Skip to content

Kulit Kering: Punca, Simptom dan Rawatan

Kulit kering adalah keadaan yang tidak menyenangkan dimana terdapat rekahan, kegatalan dan juga sisik pada bahagian kulit. Ia boleh berlaku disebabkan pelbagai keadaan. Anda mungkin mempunyai kulit yang kering secara semulajadi.

Walaupun kulit anda berminyak, anda mungkin akan mengalami masalah ini daripada masa ke semasa.

Masalah kulit kering boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda akan tetapi selalunya ia akan kelihatan pada tangan dan kaki. Untuk kebanyakan pesakit, perubahan dalam gaya hidup dan juga penggunaan ubat di kaunter farmasi sudah boleh membantu untuk mengatasi masalah tersebut.



Tetapi jika ia masih lagi tidak membantu, anda perlu bejumpa dengan doktor bagi mengetahui punca kepada masalah tersebut.

Simptom Masalah Kulit Kering

Kulit kering selalunya berlaku untuk beberapa hari sahaja dan selalunya akan baik dengan sendiri. Simptom kepada masalah ini adalah bergantung kepada umur, tahap kesihatan pesakit, dimana dia tinggal dan apakah pekerjaan pesakit. Ia boleh menyebabkan beberapa simptom seperti:

  • Kulit merasa tegang selalunya selepas mandi
  • Kulit kelihatan kasar
  • Kulit gatal
  • Kulit merekah
  • Kulit kemerah-merahan
  • Rekahan kulit yang mungkin mengeluarkan darah

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Kulit Kering

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Punca-punca tersebut adalah:

1. Cuaca



Kulit selalunya akan menjadi kering pada musim sejuk. Jika diluar negara musim sejuknya akan menyebabkan udara sekeliling menjadi kering. Tetapi di dalam negara musim sejuk kita lebih kepada musim hujan dan ia tidak akan menyebabkan udara di sekeliling menjadi kering.

Akan tetapi cuaca panas di Malaysia sedikit sebanyak boleh menyebabkan kulit anda kering terutamanya melibatkan mereka yang selalu membuat aktiviti di bawah cahaya matahari.

2. Mandi menggunakan air panas

Mandian yang lama menggunakan air panas boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Begitu juga jika terlalu kerap mandi di dalam kolam renang

3. Sabun pembasuh

Kebanyakan daripada sabun dan shampoo yang popular telah diformulasi untuk membuang minyak pada permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit lebih mudah menjadi kering selepas penggunaan sabun

Sebab itu bagi pesakit ekzema, mereka dinasihatkan untuk tidak menggunakan sabun yang biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit pesakit menjadi semakin kering.

4. Penyakit kulit



Terdapat beberapa penyakit kulit seperti ekzema dan juga psoriasis yang menyebabkan kulit menjadi kering.

Beberapa penyakit lain juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku seperti hipotiroid dan kencing manis.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Individu Berisiko

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kita seorang itu lebih mudah mengalami masalah ini adalah:

  • Umur lebih daripada 40 tahun. Ini kerana majoriti daripada mereka yang sudah berumur akan mengalami masalah ini
  • Tinggal di negara yang beriklim sejuk
  • Pekerjaan yang melibatkan pendedahan kulit dengan air.
  • Selalu mandi dalam kolam yang mempunyai klorin

Ujian Pemeriksaan

Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut. Perlu diketahui kebanyakan daripada masalah kulit ini dapat diketahui puncanya dengan melihat karakter kulit tersebut.

Rawatan Masalah Kulit Kering

Kebanyakan daripada masalah ini dapat dirawat dengan menggunakan losyen atau krim pelembab. Jika pesakit di dapati mengalami penyakit ekzema atau psoriasis, doktor selalunya akan memberikan krim khas(selalunya mengandungi steroid) untuk mengurangkan keradangan di kawasan kulit tersebut.

Jika kawasan kulit yang merekah mempunyai warna kemerah-merahan disekelilingnya, ia menunjukkan terdapat jangkitan kuman dikawasan tersebut. Pada ketika itu, pesakit mungkin memerlukan antibiotik untuk membunuh kuman tersebut.

Cara untuk Mengelakkan Masalah Kulit Kering

Terdapat beberapa tips yang boleh digunakan untuk merawat masalah ini. Ia adalah:

1. Krim atau losyen pelembab



Krim atau losyen pelembab ini boleh di dapati di farmasi. Ia berfungsi untuk sentiasa memberi kelembapan pada kulit dan mengelakkan kehilangan air daripada kulit.

Selain dairpada itu, anda juga boleh menggunakan krim yang mengandungi petroleum jeli vaseline.

Jenama losyen atau krim pelembab yang dicadangkan:

2. Elakkan daripada sabun berbuih

Sabun berbuih selalunya mempunyai kompaun yang akan menyebabkan kulit menjadi lebih kering. Jika anda tidak tahu untuk memilih sabun yang mana satu, anda boleh pergi ke farmasi terdekat untuk mendapatkan sabun yang sesuai bagi masalah tersebut.

Ini adalah jenama sabun yang dicadangkan

3. Banyak minum air

Masalah kulit ini juga boleh disebabkan cuaca panas yang menyebabkan seseorang itu kekurangan air dan kulit menjadi kering. Oleh itu, hidrasikan diri anda dengan air kosong/mineral supaya kulit anda tidak terlalu kering



4. Elakkan produk kulit yang tidak sesuai

Jika anda menggunakan produk/krim kulit yang menyebabkan kulit anda menjadi kemerah-merahan ataupun mengalami kerengsaan, berhenti daripada menggunakan produk tersebut.

Ia boleh mencederakan kulit anda dan proses pemulihan kulit tersebut akan menyebabkan ia menjadi kering dan merekah.

5. Gunakan sarung tangan getah jika pekerjaan anda melibatkan penggunaan air

Jika anda kerja di restoran atau saloon yang melibatkan penggunaan air pada tangan anda sebagai contoh kerap basuh pinggan atau kerap basuh rambut pelanggan, maka anda dinasihatkan menggunakan sarung tangan getah untuk mengurangkan kekerapan air bersentuhan dengan kulit.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Moncrieff G, et al. Use of emollients in dry-skin conditions: Consensus statement. Clinical and Experimental Dermatology. 2013;38:231.
  2. Dry skin. American Osteopathic College of Dermatology.
  3. Dry skin. American Academy of Dermatology.
  4. Fazio SB, et al. Pruritus: Overview of management.
  5. Berger TG, et al. Pruritus in the older patient: A clinical review. JAMA. 2013;310:2443.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 3 =