Skip to content

Kanser Pankreas: Punca, Simptom dan Rawatan

Kanser Pankreas bermula daripada sel yang berada di pankreas iaitu satu organ yang terletak secara melintang di dalam abdomen. Organ ini berfungsi dengan merembeskan enzim untuk membantu pencernaan. Pankreas juga boleh menghasilkan hormon insulin yang mengawal aras gula dalam badan.

Kanser pankreas lebih mudah merebak ke kawasan berdekatan dan sangat jarang sekali dikesan pada peringkat awal. Ini kerana kebanyakan pesakit kanser ini pada peringkat awal tidak mempunyai sebarang simptom.

Simptom Kanser Pankreas

Kebanyakan kanser pankreas tidak mempunyai sebarang simptom pada peringkat awal. Selalunya ia menghasilkan simptom apabila sama ada sudah terlalu besar ataupun sudah merebak ke organ yang lain.



Beberapa simptom tersebut adalah:

  • Sakit dibahagian atas abdomen yang merebak ke bahagian belakang badan
  • Kurang selera makan
  • Berat badan berkurangan
  • Kemurungan
  • Badan lemah dan asyik rasa letih
  • Mata kuning

Simptom mata kuning ataupun jaundis ini berlaku apabila kanser ini menghimpit saluran hempedu yang berada di hadapan organ pankreas. Hasilnya, hati tidak dapat merembeskan garam hempedu daripada pundi hempedu dan menyebabkan kompaun bilirubin yang berwarna kuning di dalam pundi hempedu terkumpul di dalam saluran darah. Hasilnya mata akan kelihatan kuning.

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Kanser Pankreas

Punca sebenar kepada kanser ini masih lagi tidak dapat dipastikan. Para pengkaji hanya menemukan faktor yang meningkatkan risiko untuk menghadapi perkara ini.

Kanser pankreas berlaku apabila terdapat mutasi yang berlaku pada DNA sel pankreas. Mutasi ini menyebabkan sel kanser membahagi dengan cara tidak terkawal. Pembahagian sel yang tidak terkawal ini akan membentuk tumur dan boleh merebak kepada organ yang berdekatan.

Individu Berisiko



Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko seseorang itu mengalami kanser ini. Ia adalah:

  • Kencing manis
  • Merokok
  • Sejarah kanser pankreas dalam keluarga
  • Obes
  • Usia melebihi 65 tahun
  • Keradaan pankreas yang berturusan(chronic pancreatitis)

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi jika seseorang itu mempunyai kanser ini. Ia adalah:

1. Berat badan menurun

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berat badan menurun bagi pesakit kanser pankreas. Penyakit itu sendiri memang akan menyebabkan berat badan menurun.

Tetapi ia juga boleh disebabkan pankreas itu sendiri tidak menghasilkan enzim yang secukupnya untuk membantu dalam pencernaan makanan dalam badan.

2. Mata kuning

Pankreas ini terletak di belakang hati. Tumor tersebut boleh membesar hingga menyebabkan sumbatan pada saluran hati. Ini menyebabkan hati tidak boleh merembeskan bahan kumuh bilirubin.

Jika perkara ini terjadi, selalunya doktor akan memasukkan satu tiub ke dalam saluran tersebut supaya saluran tersebut tidak tersumbat disebabkan himpitan kanser tersebut.



3. Usus Tersumbat

Kanser ini juga boleh menyebabkan saluran awal usus kecil tersumbat. Ini kerana organ pankreas sangat dekat dengan bahagian awas usus kecil tersebut.

Jika perkara ini berlaku, tiub akan digunakan untuk dimasukkan dalam saluran usus kecil tersebut supaya makanan masih boleh melaluinya. Tetapi jika keadaan teruk, pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk menyambung perut terus ke bahagian usus yang lebih rendah daripada itu.

Ujian Pemeriksaan

Jika doktor anda syak anda mengalami masalah kanser pankreas ini, anda perlulah menjalani beberapa ujian ini.

1. Pengimejan

Pesakit perlu menjalani ujian seperti magnetic resonance scan(MRI), Computerized tomography(CT) scan atau ultrasound scan. Perkara ini adalah penting bagi mengetahui keadaan organ di dalam badan kita

2. Biopsi

Ujian pengesahan bagi kanser ini adalah dengan melakukan biopsi. Ujian ini melibatkan pengambilan sel di kawasan tersebut kemudian sel-sel daripada tisu yang diambil akan dilihat dibawah mikroskop bagi melihat kehadiran sel kanser



Rawatan Kanser Pankreas

Rawatan untuk kanser ini adalah bergantung kepada tahapan kanser yang pesakit hadapi. Untuk kebanyakan pesakit, tujuan utama untuk mereka adalah untuk membuang kanser tersebut daripada badan.

Rawatan akan merangkumi pembedahan, radiasi dan kemoterapi. Jika kanser telah merebak dengan tidak terkawal dan tidak mampu disembuhkan, maka pesakit akan diberikan rawatan paliatif untuk membantu simptom-simptom tersebut.

Cara untuk Mengelakkan Kanser Pankreas

Anda boleh mengurangkan risiko untuk menghadapi masalah ini dengan cara:

  • Berhenti merokok: Anda boleh berjumpa dengan klinik yang terdekat untuk menyertai Khidmat Berhenti Merokok di klinik tersebut. Selalunya doktor akan memberikan kaunseling dan juga ubat untuk membantu anda berhenti merokok.
  • Kekalkan berat badan yang sihat: Jika berat badan anda optimum, bersenam untuk mengekalkan berat badan tersebut. Jika berat badan berlebihan, cuba tumpukan untuk mengurangkan berat badan anda tersebut.
  • Pilih permakanan yang sihat

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:

  1. Pancreatic adenocarcinoma. Fort Washington, Pa.: National Comprehensive Cancer Network.
  2. Niederhuber JE, et al., eds. Carcinoma of the pancreas. In: Abeloff’s Clinical Oncology. 5th ed. Philadelphia, Pa.: Churchill Livingstone Elsevier; 2014.
  3. What you need to know about cancer of the pancreas. National Cancer Institute.
  4. Clark KL, et al. Psychological distress in patients with pancreatic cancer — An understudied group. Psycho-Oncology. 2010;19:1313.
  5. Tee MC, et al. Laparoscopic pancreaticoduodenectomy: Is it an effective procedure for pancreatic ductal adenocarcinoma? Advances in Surgery. 2015;49:143.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + nine =