Skip to content

Sakit Leher: Punca dan Cara Rawatan

Sakit leher adalah sesuatu masalah yang selalu berlaku di kalangan masyarakat. Tulang, ligamen, otot yang memberi sokongan kepada kepala boleh cedera dan menyebabkan kesakitan dibahagian leher.

Kebanyakkan sakit leher adalah disebabkan postur badan yang tidak betul menyebabkan tekanan yang berlebihan dibahagian leher.

Selalnya sakit leher bukanlah disebabkan masalah yang serius. Tetapi jika ianya terlalu sakit, berlaku secara berpanjangan dan mempunyai simptom-simptom lain, pesakit perlulah dibawa pergi ke hospital dengan segera.

Punca sakit leher



Sakit leher mempunyai pelbagai penyebab dan punca

1. Ketegangan otot

Ia selalunya disebabkan aktiviti ataupun sikap seseorang

  • Berdiri dan duduk dengan postur yang salah
  • Duduk bekerja dimeja dalam satu masa yang panjang tanpa mengubah posisi
  • Tidur dengan posisi yang salah
  • Suka menggerakkan leher dengan laju ketika bersenam

2. Kecederaan

Struktur di kawasan leher mudah untuk tercedera terutamanya ketika terjatuh, eksiden atau sewaktu bersukan. Jika struktur seperti tulang, ligamen dan juga otot tercedera, ia akan menyebabkan kawasan leher menjadi sakit.



Jika tulang patah iaitu tulang belakang, ia mungkin akan menyebabkan kecederaan pada saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh dan kematian

3. Serangan sakit jantung

Leher sakit juga boleh menjadi salah satu tanda serangan sakit jantung. Tetapi selalunya pesakit juga akan mempunyai simptom yang lain seperti:

  • Sesak nafas
  • Berpeluh dengan banyaknya
  • Loya dan muntah
  • Sakit tangan sebelah kiri dan sakit dagu

4. Meningitis

Meningitis adalah jangkitan kuman pada selaput otak. Mereka yang mengalami jangkitan kuman ini selalunya akan mengalami demam, sakit kepala dan juga sakit leher. Lehernya seolah-olah keras. Jika kita cuba untuk membengkokkannya, pesakit akan menjerit kesakitan

5. Penyebab lain

Terdapat juga penyebab-penyebab lain seperti:

Periksa Simptom anda Di Sini



Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Terdapat beberapa keadaan dimana pesakit perlulah berjumpa dengan doktor. Keadaan tersebut ialah:

  • Sakit yang lebih daripada seminggu
  • Sakit yang teruk
  • Sakit yang disebabkan trauma
  • Mempunyai benjolan di leher
  • Sakit kepala yang kuat
  • Muntah-muntah
  • Susah untuk menelan
  • Tangan dan kaki menjadi lemah
  • Kebas

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyiasatan

Sakit leher selalunya boleh baik dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa rawatan terutamanya jika ia berpunca pada postur yang tidak betul.

Tetapi jika ia disebabkan perkara-perkara lain, beberapa ujian perlu dilakukan

  • X-ray leher: Jika pesakit baru sahaja mengalami trauma seperti kemalangan jalan raya. X-ray leher merupakan suatu perkara yang wajib untuk melihat samada leher pesakit mempunyai tulang patah ataupun tidak
  • Electrocardiogram: Perlu dilakukan jika pesakit mengadu sakit dada, sesak nafas ataupun sakit ulu hati untuk mengesan serangan sakit jantung
  • Pengambilan air tulang belakang: Perlu diambil jika pesakit disyaki menghadapi jangkitan pada selaput otak (meningitis). Ia bertujuan untuk mengetahui jenis kuman yang menyebabkan jangkitan tersebut.
  • Terdapat juga beberapa ujian lain yang lebih spesifik untuk mengetahui punca kepada masalah sakit leher ini

Rawatan

Kebanyakkan sakit leher adalah disebabkan masalah postur badan. Ia boleh baik dengan sendirinya apabila seseorang itu membetulkan posturnya.

Tetapi jika sakit tersebut mengganggu, ada beberapa rawatan yang boleh dicuba. Ia adalah:

  • Letakkan ais pada kawasan yang sakit
  • Regangkan otot
  • Duduk secara menegak dengan kerusi yang sesuai
  • Elakkan menggunakan bantal yang terlalu leper atau lembik
  • Pengambilan ubat tahan sakit
  • Pengambilan ubat relakskan otot

Penyakit lain yang berkaitan:

Sakit TumitSakit Pergelangan Tangan
Sakit BelakangSakit Leher

Sakit Rusuk
Sakit Lutut
Sakit OtotSakit Muka
Sakit SendiSakit Tapak Kaki
Sakit PinggangSakit Bahu

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:



  1. Mayo Clinic Staff. (2015). Neck pain.
  2. Neck pain. (2013).orthoinfo.aaos.org/topic.cfm?topic=A00231
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 + twenty =