Skip to content

Cagu: Punca, Simptom dan Rawatan

Cagu berlaku apabila hujung kuku anda tumbuh memasuki kulit yang terletak dibahagian tepi kuku tersebut. Anda boleh merawat masalah cagu ini dirumah jika ia baru bermula.

Jika rawatan dirumah masih tidak sembuh, pesakit perlulah mendapatkan rawatan di klinik kerana ia juga boleh menyebabkan komplikasi. Terutamanya mereka yang mempunyai kencing manis dan juga darah tinggi. Golongan seperti ini perlulah terus mendapatkan rawatan di klinik.

Punca Cagu

Cagu boleh berlaku pada lelaki dan perempuan. Ia selalunya berlaku pada mereka yang mempunyai kaki yang berpeluh seperti pada remaja. Dan ia juga berlaku pada mereka yang sudah tua kerana kuku kaki yang menebal.



Banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah ini. Ia adalah:

  • Potong kuku dengan cara yang tidak betul. Bagi kuku kaki, anda dinasihatkan untuk memotong kuku tersebut tidak terlalu dalam dan ianya perlu lurus.
  • Kuku kaki yang tidak sekata
  • Kasut yang ketat hingga memberi tekanan pada kuku kaki
  • Kecederaan pada kuku kaki
  • Postur duduk yang salah
  • Tidak menjaga kebersihan kaki

Penggunaan kaki yang berlebihan seperti dalam atlet boleh mendedahkan seseorang kepada masalah ini juga. Aktiviti menendang sesuatu ataupun yang memberikan tekanan pada kaki dalam satu tempoh yang lama akan meningkat risiko seseorang itu mengalami masalah cagu.

Beberapa aktiviti ini adalah:

  • Bola sepak
  • Futsal
  • Tinju

Simptom dan Tanda Cagu

Masalah ini boleh menyebabkan kesakitan pada kuku yang terlibat terutamanya kuku kaki.

Simptom pada peringkat awal:

  • Kulit di sebelah kuku menjadi merah dan sakit
  • Sakit apabila berjalan


Jika jari tersebut mempunyai jangkitan kuman, terdapat beberapa simptom iaitu:

  • Kulit yang merah dan bengkak
  • Sakit dibahagian jari kaki yang terlibat
  • Pendarahan dibahagian tersebut
  • Bernanah
  • Kulit yang membesar secara berlebih pada kawasan yang terlibat.

Rawatan masalah ini dengan cepat sebelum ianya menjadi lebih teruk

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyiasatan

Doktor anda selalunya dapat mengesahkan bahawa anda mempunyai masalah ini dengan hanya melakukan pemeriksaan klinikal sahaja. Selalunya tiada ujian diperlukan

Rawatan Cagu

Cagu yang tidak mengalami jangkitan kuman selalunya boleh dirawat di rumah. Akan tetapi jika kuku tersebut telah memasuki kulit ataupun menyebabkan jangkitan kuman, anda diminta untuk mendapatkan rawatan di klinik

Rawatan di rumah

Anda boleh merawat masalah ini dirumah dengan mencuba:

  • Rendam kaki dalam air suam selama 15 hingga ke 20 minit 3 hingga 4 kali sehari
  • Tolak hujung kulit kaki dengan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan minyak zaitun.
  • Gunakan ubat tahan sakit seperti paracetamol
  • Krim antibiotik seperti neomycin boleh disapu ditempat tersebut untuk mengelakkan jangkitan kuman

Anda boleh mencuba rawatan ini dirumah untuk beberapa hari. Jika sakit tersebut semakin teruk dan anda susah untuk berjalan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan



Prosedur mencabut kuku

Selalunya jika kuku tersebut masuk ke dalam kulit dengan dalam, kuku tersebut perlulah dicabut. Prosedur tersebut akan melibatkan pemberian ubat bius pada bahagian jari tersebut terlebih dahulu. Kuku akan dipotong pada bahagian kuku yang memasuki kulit tersebut sahaja. Bahagian sebelah yang tidak terlibat selalunya tidak akan dibuang.

Selepas pembedahan

Selepas prosedur tersebut dibuat, jari tersebut akan dibalut. Anda dinasihati untuk mengangkat kaki tersebut lebih tinggi daripada aras badan ketika baring untuk mengurangkan bengkak dikawasan tersebut.

Anda juga perlu memakai kasut khas ataupun selipar untuk membenarkan kawasan tersebut pulih dengan sepenuhnya terlebih dahulu.

Elakkan pergerakan yang banyak.

Kuku anda akan tumbuh beberapa bulan balik selepas prosedur tersebut

Komplikasi

Terdapat beberapa komplikasi jika seseorang itu tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Komplikasi tersebut adalah:



  • Jangkitan kuman pada bahagian tulang
  • Jangkitan kuman yang selalu juga boleh menyebabkan ulser dibahagian yang terlibat
  • Pada pesakit diabetes, jangkitan kuman dibahagian tersebut boleh teruk hingga menyebabkan kematian sel dikawasan tersebut. Gangrene boleh berlaku hingga menyebabkan jari kaki perlu dipotong.

ARTIKEL BERKAITAN: KENCING MANIS

Cara untuk mengelakkan masalah Cagu

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini. Ia adalah:

  • Potong kuku dengan lurus. Elakkan daripada memotong kuku dengan melengkung
  • Elakkan daripada memotong kuku dengan terlalu pendek
  • Guna kasut yang sesuai dan tidak terlalu ketat
  • Jika kuku kaki terlalu tebal dan tidak sekata, mungkin prosedur untuk membuang kuku kaki tersebut perlu dilakukan.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Bharathi, et al. (2011). Nail bed injuries and deformities of nail.
  2. Heidelbaugh, et al. (2009). Management of the ingrown toenail. . aafp.org/afp/2009/0215/p303.html
  3. How nails grow. (n.d.). aad.org/public/kids/nails/how-nails-grow
  4. How you can prevent and treat painful ingrown toenails. (2015, March 23). – Clevel and Clinic
  5. Ingrown toenail. (2016). – NHS UK
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four + sixteen =