Skip to content

Sakit Tumit: Punca, Rawatan dan Aktiviti Mengurangkan Sakit

Apakah punca dan rawatan kepada masalah sakit tumit?

Dalam artikel ini kami akan menerangkan punca-punca masalah sakit tumit dan cara merawatnya dengan mudah.

Masalah Sakit Tumit

Sakit tumit adalah satu masalah yang sering dihadapi dalam masyarakat. Boleh jadi ia tidak terlalu teruk dan baik dengan sendirinya. Boleh jadi ia terlalu sakit atau kerap sakit hingga menyebabkan seseorang itu tidak berasa selesa dan perlu berjumpa doktor.

Seseorang itu mempunyai kebarangkalian yang tinggi menghadapi masalah ini jika dia seorang yang aktif. Mereka yang bekerja sebagai tentera juga akan kerap mengalami masalah ini kerana aktiviti kawad yang melibatkan hentakan kaki akan mencederakan bahagian tumit. Seramai 2 juta orang di US berjumpa dengan doktor setiap tahun disebabkan masalah ini.

Pesakit selalunya pada lingkungan umur 45 tahun dan kaum wanita adalah lebih 2 kali gandakebarangkalian untuk menghadapi perkara ini berbanding kaum lelaki.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Oleh itu, jika kesakitan tersebut melampau ataupun berterusan, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.


Sakit tumit mempunyai pelbagai punca. Ini merupakan beberapa punca kepada masalah tersebut, ia adalah:

1. Plantar Fascitis

Terdapat satu tisu dibahagian tapak kaki yang berfungsi untuk menyamaratakan tekanan dan stress dibahagian kaki iaitu Plantar Fascia. Stress yang lama ataupun stress yang berlebihan pada waktu yang cepat seperti berjalan jauh boleh menyebabkan kawasan tisu ini cedera dan mengalami keradangan.

Perkara ini akan menyebabkan pesakit mengalami sakit tumit terutamanya bila mula memijak ketika bangun pagi.

2. Calcaneal spur

Stress yang lama pada bahagian tumit yang mungkin disebabkan penggunaan kasut yang tidak sesuai akan menyebabkan tumbuhnya tulang yang tidak normal pada bahagian tulang tumit kaki(Tulang kalkaneal).

Perkara ini akan menyebabkan tisu disekeliling cedera ketika seseorang itu berjalan dan menyebabkan sakit tumit

3. Pad lemak kaki yang berkurangan (Fat Pad Atropy)

Perkara ini selalunya berlaku pada mereka yang mengalami penyakit autoimun dimana tisu lemak dibahagian tumit telah berkurangan dan menyebabkan fungsi tisu lemak untuk menyerap hentakan dibahagian tumit kaki berkurangan.

Akibatnya, bahagian tersebut kerap mengalami kecederaan dan sakit tumit pun berlaku.

4. Sindrom terowong tarsal

Terdapat satu terowong dikawasan kaki dimana di dalamnya terdapat saraf yang akan menghubungi bahagian tapak kaki. Jika saraf itu dihimpit atas beberapa sebab, bahagian tapak kaki termasuk tumit akan mengalami kesakitan.

5. Stress yang berterusan dan menyebabkan keretakan pada tulang kalkaneal

6. Kanser tulang



Periksa Simptom anda Di Sini

Bagaimana Masalah ini Berlaku?

Dibahagian tumit, terdapat satu tisu khas yang berfungsi untuk menahan hentakan kaki dan menyokong badan ketika berjalan. Malah ia juga boleh menahan hentakan yang lebih daripada berat badan. Ia juga mempunyai tisu lemak yang berfungsi sebagai kusyen penahan hentakan.

Disitu juga terdapat satu tisu yang dinamakan sebagai Plantar Fascia. Ia melekat pada hujung tumit hingga pada pangkal tulang jari kaki. Dengan adanya Plantar Fascia ini tekanan pada tapak kaki dapat disamaratakan dan stress pada satu-satu tempat dibahagian kaki dapat dikurangkan.

Seseorang yang asyik berjalan pada satu jarak yang jauh boleh menyebabkan stress pada bahagian tapak kaki terutamanya pada bahagian tumit. Perkara ini boleh menyebabkan kecederaan pada tisu dan menyebabkan keradangan dan kesakitan dibahagian tersebut. Keadaan ini dinamakan sebagai ‘Plantar Fascitis’.

Seseorang yang menggunakan kasut yang tidak sesuai juga akan menyebabkan stress yang kronik pada bahagian tapak kaki.

Jika stress itu berterusan pada tumit, akan terdapat perubahan yang berlaku dimana akan ada pembentukan tulang yang tajam dibahagian itu. Masalah ini dinamakan sebagai ‘calcaneal spurs’. Keadaan tulang yang tajam ini boleh mencederakan tisu disekeliling kawasan tersebut terutamanya apabila dia sedang berjalan.



