Sakit Tapak Kaki: Punca dan Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

Home » Artikel Terbaru » Simptom » Sakit Tapak Kaki: Punca dan Rawatan

Sakit tapak kaki adalah perkara yang selalu berlaku di dalam kehidupan kita. Sekurang-kurangnya seseorang itu mesti mengalami sakit pada tapak kaki sekali dalam seumur hidup.

Oleh itu, kita perlu tahu sedikit sebanyak punca dan cara rawatan bagi masalah ini.

Tapak kaki merupakan kawasan yang akan menampung berat badan seseorang tidak kira ia berada dalam keadaan berdiri mahupun berjalan. Ia juga membantu anda untuk pergi ke mana sahaja. Disebabkan perkara itu, tapak kaki akan selalu menerima tekanan daripada berat badan dan selalu mengalami kesakitan.

Sakit tapak kaki bermaksud kesakitan yang berlaku pada mana-mana bahagian tapak kaki iaitu:

  • Jari kaki
  • Tapak kaki bahagian tengah
  • Tumit

Punca Sakit Tapak Kaki

Sakit tapak kaki selalunya disebabkan gaya hidup yang salah sehingga menyebabkan tekanan pada kaki bertambah. Akan tetapi ia juga boleh berpunca daripada penyakit lain. Punca yang selalu menyebabkan masalah ini adalah:

Gaya hidup

Penggunaan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan tekanan tidak dapat disebarkan secara sama rata dipermukaan tapak kaki. Ini menyebabkan sesetengah kawasan tapak kaki akan menerima tekanan yang lebih dan kawasan tersebut sudah tentu akan mengalami kesakitan.

Memakai kasut tumit tinggi juga akan menyebabkan sakit kaki kerana ia menyebabkan tekanan pada tapak kaki ditumpukan pada bahagian jari kaki.

Bagi mereka yang selalu bersukan dengan terlampau aktif juga mempunyai risiko untuk mendapat masalah ini juga.




Keadaan pesakit

Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan pesakit mengalami masalah tersebut. Ianya adalah:

  • Berlebihan berat badan
  • Mengandung
  • Terlebih bersukan menyebabkan otot merasa sengal
Penyakit tertentu

Terdapat beberapa penyakit yang menyebabkan masalah ini. Ia adalah:

  • Kematu
  • Ketuat
  • Kuku cekam
  • Ubat yang menyebabkan kaki menjadi sembab
  • Plantar fascitis
  • Gout

Rawatan sakit tapak kaki dirumah

Masalah ini bolej dirawat di rumah jika ianya tida serius. Malah kebanyakannya boleh baik dengan sendirinya tanpa melakukan apa-apa rawatan. Sebagai contoh sakit kaki yang disebabkan terlalu banyak berjalan, terlebih bersenam, terlebih berat badan dan sebagainya.

Jika sakit tersebut disebabkan perkara yang serius ataupun tidak boleh dirawat di rumah, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor

Bagi rawatan dirumah, pesakit boleh mencuba:

  • Meletakkan ais pada kawasan yang terlibat. Sesuai untuk sakit tapak kaki yang disebabkan trauma
  • Mengambil ubat tahan sakit di farmasi
  • Menggunakan pad tapak kaki supaya tapak kaki tidak ditekan pada permukaan yang keras
  • Ketika baring ataupun tidur, naikkan sedikit tapak kaki dengan meletakkannya di atas batal supaya keradangan pada kawasan tersebut dapat dikurangkan
  • Kurangkan berjalan ataupun bersukan ketika sakit

Cadangan pembelian alat yang sesuai:

Bila kena berjumpa dengan doktor?

Kebanyakan orang tahu apakah yang menyebabkan mereka sakit kaki dan boleh mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Akan tetapi, terdapat beberapa keadaan yang memerlukan seseorang itu berjumpa dengan doktor. Keadaan tersebut adalah:

  • Kesakitan yang menjadi semakin teruk
  • Sakit kaki yang disebabkan trauma (Sebagai contoh tulang kaki patah)
  • Sakit sampai tidak boleh berdiri disebabkan
  • Kaki yang sakit disebabkan masalah peredaran darah
  • Bengkak yang teruk dibahagian kaki
  • Mengalami demam

Rujukan:

  1. Foot Health. apma.org/learn/FootHealthList.cfm?navItemNumber=498
  2. Medications to treat feet. arthritis.org/about-arthritis/where-it-hurts/foot-heel-and-toe-pain/treatment/foot-arthritis-medication.php
0 0 vote
Article Rating

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

Ikut perbincangan ini
Hantar notifikasi jika
guest
4 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Undian Terbanyak
Inline Feedbacks
View all comments
Ieda farhan
Ieda farhan
5 Bulan lalu

Assalamualaikum doc.. Sy eda dr kedah ingin bertanya doc ttg perihal sakit tapak kaki bhgian tengah dan sakit dijari2 anak.. Ank sy mangsa buli.. Keadaannya skg kurang baik slps dipijak2 lbh lg dbhgian kaki.. Bila balik ank mgadu sakit di kaki.. Bjalan pn tak blh.. Apa rawatan utk sakit tu doc??

eliza britin
eliza britin
6 Bulan lalu

tumit kaki sakit tiap pagi bangun tidur.kenapa

4
0
Tanya soalan anda disinix
()
x