Tips Kesihatan

10 Cara Merawat dan Menghilangkan GERD

asid refluks atau gerd

Apakah cara merawat masalah GERD? Artikel ini akan membincangkan beberapa cara untuk merawat dan melegakan masalah GERD dengan berkesan

“ GERD adalah keadaan yang akan beransur-ansur teruk jika dibiarkan tanpa rawatan. Ia berpunca daripada struktur dalaman badan dan juga faktor gaya hidup. Oleh itu, pesakit perlu mengambil langkah proaktif untuk menanganinya dengan berkesan. Ia umpama luka yang boleh melarat dan membahayakan nyawa jika anda tidak berbuat sesuatu mengenainya. Prinsip yang sama juga perlu diguna pakai untuk GERD ”

Dr Raja Affendi Raja Ali
Perunding Perubatan dan Pakar Gastroenterologi
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan

Pedih ulu hati adalah gejala penyakit GERD yang secara umumnya sering terjadi dalam kalangan masyarakat. Gelaran penuh di sebalik singkatan GERD ialah Gastroesophageal reflux disease.

Ia adalah suatu kondisi di mana jus asid dari bahagian perut memasuki ruang esophagus. Esophagus merupakan tiub saluran pemakanan yang bertindak sebagai penghubung antara perut dan ruang tekak.

Proses Terjadinya GERD

Advertisements

Pada bahagian atas perut terdapat satu injap yang dikenali sebagai lower esophageal sphincter (LES). Kedudukannya yang terletak pada sempadan di antara organ perut dan esofagus berfungsi untuk mengelakkan kemasukkan jus asid dari perut ke naik ke dalam esofagus apabila ia tertutup.

Lapisan dinding esofagus tidak mempunyai ciri-ciri seperti perut yang mampu menahan kesan asid terhadapnya. Apabila asid berjaya memasuki ke ruang esofagus, kesan kontak antara asid tersebut dengan lapisan esofagus menyebabkan keradangan dan iritasi terjadi terhadap dinding-dinding tiub esofagus.

Maka akibat dari hal sedemikian, terjadilah simptom pedih ulu hati. Gejala pedih ulu hati disifatkan seperti rasa pedih atau panas membakar pada bahagian dada atau ulu hati. Ia juga boleh disertai dengan simptom-simptom lain seperti :

Anda juga boleh merasai cecair yang masam pada bahagian belakang tekak. Ia selalunya terjadi apabila seseorang selesai menjamah hidangan makanan berat atau baring terlantar tanpa bantal.

Individu yang mengalaminya sering kali mengalaminya apabila dalam posisi baring menyatakan simptom pedih ulu hati akan reda sebaik mereka menukar kedudukan kepada berdiri.

Advertisements

Pedih ulu hati juga secara umumnya dianggap sebagai simptom ringan apabila  kekerapan terjadinya ia cuma sekali sekala. Kejadiannya yang berterusan menandakan individu tersebut perlu mendapat khidmat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Risiko-Risiko GERD

Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko GERD untuk terjadi dan ia bergantung pada latar belakang kesihatan seseorang begitu juga dengan gaya hidupnya.

Antaranya ialah :

1. Masalah obesiti

Mereka yang memiliki berat badan terlebih atau masalah obesiti meningkatkan risiko GERD akibat tekanan berlebihan terhadap perut terjadi.

2. Kehamilan

Pedih ulu hati adalah simptom yang sering hadir sewaktu kehamilan atas sebab yang sama dengan kalangan individu obes.

3. Merokok

Advertisements

4. Hidangan Berat

5. Ubat

Pengambilan ubat cair darah seperti Aspirin dan ubat tahan sakit NSAID – Non Steroidal Antiinflammatory Drugs secara berterusan juga meningkatkan risiko GERD.

6. Makanan dan minuman tertentu seperti kopi, makanan berlemak atau bergoreng.

Komplikasi GERD

Gejala pedih ulu hati atau penyakit GERD jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan boleh menyebabkannya bertambah teruk dan mengalami komplikasi-komplikasi berikut :

  • Esophagitis: Keradangan pada tiub esofagus akibat iritasi yang berterusan. .
  • Esophageal stricture: Dalam kondisi ini, ruang tiub esofagus menjadi sempit lalu membuatkan aktiviti makan seseorang menjadi sukar.
  • Barrett’s esophagus: Situasi ini agak membahayakan kerana sel-sel pada lapisan dinding esofagus berubah sifat menjadi sel-sel seperti sel-sel yang terdapat pada bahagian usus dan boleh menyebabkan terjadinya kanser.
  • Masalah Saluran Pernafasan: Ia terjadi akibat kemasukan sebahagian dari asid perut ke bahagian saluran tersebut menyebabkan terjadinya jangkitan paru-paru laryngitis (radang pada kawasan larinks iaitu ruang terletaknya peti suara) menyebabkan suara menjadi serak dan sebagainya.