Kawasan saraf yang terhimpit dibahagian kaki juga boleh menjadi salah satu punca tumit menjadi sakit.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Sejarah Pesakit

Selalunya pesakit yang menghadapi masalah sakit tumit ini akan mempunyai sejarah yang spesifik bagaimana mereka menghadapi masalah tersebut. Sebagai contoh:

1. Plantar fascitis

Pesakit yang menghadapi masalah ini selalunya akan mempunyai faktor risiko:

  • Seorang atlet sukan yang selalu menggunakan kaki
  • Seorang askar
  • Berlebihan berat badan
  • Mempunyai sejarah berjalan jauh dalam waktu yang terdekat

Pesakit ini selalunya akan mengadu sakit tumit pada waktu pagi iaitu selepas bangun daripada tidur.

2. Pad lemak kaki yang mengecut

Pesakit selalunya mempunyai sejarah:

  • Mereka yang mengalami masalah autoimun
  • Pesakit kerap mengambil steroid

3. Keradangan tisu badan

Terdapat penyakit yang dipanggil sebagai autoimmun dimana sel darah putih akan menyerang sel badan sendiri. Ini akan menyebabkan keradangan dan rasa sakit pada kawasan badan yang diserang.

Jika sel darah putih itu menyerang bahagian tumit, perkara ini juga boleh menyebabkan masalah sakit tumit.



4. Sindrom terowong tarsal

Jika seseorang itu mengalami kebas pada bahagian kaki berserta sakit tumit, kemungkinan yang dihadapi adalah mereka menghadapi sindrom ini. Ia disebabkan saraf di dalam kawasan terowong itu telah dihimpit menyebabkan pesakit akan mengadu rasa kebas.


Rawatan untuk masalah ini adalah dengan cara mengurangkan risiko untuk seseorang itu mengalami masalah ini dan juga rawatan sokongan ketika pesakit sedang mengalami masalah tersebut.

Mengurangkan stress pada tapak kaki

Pesakit dinasihatkan berehat terlebih dahulu untuk memberi masa kesembuhan dibahagian tersebut. Terdapat beberapa perkara lain yang perlu dilakukan oleh pesakit.

  • Mengelakkan aktiviti yang aktif dan banyak menggunakan kaki seperti berlari, berjalan dengan jarak yang jauh, berkawad dan sebagianya.
  • Menggunakan pelapik lembut dibahagian tapak kaki ataupun dibahagian tumit
  • Menggunakan sliper yang lembut ketika berjalan di dalam rumah
  • Mengurangkan berat badan bagi mereka yang obese

Mengurangkan keradangan pada tapak kaki

Keradangan dan sakit pada tapak kaki boleh dikurangkan dengan menggunakan:
1- Ais
2- Penggunaan ubat tahan sakit seperti nSAIDS

Meregangkan tapak kaki

Terdapat senaman yang digunakan untuk meregangkan dan merelakskan tisu dibahagian tapak kaki. Anda boleh mengikut aktiviti ini.

1. Aktiviti Pertama

  • Pesakit perlu menghala ke dinding
  • Kemudian tapak tangan pegang ke dinding
  • Kaki pula ditolak pada lantai sehingga tapak kaki merasa meregang
  • Lakukan aktiviti ini berulang kali sehingga sakit tersebut berkurangan

2. Aktiviti kedua

  • Berdiri di hujung bahagian anak tangga
  • Pastikan tumit berada di atas angin dan tidak mencecah lantai
  • Berdiri beberapa minit untuk memastikan bahagian tapak kaki meregang

3. Aktiviti ketiga

  • Boleh lakukan aktiviti ini ketika dudu
  • Gunakan tuala dan tarik bahagian hujung tapak kaki untuk meregangkannya

4. Aktiviti keempat

  • Gunakan botol. Letakkan kaki kaki diatas botol dan tekan. Sambil tekan sambil tolak botal itu ke depan dan belakang menggunakan kaki. Ia akan meregangkan tisu dibahagian tapak kaki

Suntikan steroid

Jika semua cara diatas telah dilakukan dan pesakit masih mengalami sakit tumit, suntikan steroid mungkin akan diberikan untuk mengurangkan kesakitan dibahagian tersebut dengan cara mengurangkan keradangan.

Tetapi ia juga mempunyai komplikasi iaitu pengecutan tisu lemak dibahagian tersebut yang pada akhirnya boleh menyebabkan sakit tumit juga.

Penyakit lain yang berkaitan:

Sakit TumitSakit Pergelangan Tangan
Sakit BelakangSakit Leher

Sakit Rusuk
Sakit Lutut
Sakit OtotSakit Muka
Sakit SendiSakit Tapak Kaki
Sakit PinggangSakit Bahu

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Alshami AM, Souvlis T, Coppieters MW. A review of plantar heel pain of neural origin: differential diagnosis and management. Man Ther. 2008 May. 13(2):103-11.
  2. Crawford F, Thomson C. Interventions for treating plantar heel pain. Cochrane Database Syst Rev. 2003. CD000416.
  3. Tisdel CL, Donley BG, Sferra JJ. Diagnosing and treating plantar fasciitis: a conservative approach to plantar heel pain. Cleve Clin J Med. 1999 Apr. 66(4):231-5
  4. Scher DL, Belmont PJ Jr, Bear R, Mountcastle SB, Orr JD, Owens BD. The incidence of plantar fasciitis in the United States military. J Bone Joint Surg Am. 2009 Dec. 91(12):2867-72.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × two =