Skip to content

Slipped Disc: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Slipped disc merupakan salah satu penyakit disebabkan postur badan yang tidak betul, keturunan dan dikaitkan juga dengan berat badan. Selalunya pesakit akan mengadu sakit belakang dan jika ia teruk pesakit akan mengadu kebas pada bahagian kaki. Malah kaki juga boleh menjadi lemah ataupun lumpuh jika keadaan slipped disc tersebut semakin teruk

Masalah Slipped Disc

Slipped disc adalah penyakit yang melibatkan masalah cakera intervertebra(Intervertebral disc). Ia disebabkan kandungan di dalam cakera intervertebra iaitu nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang.

Selain daripada itu, koyakkan pada cakera intervertebra juga sebenarnya menyebabkan keradangan disekeliling kawasan saraf tulang belakang. Keradangan ini sendiri akan menyebabkan saraf tersebut dihimpit dan menyebabkan kesakitan pada tulang belakang dan juga kebas pada kaki.



Sebab itu, kadang-kadang ada masalah cakera intervertebra yang tidak teruk tetapi masih menyebabkan kebas pada kaki dan sakit belakang. Ia disebabkan keradangan yang berlaku, bukan disebabkan himpitan pada saraf

Struktur Cakera Intervetebra

Cakera intervertebra terletak diantara tulang belakang. Ia berfungsi sebagai penyerap hentakan, menambah ketinggian dan menjadikan tulang belakang fleksibel.

Ia dikelilingi oleh lapisan fiber yang dikenali sebagai ‘Annulus fibrosus’ dan di dalamnya mempunyai ‘Nucleus polpopsus’

Koyakkan pada Annulus fibrosus akan menyebabkan nucleus polposus terkeluar dan menghimpit saraf dikawasan tulang belakang

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bagaimana Slipped Disc Berlaku?

Degenerasi(degeneration)



Sakit bahagian belakang adalah salah satu perkara yang selalu berlaku. Lebih kurang 60-80% mereka yang mengalami masalah sakit belakang, selalunya berlaku pada jangkamasa yang pendek sahaja. Bila mereka mengambil rehat yang secukupnya dan menjaga postur badannya, maka kesakitan itu akan hilang dengan sendiri.

Perlu diketahui bahawa semakin berusia seseorang itu, struktur cakera intervertebranya akan semakin rapuh, air di dalamnya semakin berkurangan dan menyebabkan seseorang itu senang untuk menghidapi penyakit slipped disc. Ia disebabkan proses degeneration ataupun penuaan pada cakera tersebut.

Kajian menunjukkan genetik juga memainkan peranan penting dalam prosed degenerasi ini. Pesakit yang mempunyai genetik masalah intervertebra akan lebih senanga mempunyai masalah degenerasi yang akan membawa kepada slipped disc.

Dalam proses degenerasi ini, air dan juga tisu di dalam nucleus polposus akan berkurangan dan menyebabkan annulus fibrosis tersembul keluar. Ia menyebabkan koyakan pada annulus fibrosus senang berlaku ketika mana tulang belakang bergeser. Jika koyakan berlaku, Nucleus polposus akan keluar daripada cakera tersebut dan menghimpit saraf.

Bahkan ia juga akan menyebabkan keradangan di bahagian tersebut yang membawa kepada himpitan saraf yang lebih teruk serta fungsi saraf yang akan semakin berkurang. Himpitan pada saraf ini akan membawa simptom sakit, kebas dan juga kelumpuhan pada bahagian kaki

Simptom dan Faktor Risiko Slipped Disc

Terdapat beberapa faktor risiko yang akan menyebabkan pesakit mempunyai masalah slipped disc. Ianya adalah

  • Obesiti: Berat badan yang tinggi akan menyebabkan tekanan yang lebih berat kepada cakera intervertebra. Ini akan menyebabkan cakera tersebut lebih senang untuk koyak dan cedera
  • Pekerjaan: Mereka yang berkerja melibatkan angkat barang, pindah barang dan sebagainya mempunyai risiko yang lebih tinggi sebab tekanan yang lebih tinggi dikenakan pada tulang belakang
  • Genetik: Sesetengah pesakit memang mempunyai keturunan yang senang untuk mengalami masalah tersebut

Beberapa simptom akan timbul disebabkan himpitan saraf dan keradang pada bahagian tersebut adalah:

  • Sakit pada bahagian kaki: Selalunya akan sakit pada bahagian punggung, peha dan betis. Sakit tersebut kadang-kadang berlaku ketika bersih ataupun dalam posisi menunduk
  • Rasa kebas dan menyucuk
  • Lumpuh ataupun lemah pada bahagian kaki
  • Kebas Tangan jika masalah ini berlaku pada tulang belakang bahagian leher

Periksa Simptom anda Di Sini



Komplikasi

Beberapa komplikasi yang mungkin dihadapi oleh pesakit ini adalah:

  • Lumpuh bahagian kaki
  • Tidak mampu mengawal pembuangan air kencing dan juga pembuangan air besar

Jika pesakit mempunyai simptom ini, mereka perlulah segera berjumpa dengan doktor