Cara Menghilangkan Pedih Ulu Hati

Apabila kita membincangkan tentan solusi gejala ini, ia terbahagi kepada 3 kaedah iaitu :

  • Perubahan Gaya Hidup
  • Perubatan
  • Pembedahan

Pengubahsuaian Gaya Hidup

1. Elakkan makan berlebihan

Advertisements

Mengelakkan daripada memakan hidangan yang berat dalam satu sesi dan cuba untuk mengambil hidangan secara kecil-kecilan secara kerap. Jika anda memakan makanan yang berlebihan pada satu-satu masa, perut anda tidak akan mampu menampung jumlah makanan tersebut dan menyebabkan ia refluks naik ke dalam esofagus.

Makanlah dalam kuantiti yang kecil tetapi secara kerap untuk memberi masa kepada perut mencernakan makanan tersebut

2. Elakkan makan pada waktu yang dekat dengan masa tidur

Makan dekat pada waktu tidur akan menyebabkan makanan tidak sempat dihadamkan sebelum tidur. Ini akan menyebabkan makanan refluks naik ke dalam esofagus ketika anda baring tidur

3. Mengurangkan berat badan

Pengurangan berat badan boleh menurunkan tekanan terhadap abdomen atau perut seterusnya mengelakkan kemasukkan asid ke dalam tiub esofagus.

4. Berhenti Merokok

Tabiat merokok melemahkan injap lower esophageal sphincter ( LES ) lalu merencatkan fungsinya sebagai penghalang kemasukkan asid.

Advertisements

5. Elakkan Makanan Yang Masam Dan Mempunyai Elemen Asid

Buah-buahan sitrus seperti oren, epal dan sebagainya yang secara umumnya masam boleh menghasilkan iritasi tambahan pada lapisan esofagus yang sudah sedia tercedera.

6. Elakkan Pemakanan Atau Minuman yang bertindak merehatkan injap lower esophageal sphincter ( LES )

Makanan seperti coklat dan kafien akan menyebabkan LES tidak dapat berfungsi dengan baik dan menyebabkan m.

Perubatan

7. Antasid

Ubat antasid bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam esofagus dan perut lalu menghentikan gejala pedih ulu hati.

Ubat ini selalunya boleh didapati di klinik dan farmasi dalam bentuk cecair putih.

Advertisements

8. H2 Blocker

Ubat ini bertindak mengurangkan penghasilan atau rembesan kandungan asid di dalam perut.

Nama ubat seperti Cimetidine dan Famotidine adalah antara yang tergolong dalam kumpulan ini.

9. Proton pump inhibitors (PPIs)

Ia bertindak menyekat sejenis protein yang diperlukan dalam penghasilan asid perut lalu mengurangkan kuantiti rembesannya secara tidak langsung.

Antara contohnya : dexlansoprazole, esomeprazole, lansoprazole, omeprazole, pantoprazole.

Pembedahan

10. Fundoplication

Advertisements

Kaedah ini dilaksanakan apabila langkah pengubahsuaian gaya hidup dan perubatan tidak membuahkan hasil yang baik.

Ia merupakan satu prosedur pembedahan memperbaiki struktur lower oesophageal sphincter lalu mengelakkan kemasukkan asid ke dalam esofagus daripada terus terjadi.

Sebelum keputusan pembedahan diambil, pesakit akan melalui prosedur Gastroskopi ( bahasa pasarnya adalah teropong perut ) dahulu. Ia dilakukan supaya Doktor Pakar Bedah dapat meneliti dahulu keadaan terkini lapisan perut.

Secara kesimpulannya 3 kaedah utama ini merupakan pendekatan yang holistik dalam menangani masalah pedih ulu hati.

Bacaan Tips yang lain:

Cara Hilangkan Kembung PerutCara Hilangkan Kutu Kucing
Cara Hilangkan Lenguh TanganCara Hilangkan Migrain
Cara Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah MataCara Hilangkan Gusi Bengkak
Cara Hilangkan Hidung TersumbatCara Hilangkan Jeragat
Cara Hilangkan Jerawat badanCara Hilangkan Panau
Cara Hilangkan Tahi LalatCara Hilangkan Sengugut
Cara Hilangkan KetuatCara Hilangkan Ulser Lidah
Cara Hilangkan Sakit TekakCara Hilangkan Parut Jerawat
Cara Hilangkan Sakit PinggangCara Hilangkan Sakit Tumit
Cara Hilangkan BatukCara Hilangkan Sakit Gigi
Cara Hilangkan KahakCara Hilangkan GERD
Cara Hilangkan Rasa MenangtukCara Hilangkan Kaki Bengkak
Cara Hilangkan StressCara Hilangkan Sakit Lutut
Cara Hilangkan Sakit KepalaCara Hilangkan Sedu
Cara Putihkan Gigi

Rujukan:

  1. GERD – Medline Plus
  2. GERD – Medical News Today
  3. GERD – Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − seven =