Skip to content

Sakit Otot: Punca, Rawatan dan Tips

Sakit otot adalah sesuatu yang selalu berlaku dalam masyarakat. Hampir semua orang pernah merasai sakit otot dalam hidup mereka. Ini disebabkan tisu otot ini berada pada kebanyakan kawasan badan kita dan kesemua tempat ini boleh merasai kesakitan jika otot tersebut bermasalah.

Akan tetapi terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan otot tersebut sakit dan kecederaan sewaktu sukan ataupun senaman yang berlebihan boleh menyebabkan kesakitan ataupun ketidakselesaan pada otot tersebut.

Punca Sakit Otot

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah sakit otot boleh memberitahu punca kepada masalah tersebut dan selalunya ia disebabkan aktiviti fizikal. Beberapa punca tersebut adalah:

  • Berlebihan dalam bersukan
  • Trauma seperti terjatuh ketika bersenam
  • Baru bersukan setelah lama tidak bersukan

Penyakit yang Menyebabkan Sakit Otot



Tidak semua masalah sakit otot disebabkan aktiviti fizikal. Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan masalah ini iaitu:

  • Fibromyalgia: Adalah satu keadaan dimana berlakunya kesakitan otot yang berpanjangan. Masih tidak lagi diketahui punca kepada masalah ini tetapi selalunya ia berlaku di dalam ahli keluarga yang menghadapi masalah yang sama.
  • Jangkitan kuman: Jangkitan virus terutamanya boleh menyebabkan sakit ini seperti jangkitan influenza, demam denggi, demam kepialu dan sebagainya
  • Penyakit autoimun: Terdapat beberapa penyakit autoimun yang menyebabkan sakit ini seperti Systemic lupus erythematosus, Polymyositis, Rheumatoid arthritis dan beberapa penyakit yang lain
  • Ubat: Ubat seperti ubat kolesterol jenis statin. Ubat ini boleh menyebabkan keradangan otot pada sesetengah pesakit.
  • Masalah tiriod: seperti hipertiroid dan hipotiroid

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan Sakit Otot di Rumah

Sakit otot boleh dirawat secara berkesan dengan rawatan di rumah. Beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan sakit otot disebabkan kecederaan ataupun senaman berlebihan adalah:

  • Merehatkan bahagian badan yang mengalami kesakitan dan kecederaan
  • Meletakkan ais pada kawasan cedera untuk mengurangkan rasa sakit dan juga keradangan.
  • Tinggikan sedikit daripada aras badan kawasan yang sakit itu terutamanya bahagian tangan atau kaki. Ini akan mengurangkan bengkak atau keradangan di kawasan tersebut
  • Ambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan di kawasan tersebut
  • Elakkan berurut kerana ia akan menyebabkan kecederaan otot menjadi lebih teruk

Anda perlu menggunakan ais untuk kecederaan yang kurang daripada 3 hari. Jika sudah lebih daripada 3 hari, boleh tuam dengan benda yang suam.

Beberapa tips yang lain untuk mengurangkan sakit tersebut adalah:

  • Regangkan otot itu dengan lembut
  • Elakkan daripada aktiviti yang berimpak tinggi sehinggalah sakit tersebut benar-benar sembuh
  • Elakkan daripada mengangkat benda yang berat
  • Berehat

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Sakit otot selalunya tidak berbahaya dan rawatan di rumah selalunya boleh menyembuhkan masalah tersebut. Tetapi terdapat penyakit lain yang boleh menyebabkan masalah tersebut dan pada ketika itu pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca kepada masalah ini.



Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mempunyai simptom-simptom ini iaitu:

  • Sakit otot yang masih berterusan walaupun setelah menjalani rawatan di rumah
  • Sakit otot yang melampau
  • Mengalami ruam
  • Mempunyai bengkak dan lebam dibahagian otot
  • Berlaku apabila ubat ditukar ataupun ditambah. Sebagai contoh ubat kolesterol.
  • Sakit ketika mengalami demam

Terdapat beberapa keadaan cemas yang perlu anda tahu. Anda wajib pergi dengan segera ke klinik atau hospital jika menghadapi simptom-simptom ini iaitu:

  • Tidak boleh kencing ataupun kencing menjadi sangat pekat dan gelap : Kecederaan otot yang teruk akan melepaskan protein myoglobin ke dalam darah. Protein ini boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang akut yang menyebabkan pesakit tidak mampu membuang air kencing.
  • Muntah ataupun demam yang tinggi
  • Sesak nafas
  • Leher menjadi keras dan sakit: Jangkitan Neisseria meningitidis boleh menyebabkan jangkitan selaput otak dan juga sakit-sakit badan.
  • Otot menjadi lemah: boleh disebabkan penyakit polio
  • Lumpuh badan

Cara Mengelakkan Kecederaan Otot

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini iaitu:

  • Regangkan otot sebelum melakukan aktiviti fizikal
  • Kena panaskan badan sebelum bersukan dan sejukkan badan sebelum menghabiskan aktiviti tersebut
  • Kekalkan hidrasi badan. Anda perlu meminum air yang secukupnya
  • Selalu bersenama akan mempunyai kekuatan otot yang normal
  • Regangkan badan setelah duduk terlalu lama membuat kerja

Penyakit lain yang berkaitan:

Sakit TumitSakit Pergelangan Tangan
Sakit BelakangSakit Leher

Sakit Rusuk
Sakit Lutut
Sakit OtotSakit Muka
Sakit SendiSakit Tapak Kaki
Sakit PinggangSakit Bahu

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Fibromyalgia: What you need to know. (2018). -Medline
  2. Muscle pain. (2017). – Clevel and Clinic
  3. Symptoms: Fibromyalgia. (2019). – NHS UK
  4. Treating sports injuries with ice and heat. (2015). – Healthy Children
  5. Why do I feel pain after exercise? (2017). NHS UK
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − seven =