Skip to content

Kulit Gatal: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah kulit gatal berserta rawatannya?

Artikel ini akan menerangkan dengan lengkap berkenaan masalah kulit gatal, punca-punca dan rawatan yang berkaitan dengan masalah ini.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Simptom Selain Kulit Gatal
  3. Punca
  4. Ujian Pengesanan Punca
  5. Rawatan
  6. Cara untuk Mengelakkan Masalah Kulit Gatal

Pengenalan


Masalah kulit gatal dikenali sebagai pruritis dalam perubatan. Ia adalah perasan tidak selesa yang membuatkan seseorang itu ingin menggaru tempat yang mengalami masalah tersebut. Kebanyakan masalah ini selalu berlaku pada mereka yang sudah tua. Ini kerana kulit mereka lebih nipis dan kering berbanding orang lain menyebabkan senang berlaku kerengsaan pada kulit mereka.



Pesakit mungkin akan mengalami ruam kemerahan atau seperti bekas gigitan nyamuk(bintat) atau kelihatan kering dan ada juga kulit yang kelihatan normal. Tabiat menggaru akan menyebabkan keradangan berlaku pada kawasan yang terlibat dan ini menyebabkan kulit tersebut semakin tebal, mudah merekah dan lebih mudah dijangkiti kuman.

Kebanyakan penghidap masalah ini selalunya mendapati simptom tersebut berkurangan apabila mereka menggunakan krim pelembab setiap hari dan merasa selesa apabila mandi menggunakan air panas.

Simptom Selain Kulit Gatal


Masalah ini mungkin berlaku pada sebahagian badan sahaja sebagai contoh di tangan atau di kaki sahaja. Tetapi ia juga boleh melibatkan seluruh badan seseorang dan ini bergantung kepada punca kegatalan kulit tersebut. Masalah kegatalan kulit mungkin berlaku tanpa perubahan pada bahagian kulit.

Akan tetapi ia juga boleh menyebabkan perubahan pada kulit sebelum atau selepas itu seperti:

  • Ruam yang tidak mempunyai air
  • Ruam cacar air
  • Kulit kering dan merekah
  • Kulit yang bersisik
  • Kulit yang tebal
  • Kulit yang seperti digigit nyamuk(bintat)

Kadang-kadang masalah ini boleh berlaku dalam jangka masa yang lama menyebabkan kawasan yang digaru itu menjadi tebal dan kering.



Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Kulit Gatal


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kulit menjadi gatal. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Masalah kulit

Terdapat beberapa masalah kulit yang boleh menyebabkan kegatalan berlaku. Ia adalah:

2. Penyakit kronik

Terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Ia adalah:

3. Jangkitan kuman

Terdapat beberapa jenis jangkitan kuman yang boleh menyebabkan kegatalan pada bahagian kulit. Jangkitan tersebut adalah:



4. Penyakit saraf

Terdapat beberapa penyakit yang akan mengganggu fungsi saraf dan boleh menyebabkan kegatalan. Masalah tersebut adalah:

5. Penyakit psikiatri

Terdapat beberapa penyakit ini yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Ia adalah:

  • Penyakit kembimbangan(Anxiety disorder)
  • Obsessive compulsive disroder(OCD)
  • Kemurungan

6. Alahan

Selain itu, masalah kegatalan ini juga boleh disebabkan alahan kepada beberapa jenis bahan kimia, makanan dan ubat ubatan. Individu seperti ini selaluny mesti mempunyai sejarah alahan sebelum ini ataupun mempunyai penyakit asma ataupin ekzema.

Masalah ini adalah alergi kulit dimana pesakit akan mempunyai ruam yang tumbuh disekitar badan setelah terdedah kepada bahan-bahan tertentu dan menyebabkan kegatalan yang teruk.

Secara ringkas, punca kulit gatal adalah



Kulit KeringEkzema
PsoriasisKudis Buta
Kudis ApiKurap
Kegagalan Buah PinggangMultiple Sclerosis
KayapKencing Manis
KemurunganAlergi Kulit

Ujian Pengesanan Punca


Untuk mengesan punca kepada masalah ini, beberapa ujian boleh dilakukan. Tetapi kebanyakan masalah kulit ini mudah diketahui puncanya dengan melakukan pemeriksaan fizikal sahaja.

1. Pemeriksaan fizikal

Majoriti daripada masalah kulit tidak kisah ia menyebabkan kulit gatal, menggurutu, bernanah atau sebaliknya boleh diketahui puncanya melalui pemeriksaan fizikal.

Punca-punca ini dikenalpasti dengan melihat karakter kulit tersebut sama ada ia tebal, kering, mempunyai ruam, mempunyai nanah dan sebagainya.

2. Ujian Darah

Terdapat beberapa ujian lain yang boleh dilakukan untuk mengetahui punca kepada masalah ini. Ujian yang boleh dibuat adalah mengambil darah untuk mengetahui:

  • Bacaan gula dalam darah. Ini bagi mengesan penyakit kencing manis
  • Bacaan Hormon tiroid. Terdapat beberapa jenis masalah tiroid boleh menyebabkan masalah kulit ini
  • Bacaan fungsi buah pinggang dan hait. Ia boleh mengesan masalah hati dan buah pinggang yang menyebabkan masalah kuling kering dan gatal

Rawatan Kulit Gatal


Sebelum memberikan rawatan kepada masalah ini, punca kepada masalah kulit gatal ini perlulah diketahui terlebih dahulu supaya rawatan yang diberikan adalah tepat dan berkesan.

