Skip to content

Masalah Sciatica: Punca, Simptom dan Rawatan

Sciatica  merupakan  kesakitan  yang  berlaku  kepada  bahagian  anggota  bawah  tubuh  badan  dari  pinggul  sehingga  ke  kaki.  Kesakitan  ini  berpunca  daripada  radang  kepada  saraf  dalam  badan  kita  yang  bernama  “sciatic  nerve”.  Saraf  ini  merupakan  saraf  terbesar  yang  bermula  dari  cabang  saraf  tulang  belakang,  L4  sehingga  S2,  menuju  ke  otot  punggung,  peha,  sehingga  ke  hujung kaki.

Punca  Kesakitan  Sciatica

Faktor utama berlakunya  sciatica  ialah  apabila  terdapat  “hernia”  atau  bonjolan pada rawan  tulang/ cakera  intervertebral  (“intervertebral  disc”). Masalah ini dipanggil sebagai ‘Slipped disc’.  Hal  ini  menyebabkan  “intervertebral  disc” tersebut  berubah  bentuk  dan  membengkak,  lalu  menyebabkan  saraf ini  dihimpit.  Selain  itu,  “spondylolisthesis”  atau  keadaan di mana tulang  belakang  tergelincir  di  bahagian  pangkalan  boleh menyebabkan  simptom-simptom  sciatica.

Terdapat  juga  faktor-faktor  seperti  kekejangan  otot  sekitar  lumbar  atau  pelvis  yang  boleh  mengeluarkan  kesakitan  yang  sama.  Perkara-perkara  lain  yang  boleh  dipertimbangkan  adalah  pendarahan  dalaman,  jangkitan  pada  tulang  atau  ketumbuhan  yang  mungkin  bersifat  kanser.

Tanda-tanda  Sciatica



Terdapat beberapa tanda yang akan hadapi jika anda mengalami masalah ini.

  • Sakit bersifat  pijar/panas  (“burning  sensation” ).
  • Kebas/semut-semut pada bahagian kaki
  • Sakit hanya  pada  sebelah
  • Hilang kekuatan untuk berjalan
  • Kesakitan melampau  sehingga  tidak  boleh berjalan
  • Boleh bertambah  sakit  sekiranya  bersin,  batuk  atau  duduk  terlalu    Bergantung  kepada  keadaan  pesakit.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Risiko-risiko  Mendapat  Sciatica

Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu berkemungkinan menghadapi masalah ini. Ia adalah:

  • Linkungan umur  45-64 tahun.
  • Obesiti.
  • Pekerjaan yang  memerlukan  aktiviti  seperti  mengangkat  barang-barang  berat.
  • Gaya hidup  tidak  aktif/  duduk  dalam  jangka  waktu  yang  lama  dalam  kehidupan  seharian.

Rawatan

Pesakit  akan  dibekalkan  ubat-ubatan  untuk  melegakan  kesakitan  yang  dialami.  Selain  itu,  fisioterapi  boleh  dijalankan.  Pesakit  juga  digalakkan  untuk  meletakkan  sesuatu  bahan  pemanas  pada  bahagian  badan  yang  sakit.  Tetapi sebelum meletakkan sesuatu bahan pemanas, ia perlulah dirasa menggunakan tangan terlebih dahulu. Ini kerana ada sesetengah pesakit mempunyai kaki yang kebas dan tidak mempunyai deria suhu yang berfungsi baik. Ia boleh menyebabkan kaki melecur.

Tujuannya  penggunaan bahan pemanas ini adalah  lebih untuk  mengurangkan rasa  sakit dibahagian tersebut. Jika masalah ini menyebabkan kaki menjadi lemah dan tidak mampu berjalan, doktor mungkin akan mencadangkan pembedahan dilakukan untuk membetulkan tulang belakang yang bermasalah.



Rujukan:

  1. David Davis; Arvind Vasudevan, “Sciatica”, Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2018. [Pubmed].
  2. Koes, B W et al. “Diagnosis and treatment of sciatica” BMJ (Clinical research ed.) 334,7607 (2007): 1313-7.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 1 =