Skip to content

Kurap: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Kurap juga dipanggil sebagai Tinea Corporis dalam bahasa perubatan. Ia terjadi disebabkan jangkitan kulat pada bahagian permukaan kulit menyebabkan kulit tersebut membahagi dengan lebih laju. Perkara tersebut menyebabkan kulit kelihatan tebal dan bersisik.

Ada juga jenis kulat yang menyebabkan kawasan sempadan kulit tersebut kemerah-merahan kerana keradangan. Manakala bahagian tengahnya pula mempunyai kulit yang normal menghasilkan bentuk cincin

Bagaimana kurap berlaku?

Selalunya kulat ini hanya mendiami kawasan atas permukaan kulit yang telah mati. Ia juga boleh wujud pada kawasan rambut dan juga kuku kerana kawasan ini selalunya kawasan yang lembab.



Kulat ini boleh menghasilkan enzim supaya dia boleh menembusi lebih dalam kawasan kulit yang terlibat. Tetapi ia akan terbehenti dibahagian epidermis sahaja kerana sistem imun pada kawasan kulit dibawah bahagian epidermis adalah lebih kuat dan dapat menghalang kemasukan kulat tersebut.

Disebabkan kulat tersebut tidak boleh tembus lapisan epidermis, maka ia akan merebak hanya dibahagian atas permukaan kulit sahaja. Sempadan kawasan yang dijangkiti akan semakin besar dan membentuk seperti cincin. Bahagian tengah akan mengalami pembahagian sel kulit yang lebih tunggu untuk mengeluarkan kulat tersebut. Ini menyebabkan kulit bahagian tengah seperti menebal dan berkerak.

Sebab itu ada juga jenis kurap yang dipanggil sebagai ‘Ringworm’. Tetapi ia tiada kaitan dengan cacing. Kerana dikawasan sempadan kurap tersebut berwarna merah nampak seolah-olah seperti cacing.

Terdapat beberapa jenis kulat yang menyebabkan masalah ini. Ianya adalah

  • Trichophyton rubrum
  • Trichophyton tonsurans
  • Microsporum canis
  • Trichophyton mentagrophytes
  • Trichophyton verrucosum

Punca Kurap

Kulat ini selalunya dijumpai pada manusia dan haiwan yang telah dijangkiti. Sentuhan pada kawasan tersebut akan menyebabkan kulat itu berpindah kepada manusia yang lain ini boleh menyebabkan jangkitan berlaku dan menyebabkan kurap.



Ia juga mudah tumbuh dikawasan yang lembah seperti di kawasan ketiak, kawasan ari-ari dan kawasan leher

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom

Kawasan kurap selalunya mempunyai rupa bentuk yang bersisik. Ini disebabkan kawasan tersebut mengalami pembahagian kulit dengan lebih cepat menyebabkan banyak kulit mati yang terhasil. Ada juga jenis kulat yang menyebabkan keradangan pada kawasan sempada kurap tersebut dengan kulit yang normal.

Ini menyebabkan sempadan kurap tersebut kemerah-merahan dan seolah-olah seperti cacing. Oleh sebab itu, masalah ini juga dipanggil sebagai ‘ringworm’

Periksa Simptom anda Di Sini

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom yang sama. Ianya adalah:

Penyiasatan

Untuk mengesan seseorang itu mempunyai kurap ataupun tidak cukup hanya dengan melihat kawasan kulit yang terlibat. Jika ianya tebal dan bersisik serta mempunyai kawasan sempadan yang warna merah, ia adalah kurap.

Tetapi terdapat juga penyiasatan yang lain seperti mengambil sampel kulit untuk dilihat dimakmal. Ia boleh menentukan sama ada wujudnya kulat tersebut ataupun tidak

Rawatan

Rawatan yang selalu disyorkan untuk masalah ini adalah rawatan dalam bentuk krim. Jika tidak berkesan barulah kita akan cuba ubat makan



Ubat Krim

Krim yang selalu digunakan untuk bunuh kulat ini adalah daripada kumpulan Azole seperti:

  • Econazole
  • Ketoconazole
  • Clotrimazole
  • Miconazole

dan sebagainya. Ia boleh digunakan selama 2 minggu. Sapuan tersebut perlulah lebih 2cm daripada kawasan sempadan kulit yang bermasalah

Ubat makan

Ubat jenis makan pula adalah lebih spesifik untuk mereka yang mengalami jangkitan kurap yang sangat besar, mempunyai masalah sistem imun ataupun tidak berkesan dengan rawatan krim. Ubat-ubat jenis ini adalah:

  • Griseofulvin
  • Fluconazole
  • Itraconazole
  • Ketoconazole

Cara untuk mengelakkan jangkitan kurap

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini. Ianya

  • Mengelakkan daripada bersentuhan dengan mereka yang mempunyai masalah ini.
  • Jika bersentuhan, basuhlah kawasan sentuhan itu dengan sabun sebaiknya
  • Elakkan berkongsi tuala dengan pesakit yang mempunyai masalah tersebut
  • Elakkan daripada memegang haiwan yang mempunyai masalah kulit kerana dikhuatiri ia juga membawa jangkitan kulat tersebut
  • Pastikan kawasan badan sentiasa kering dan tidak lembab

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Mapelli ET, Borghi E, Cerri A, Sciota R, Morace G, Menni S. Tinea corporis due to Trichophyton rubrum in a Woman and Tinea capitis in her 15-Day-Old Baby: Molecular Evidence of Vertical Transmission. Mycopathologia.
  2. Foster KW, Ghannoum MA, Elewski BE. Epidemiologic surveillance of cutaneous fungal infection in the United States from 1999 to 2002. J Am Acad Dermatol. 2004 May. 50(5):748-52.
  3. Weinstein A, Berman B. Topical treatment of common superficial tinea infections. Am Fam Physician. 2002 May 15. 65(10):2095-102.
  4. Verma S, Heffernan MP. (2008)Wolff K, Goldsmith LA, Katz SI, Gilchrest BA, Paller AS, Leffell DJ. (Eds).Fitzpatrick’s Dermatology in General Medicine. (pp 1807-1821).USA: McGraw-Hill
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − one =