Tetapi disebabkan kegatalan ini selalunya disebabkan keradangan kulit, maka beberapa jenis rawatan boleh digunakan untuk mengurangkan rasa gatal tersebut.



Beberapa rawatan tersebut adalah:

1. Krim steroid

Krim steroid berfungsi untuk mengurangkan keradangan pada bahagian kulit dan jesteru itu mengurangkan rasa gatal dibahagian kulit yang terlibat. Pesakit yang selalu menggunakan krim steroid ini adalah pesakit ekzema dan juga psoriasis

Pesakit perlu menyapu dibahagian kulit dengan nipis. Ini penting kerana salah satu kesan sampingan krim steroid ini adalah lapisan kulit boleh menjadi semakin nipis selepas menggunakannya dan menyebabkan kulit mudah luka.

2. Krim pelembab

Pesakit ekzema yang hanya mengalami masalah kulit kering sahaja, mereka ini dinasihatkan untuk menggunakan krim pelembab sahaja. Krim ini akan membantu dalam melembabkan kulit dan mengelakkan ia daripada merekah dan menjadi gatal.

Bagi pesakit yang sudah berumur, mereka digalakkan menggunakan krim pelembab untuk masalah ini. Kerana kebanyakan orang tua mengalami kulit gatal disebabkan kulitnya menjadi semakin nipis dan mudah kering. Perkara ini menyebabkan kulit mudah merekah dan dan menjadi gatal.

Anda boleh gunakan krim ini 3 kali sehari untuk menjadikan kulit lembab sepert biasa.



3. Pengambilan ubat anti-histamin

Kegatalan disebabkan alahan selalunya disebabkan penghasilan histamin oleh badan. Oleh itu, jika seseorang itu mengalami alahah(alergi), maka ubat anti-histamin ini akan diberikan kepada pesakit untuk mengurangkan reaksi alahan tersebut.

4. Penggunaan losyen anti kudis buta

Bagi mereka yang mengalami masalah kudis buta, anda boleh menggunakan Losyen Permetherin dan Losyen Benzyl benzoate. Losyen ini mampu membunuh parasit di dalam kulit anda.

Jika terdapat jangkitan bakteria di kawasan kudis buta tersebut, maka doktor selalunya akan memberikan antibiotik sekali untuk membunuh bakteria di kawasan tersebut.

Cara untuk mengelakkan Masalah Kulit Gatal


Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah kegatalan kulit ini. Ia adalah:

1. Elakkan bahan atau pakaian yang boleh menyebabkan kegatalan

Ada sesetengah daripada mereka alah kepada beberapa jenis pakaian. Ini menyebabkan mereka mengalami alahan dan keradangan kulit.



Bahkan ada juga pakaian yang menyebabkan suhu badannya meningkat. Peluh yang terhasil pula akan memberi iritasi pada badan hingga menyebabkan badan merasa gatal.

2. Gunakan krim pelembab

Krim pelembab perlulah digunakan setiap hari untuk mengelakkan masalah kering kulit berlaku. Krim pelembab yang paling sesuai adalah yang jenis hypoallergenic dan bebas daripada pewangi.

3. Gunakan beberapa jenis losyen

Bagi mereka yang mengalami chicken pox, kudis buta, ruam disebabkan jangkitan kulat atau alahan boleh menggunakan losyen calamine. Selalunya ia akan memberikan kelegaan kepada masalah kegatalan jenis ini.

Tetapi jika anda menghadapi ekzema, elakkan daripada penggunaan calamine kerana ia boleh mengeringkan kulit anda.

4. Elakkan menggaru

Elakkan menggaru kawasan yang gatal. Ini kerana ia boleh menyebabkan kawasan tersebut tercedera dan bakteria boleh menjangkiti kawasan kulit tersebut.



5. Mandi menggunakan air yang suam.

Penggunaan air suam ketika mandi boleh mengurangkan rasa gatal pada kulit dan memberi keselesaan pada pesakit

6. Gunakan Pelembab udara (air humidifier)

Jika keadaan rumah anda selalu kering, anda dinasihati untuk menggunakan pelembab udara untuk memastikan udara di rumah anda tidak terlalu kering. Ini akan mengelakkan kulit anda menjadi terlalu kering.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Fazio SB, et al. Pruritis: Overview of management. – Uptodate.com. Accessed Nov.1, 2018.
  2. AskMayoExpert. Pruritus without rash. Rochester, Minn.: Mayo Foundation for Medical Education and Research; 2018.
  3. Goldsmith LA, et al., eds. Pathophysiology and clinical aspects of pruritus. In: Fitzpatrick’s Dermatology in General Medicine. 8th ed. New York, N.Y.: The McGraw-Hill Companies; 2012.
  4. Yosipovitch G, et al. Chronic pruritis. The New England Journal of Medicine. 2013;368:1625.
  5. Cunningham FG, et al., eds. Dermatological disorders. In: Williams Obstetrics. 25th ed. New York, N.Y.: McGraw-Hill Education; 2018.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + eleven =