Penyakit lain yang berkaitan

Beberapa diagnosa lain yang mempunyai simptom yang sama adalah

  • Kanser tulang belakang
  • Kanser saraf tunjang
  • Spondylolisthesis
  • Spondylosis
  • Pott’s disease
  • Spinal stenosis

Ujian Pemeriksaan

Untuk melihat sama ada seseorang itu mempunyai slip disc ataupun tidak, penyiasatan pertama yang perlu dibuat adalah x-ray tulang belakang. Cakera intervertebra tidak boleh dilihat di dalam x-ray kerana ia akan berwarna gelap. Apa yang boleh dilihat adalah jarak diantara tulang belakang akan semakin berkurang berbanding dengan tulang belakang yang lain

Selain daripada itu, Ct- Scan dan terutamanya MRI boleh dibuat untuk melihat slipped disc yang berlaku. Di dalam pengimejan jenis ini, Gambar cakera intervertebra dapat dilihat dengan lebih jelas

Rawatan

Rawatan bagi slipped disc terbahagi kepada dua iaitu rawatan sokongan dan juga pembedahan

a) Rawatan sokongan

Sebelum ini ramai yang mengamalkan rehat di atas katil untuk beberapa minggu.. Tetapi mengikut kajian, ia hanya bagus untuk 1 hingga 2 hari apabila slipped disc menyerang. Rehat yang lebih daripada itu adalah sesuatu yang tidak produktif.



 Ubat tahan sakit dan anti-keradangan

Disebabkan slipped disc juga menyebabkan keradangan, penggunaan ubat tahan sakit serta anti keradangan seperti non-steroidal anti-inflammatory drug(nSAID) dapat mengurangkan keradangan dan mengurangkan simptom tersebut. Terdapat pelbagai jenis ubat nSAID seperti mefenemic acid, diclofenac, naproxen sodium dan sebagainya

Ubat untuk relakskan otot

Ubat untuk relakskan otot boleh digunakan pada fasa awal serangan slipped disc. Ia disebabkan pada awal serangan, Sakit slipped disc akan menyebabkan kekejangan otot di bahagian tulang belakang dan perkara tersebut menyebabkan kesakitan. Ubat itu dapat merelakskan otot tersebut dan membuatkan rasa sakit berkurangan

Elakkan daripada melakukan aktiviti yang tidak bagus untuk tulang belakang

Pesakit slip disc perlulah menjaga postur dan mengelakkan perkara yang akan membebankan tulang belakang. Apabila menundukkan badan, tulang belakang perlulah dalam keadaan lurus. Jika ingin mengangkat barang, bengkokkan lutut dan juga sendi pinggul. Posisi tulang belakang perlulah lurus ketika mengangkat barang.

Duduk perlulah dalam postur menegak. Tidak boleh bengkok ataupun menyandar sehingga tulang belakang menjadi bengkok

Bagi pesakit yang hendak baring, baring pada sisi terdahulu dan barulah pusing untuk baring secara menelentang. Elakkan baring secara meniarap



Penggunaan Alat untuk Membetulkan Postur

Terdapat beberapa alat seperti bengkung yang digunakan untuk mengelakkan badan berada pada postur yang tidak betul. Alat ini boleh mengelakkan daripada serangan slipped disc berlaku dengan kerap

CADANGAN ALAT UNTUK MEMBETULKAN POSTUR BADAN

b) Rawatan secara pembedahan

Selalunya rawatan pembedahan diperlukan apabila pesakit mempunyai kriteria ini:

  • Kesakitan pada bahagian kaki dan belakang yang berlaku lebih daripada 4 minggu dan ia mengganggu aktiviti harian, pekerjaan dan memerlukan ubat tahan sakit yang kuat
  • Mempunyai komplikasi kelumpuhan
  • Imej MRI menunjukkan bahawa masalah tersebut boleh dirawat dengan menggunakan pembedahan

Pembedahan yang selalunya dilakukan untuk masalah ini ialah ‘Disectomy’ iaitu melibatkan pengeluaran Cakera intervertebra yang menekan saraf pesakit Slipped disc. Selalunya pesakit akan diberi ubat bius sepenuhnya untuk melakukan pembedahan tersebut.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Battie MC, Videman T, Parent E. Lumbar disc degeneration: epidemiology and genetic influences. Spine. 2004 Dec 1. 29(23):2679-90.
  2. Mixter WJ, Barr J. Rupture of the intervertebral disc with involvement of the spinal cord. N Engl J Med. 1934. 211:210-4.
  3. White AA, Panjabi MM (eds). Clinical Biomechanics of the Spine. Philadelphia, Pa: JB Lippincott Company. 1978:462.
  4. Kirkaldy-Willis WH. Managing Low Back Pain. 2nd ed. New York, NY: Churchill Livingstone. 1988.
  5. Weinstein JN, Lurie JD, Tosteson TD, et al. Surgical vs nonoperative treatment for lumbar disk herniation: the Spine Patient Outcomes Research Trial (SPORT) observational cohort. JAMA. 2006 Nov 22. 296(20):2451-9.
  6. Sumber featured image: nlphysio.co.uk
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 − 2 =