Skip to content

Kanser Tonsil: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah kanser tonsil? Artikel ini akan membincangkan punca dan juga rawatan kepada masalah ini.

Tonsil merupakan sebuah gumpalan tisu limfoid yang terletak di bahagian tekak (orofarinks). Setiap manusia mempunyai dua biji tonsil. Ianya berbentuk bujur dan terletak di dinding sisi tekak (orofarinks), di antara tiang anterior (anterior pillar) dan tiang posterior (posterior pillar).

Saiz sebenar tonsil adalah lebih besar dari apa yang kita dapat lihat. Hal ini adalah kerana struktur tonsil yang memanjang ke arah lelangit, memanjang ke arah pangkal lidah dan memanjang ke arah lengkung palatoglossal disisi.



Tonsil merupakan organ paling aktif sekitar umur 4 ke 10 tahun dan seterusnya saiz tonsil akan berkurang bermula selepas akil baligh.

Tonsil merupakan penghalang kepada bendasing seperti virus, bakteria dan antigen lain daripada memasuki saluran tekak (oropharynx) ketika proses menarik nafas dan makan dengan bertindak sebagai immuniti lokal dengan membentuk sel limfosit dan plasma untuk pertahanan badan. Selain itu, ia juga bertindak sebagai mekanisma pengawasan (surveillance mechanism) dengan memantau dan memberi amaran kepada badan akan jangkitan bakteria yang masuk melalui udara atau makanan. Tonsil juga merupakan antara organ yang membangunkan sistem keimunan dan antibodi badan pada peringkat awal usia.

Apa itu Kanser Tonsil?

Kanser tonsil (tonsil carcinoma) merupakan sejenis kanser yang bermula pada sel tonsil. Ia juga boleh berlaku pada tonsil lelangit yang dipanggil sebagai tonsillar carcinoma. Kebanyakan kanser tonsil dan tonsil lelangit merupakan jenis squamous cell carcinomas yang muncul daripada lapisan tisu mulut dan pesakit boleh hadir dengan ulser yang mempunyai tisu mati. Kanser lymphoma juga boleh terjadi pada tonsil dan kebiasaannya hadir dengan tonsil besar pada sebelah bahagian bersama ulser atau tanpa ulser yang boleh menyerupai nanah pada dasar tonsil (peritonsillar abscess).

Kanser ini boleh merebak secara lokal pada kawasan sekitar seperti lelangit lembut dan tiang lelangit, dasar lidah, dan dinding tekak. Sekiranya merebak pada otot pterygoid dan mandibel ia boleh menyebabkan kesakitan dan gangguan pembukaan mulut (trismus). Seterusnya, kanser ini juga boleh merebak melalui sistem limfa dan boleh merebak pada bahagian badan yang lain (distant metastases) kebiasannya berlaku pada kes yang telah lewat.

Faktor Risiko

Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan sesetengah individu lebih cenderung untuk mendapat kanser tonsil adalah termasuk ˸

  • Merokok
  • Pengambilan alkohol
  • Dijangkiti virus HPV (Human Papilloma Virus)

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom Kanser Tonsil



Antara simptom yang boleh terjadi pada pesakit kanser tonsil adalah termasuk ˸

  • Sakit tekak berpanjangan dan tidak sembuh
  • Susah untuk menelan makanan
  • Sakit di bahagian telinga
  • Benjolan di leher
  • Pendarahan dari bahagian mulut
  • Nafas berbau
  • Sakit rahang ketika membuka mulut (trismus)

Periksa Simptom anda Di Sini

Ujian Pemeriksaan

Doktor akan mendapatkan sejarah kesihatan dan memeriksa pesakit dengan teliti. Antara pemeriksaan yang boleh dilakukan bagi membantu diagnosis kanser tonsil adalah termasuk ˸

  • Ujian darah
  • X-ray
  • Biopsi
  • MRI

Pengkelasan kanser juga boleh dilakukan bagi menyatakan tahapan kanser secara jelas. Terdapat 4 tahap pengkelasan seperti berikut ˸

  • Tahap I apabila kanser tersebut bersaiz kurang daripada 2cm, terhad pada satu bahagian dan tidak merebak pada kelenjar limfa di sekitarnya.
  • Tahap II apabila kanser tersebut bersaiz antara 2-4cm tetapi tidak merebak
  • Tahap III apabila kanser tersebut bersaiz melebihi 4cm dan merebak kepaka satu kelenjar limfa dibahagian leher yang sama.
  • Tahap IV merupakan tahap paling rumit dan mempunyai prognosis yang teruk

Rawatan Kanser Tonsil

Rawatan adalah bergantung kepada tahap kanser tonsil. Secara amnya, antara rawatan yang boleh dilakukan adalah termasuk ˸

  • Radioterapi bagi kanser tonsil pada peringkat awal dan bersifat radiosensitif
  • Pembedahan pembuangan tonsil boleh dilakukan pada peringkat awal dan luka kanser berada pada permukaan lapisan luar. Luka kanser yang lebih besar dan menembusi tulang memerlukan pembedahan yang lebih besar.  
  • Terapi gabungan antara pembedahan dan radioterapi selepas pembedahan juga boleh dilakukan termasuk kemoterapi sebagai tambahan kepada pembedahan atau radiasi.

Langkah Pencegahan

Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan risiko untuk mendapat kanser tonsil adalah termasuk ˸

  • Berhenti merokok dan menggunakan produk tembakau termasuk rokok elektronik
  • Kurangkan pengambilan alkohol
  • Mengamalkan diet seimbang dan sihat seperti mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain



Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan ˸

  1. Textbook Diseases of Ear, Nose and Throat & Head and Neck Surgery,
  2. Portal myHealth KKM
  3. Flint PW, et al. Malignant neoplasms of the oropharynx. In: Cummings Otolaryngology: Head & Neck Surgery. 6th ed. Philadelphia, Pa.: Saunders Elsevier; 2015.
  4. Warner KJ. Allscripts EPSi. Mayo Clinic, Rochester, Minn. June 23, 2017.
  5. Tonsil Cancer – Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten − 2 =