Skip to content

Mulut berbau: Punca, Simptom dan Rawatan

Mulut berbau boleh berlaku kepada kebanyakan orang. Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai halitosis. Masalah ini boleh disebabkan masalah yang ada pada kawasan mulut, gigi ataupun masalah pada jantung.

Mulut yang berbau boleh berlaku dalam waktu jangkamasa yang pendek dan ada juga berlaku secara kronik bergantung kepada punca masalah tersebut. Menerut, American Dental Association, lebih kurang 50 peratus daripada orang dewasa akan mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup

Simptom dan Tanda

Selain daripada mulut yang berbau, anda mungkin akan mengadu rasa yang tidak sedap pada bahagian lidah. Ia mungkin disebabkan makanan yang terperangkap pada bahagian gigi dan selalunya ia akan hilang bila gigi digosok



Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Mulut Berbau

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Punca tersebut adalah:

1. Kebersihan gigi yang kurang

Bakteria akan menguraikan makanan yang terperangkap pada bahagian gigi ataupun mulut. Kombinasi bakteri yang menguraikan makanan akan menyebabkan mulut menghasilkan mulut yang berbau busuk. Anda perlulah sentiasa memberus gigi untuk membersihkan gigi daripada makanan yang terperangkap

Memberus gigi juga akan membersihkan gigi daripada plak yang terbina pada gigi.



2. Makanan dan minuman

Jenis makanan yang berbau kuat seperti bawang, halia dan beberapa jenis makanan lain boleh menyebabkan mulut anda berbau. Pengambilan minuman seperti kopi juga boleh menyebabkan mulut anda berbau

3. Merokok

Merokok akan menyebabkan mulut anda kering dan menyebabkan masalah ini menjadi lebih teruk

4. Mulut kering

Mulut yang kering boleh disebabkan masalah pada kalenjar air liur ataupun seseorang itu kurang minum air. Air liur berfungsi untuk memastikan bahagian dalam mulut sentiasa bersih.

5. Penyakit yang berkaitan dengan gigi

Jika anda tidak membersihkan plak sepenuhnya pada gigi, ia akan menyebabkan pembentukan ruang diantara gusi dan gigi. Ia akan menjadi tempat makanan terperangkap dan bakteria terkumpul



6. Masalah sinus dan tonsil

Masalah mulut berbau juga boleh disebabkan:

Batu tonsil boleh menjadi sumber kepada masalah ini kerana ia boleh menjadi kawasan terkumpulnya bakteria.

7. Penyakit

Mulut yang berbau kuat juga boleh disebabkan penyakit lain pada badan seperti

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian Pemeriksaan

Selalunya doktor gigi anda akan bertanya berkenaan kekerapan anda memberuskan gigi, adakah anda mempunyai penyakit seperti kencing manis ataupun masalah buah pinggang. Jenis makanan yang diambil juga akan ditanyakan kepada untuk mengetahui punca kepada masalah ini

Kemudian, gigi dan gusi anda akan diperiksa sama ada mempunyai masalah ataupun tidak. Punca kepada masalah ini selalunya disebabkan masalah pada gigi dan juga pada plak dibahagian gigi.

Cara-cara untuk mengelakkan nafas daripada berbau.

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan mulut anda daripada berbau



  • Anda perlulah memberus gigi 2 kali ataupun lebih dalam sehari. Pastikan celah-celah gigi digosok dengan betul untuk memastikan tiada makanan yang terperangkap diakwasa tersebut
  • Gunakan pembersih mulut anti-bakteria untuk membunuh bakteria di dalam mulut.
  • Mengosok lidah dengan berus gigi juga dapat membuang bakteria di dalam mulut
  • Sentiasa meminum air untuk mengelakkan mulut menjadi kering
  • Berhenti merokok untuk mengelakkan mulut menjadi kering
  • Sentiasa menukar berus gigi setiap 3 bulan

Masalah mulut yang lain

Mulut BerbauKanser Gusi
Lidah PendekTonsil Bengkak
Kanser TekakKanser Tonsil
Hilang SuaraHilang Deria
Masalah BruxismRanula

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Halitosis. (2014, March). Familydoctor
  2. Mayo Clinic Staff. (2012, December 18). Halitosis.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 2 =