Skip to content

Paronychia: Punca, Simptom dan Rawatan

Paronychia adalah jangkitan kuman dikawasan kulit bersebelahan dengan kuku.

Lebih spesifik lagi, ia adalah jangkitan kulit dibahagian tepi kuku yang bermula dengan ,cellulitis, iaitu warna kemerah-merahan dibahagian kuku diikuti dengan pembentukan nanah dikawasan tersebut.

Terdapat 2 jenis paronychia iaitu:

  • paronychia akut: Lebih sakit dan mempunyai nanah. Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan paronychia jenis ini.
  • paronychia kronik: Selalunya disebabkan jangkitan kulat.

Punca paronychia



Punca masalah paronychia ini disebabkan luka pada kawasan kulit dibahagian kuku tersebut. Ini menyebabkan kuman daripada luar masuk dan membiak diawkasan tersebut.

Beberapa punca kepada masalah ini adalah:

  • Perangai menggigit kuku
  • Menghisap kuku
  • Memotong kuku
  • Penggunaan kuku palsu
  • Kuku yang mencengkam masuk ke dalam kulit

Simptom dan Tanda 

Beberapa simptom yang berlaku akibat masalah ini adalah:

  • Kulit yang berwarna kemerah-merahn
  • Penghasilan nanah di kawasan tersebut
  • Rasa sakit dikawasan yang terlibat

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Faktor risiko

Terdapat beberapa orang yang berisiko untuk mengalami perkara ini terutamanya mereka yang mengalami masalah sistem imun. Beberapa faktor tersebut adalah:

  • Kencing manis
  • Obesiti
  • Tangan ataupun tapak kaki yang selalu berpeluh
  • Ubat yang merendahkan kekuatan sistem imun(seperti kemoterapi dan steroid)

Penyiasatan



Selalunya tiada ujian yang perlu dibuat untuk mengesahkan masalah ini. Pemeriksaan klinikal sudah cukup untuk menentukan seseorang itu mempunyai masalah ini ataupun tidak.

Jika terdapat nanah dan ia susah untuk baik setelah ubat diberikan kepada pesakit. Barulah ujian nanah tersebut akan dibuat untuk mengetahui jenis kuman yang menyebabkan masalah ini.

Rawatan

Jika pesakit hanya mengalami kemerahn-merahan di kawasan tersebut, penggunaan ubat antibiotik makan sudah cukup untuk membunuh kuman dikawasan itu.

Tetapi jika terdapat nanah, ia perlulah dikeluarkan terlebih dahulu dan pesakit ini juga perlu diberikan antibiotik untuk membunuh kuman yang menyebabkan perkara ini.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Rigopoulos D, Larios G, Gregoriou S, Alevizos A. Acute and chronic paronych Am Fam Physician. 2008 Feb 1. 77(3):339-46.
  2. Rockwell PG. Acute and chronic paronychia. Am Fam Physician. 2001 Mar 15. 63(6):1113-6.
  3. Roberts JR, Hedges JR, eds. Incision and Drainage. Clinical Procedures in Emergency Medicine. 6th ed. Philadelphia, Pa: Saunders; 2013. 719-58.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 + seven =