rahim akan mengalami kontraksi yang lebih agresif bagi menggantikan lapisan dinding rahim dengan lapisan baru, ia secara tidak langsung menyebabkan saluran darah di sekelilingnya tertekan dan terhimpit agar bekalan saluran darah seperti oksigen pada lapisan tersebut terputus.

Di kala terjadinya kekurangan oksigen pada sel-sel tisu yang terkesan, kondisi seperti ini dikenali sebagai “ Local Ischemia ”. Apabila dibiarkan berterusan,sel-sel tersebut akan mati.

Bahagian lapisan dinding yang lama apabila tidak mendapat oksigen yang mencukupi akan runtuh lalu digantikan dengan lapisan yang baru.

Proses ini seterusnya merangsang pengeluaran hormon yang digelar sebagai “ Prostaglandins ”. Hormon yang dirembeskan keluar apabila terjadinya kejadian seperti kecederaan, kematian atau radang pada sel-sel tisu dalam badan.  

Hormon yang dirembeskan ini selanjutnya merangsang lagi kontraksi rahim lalu meningkatkan lagi tahap kesakitan senggugut.

 Apakah Punca Senggugut

Punca atau faktor senggugut terbahagi kepada 2 kategori iaitu :



A) Primary Dysmenorrhea

Definisi Primary Dysmenorrhea adalah jenis senggugut disebabkan proses fisiologi badan itu sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor kesihatan yang lain.

Namun ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti :

  • Tabiat merokok
  • Stres
  • Masalah Depresi dan Kebimbangan (anxiety)
  • Berlebihan berat badan
  • Tidak pernah mengandung
  • Sejarah ahli keluarga yang mengalami senggugut

Mereka yang ahli dalam bidang ini menyatakan bahawa senggugut yang terjadi dalam kategori ini adalah disebabkan kadar kandungan Hormon Prostaglandins yang tinggi.          

B) Secondary Dysmenorrhea

Manakala makna bagi kategori Secondary Dysmenorrhea pula adalah senggugut yang dipengaruhi oleh faktor masalah kesihatan seperti :

  • Endometriosis : Kondisi di mana lapisan tisu dalam rahim mengalami pertumbuhan pada bahagian luar menyebabkan kontraksi haid itu menjadi begitu sakit.
  • Ketumbuhan dalam rahim : Antara contoh ketumbuhan yang boleh terjadi di dalam rahim adalah seperti Fibroids , Cyst  dan polyps. Selain senggugut, ia boleh disertai dengan simptom lain seperti sembelit, rasa kembung dan sakit belakang.
  • Adenomyosis : Sejenis penyakit dalam bidang Obstetrik & Ginekologi di mana lapisan tisu rahim mengalami pertumbuhan sehingga menembusi ruang otot lalu menghadirkan rasa sakit seperti kramp atau kembung sebelum permulaan kitaran haid.
  • Pelvic Inflammatory Disease ( PID )  : Ia adalah jangkitan bakteria yang bermula di rahim dan boleh merebak ke organ-organ reproduktif yang lain.

Tambahan lagi, tidak mustahil juga seseorang yang menghidapi Primary Dysmenorrhea boleh mengalami juga Secondary dysmenorrhea pada saat yang sama.

10 Cara Hilangkan Masalah Senggugut

Dalam setiap penyakit pasti terdapat penawarnya, oleh itu terdapat 10 cara mengatasi senggugut antaranya adalah :



1. Ubat tahan sakit Nonsteroidal Anti-inflammatory Drugs (NSAIDs)

Ia antara solusi utama kaum wanita dalam usaha menangani masalah senggugut. Untuk pengetahuan anda salah satu fungsi ubat NSAIDs adalah menghentikan penghasilan hormon protaglandin.

Oleh itu, kebanyakkan wanita yang mengalami senggugut biasanya mampu menghilangkannya dengan pengambilan ubat tersebut.

2. Ubat Perancang / Oral Contraceptives ( OCP )

Ramai yang ingat bahawa ubat perancang hanya memainkan peranan besar dalam merancang kehamilan. Benar , bahkan lebih dari itu kerana OCP bertindak mengurangkan kesakitan senggugut dengan menyekat penghasilan hormon prostaglandin dan menghalang proses ovulasi.

3. Tuaman Air Panas

Penuaman air panas pada bahagian bawah perut atau lebih tepat pada kawasan pelvis dengan menggunakan tuala atau pad sedikit sebanyak mampu memainkan sebahagian peranan dalam meredakan sakit senggugut tersebut. Ia dapat meredakan kecutan otot rahim dan mengurangkan kesakitan senggugut

4. Suplemen Magnesium



Salah satu kajian menyatakan pengambilan suplemen ini mampu menghilangkan senggugut terutamanya pada hari ke-2 dan ke-3.

5. Tidur secukupnya dan bersenam

Sebagaimana yang kita sudah sedia maklum bahawasanya stres menyumbang dalam menyebabkan senggugut menjadi lebih menyakitkan atau merupakan salah satu faktor untuk terjadinya simptom tersebut.

Oleh itu, pasti tidur dan rehat secukupnya beserta senaman berkala mampu mengurangkannya kerana aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung mampu mengurangkan tahap stres seseorang.

6. Suplemen dan Vitamin lain

Selain itu, vitamin dan suplemen lain seperti vitamin B-6 dan B-1, vitamin E, omega-3 fatty acids dan kalsium juga turut membantu dalam meredakan simptom ini.

7. Mandian air panas

Mandian atau rendaman air panas membantu dalam menghilangkan kesakitan dan memberikan ketenangan.



8. Berhenti Merokok

Bagi individu yang merokok, berhenti merokok tidak lari sebagai tindakan utama yang wajib dilakukan memandangkan ia adalah salah satu faktor terjadinya gejala tersebut. 

9. Kawal stres

Mengawal tekanan secara bijak juga tidak lari daripada salah satu solusi kepada senggugut.

10. Merawat Punca Secondary Dysmenorrhea

Jika penyebab senggugut berkait rapat dengan Secondary Dysmenorrhea, merawat puncanya adalah jawapan paling tepat sekali sebagai contoh melakukan pembedahan bagi seseorang yang menghidapi penyakit endometriosis boleh mengelakkan ketumbuhan tersebut dari terus menerus menyebabkan terjadinya senggugut.

Akhir kata, silalah berbincang dengan doktor anda jika senggugut anda terjadi secara berterusan dan meningkat teruk untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Bacaan Tips yang lain:



Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan :

  1. Period Pain (Dysmenorrhea) – Medical News Today
  2. Menstruals Cramps – WebMD
  3. Period Pain – NHS
  4. Dysmenorrhea – Hopkins Medicine
  5. Period Pain – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven + 11 =