Skip to content

Sakit Lutut: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Apakah punca sakit lutut dan cara untuk merawat masalah tersebut? Artikel ini akan membincangkan secara lengkap berkenaan masalah sakit lutut yang anda hadapi serta cara penyelesaiannya.

Masalah Sakit Lutut

Orang dewasa merupakan salah satu golongan yang sering menghadapi masalah sakit lutut ini. Selalunya ia disebabkan kerosakan pada struktur dibahagian lutut itu sendiri sama ada:

  • Ligamen
  • Tisu Rawan
  • Tulang
  • Tendon
  • Otot disekelilingnya

Fungsi tisu rawan yang terletak pada sendi adalah untuk melancarkan pergerakan sendi tersebut serta untuk mengurangkan geseran.



Kebanyakan mereka yang mengalami sakit lutut yang tidak serius akan mendapat kesembuhan walaupun tidak diberikan apa-apa rawatan perubatan.

Alat penyokong lutut (knee braces) boleh digunakan yang mana ia mampu menstabilkan pergerakan lutut dan mengurangkan kesakitan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa jenis sakit lutut yang memerlukan prosedur pembedahan untuk memulihkannya.


Simptom Sakit Lutut

Simptom dan tanda yang boleh dikesan pada lutut yang sakit adalah seperti:

1. Lebam

Jika terdapat trauma seperti baru jatuh atau dipukul, maka ia boleh menyebabkan lebam dibahagian lutut. Tulang bahagian lutut yang patah juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

2. Lutut terasa lemah dan kurang stabil.

Keadaan seperti ini selalunya berlaku pada lutut yang mengalami kecederaan pada ligamen (anterior cruciate ligament tear).

Ligamen ini fungsinya untuk menstabilkan sendi supaya pergerakan sendi bergerak dengan normal. Jika terdapat kecederaan ataupun terputus, maka ia boleh hilang kestabilan ketika sendi itu digunakan

3. Lutut berbunyi ketika berjalan ataupun ketika dibengkokkan.

Biasanya ia berlaku pada lutut yang mengalami osteoarthritis. Osteoarthritis ini adalah proses kemorosatan pada tisu dibahagian sendi.

Golongan yang berpotensi mendapatkan osteoarthritis adalah mereka yang sudah berumur, atlet atau mereka yang mengalami obesiti.

Periksa Simptom anda Di Sini


Punca Sakit Lutut

Sakit lutut boleh berpunca dari kecederaan yang berlaku pada lutut, masalah mekanikal dan beberapa jenis masalah keradangan sendi.

1. Kecederaan lutut

Kecederaan pada lutut boleh berlaku sewaktu melakukan aktiviti sukan atau disebabkan oleh kemalangan. Lutut yang mengalami kecederaan boleh menyebabkan kerosakan pada ligamen, tendon dan bursae yang berada pada sendi tersebut.

Berikut merupakan beberapa jenis kecederaan yang selalu berlaku pada lutut:

I) Kecederaan ‘anterior cruciate ligament’ (ACL)

Anterior cruciate ligament merupakan salah satu ligamen yang menyambungkan tulang peha kepada tulang betis. Kecederaan ACL sering terjadi ketika aktiviti sukan yang mana ia akan menyebabkan lutut menjadi tidak stabil

II) Tulang patah ataupun retak.

Tulang lutut termasuk juga tempurung lutut boleh mengalami keretakan ketika berlakunya kemalangan jalan raya.

III) Koyakan pada tisu meniscus

Tisu meniscus adalah tisu rawan yang terletak dalam sendi lutut yang berfungsi untuk melancarkan pergerakan sendi. Tisu ini juga boleh mengalami koyakkan ketika melakukan aktiviti sukan.

2. Keradangan tendon.

Tendon merupakan tisu yang bersambung daripada tulang kepada otot. Mereka yang terlibat dengan sukan seperti larian, berbasikal dan melompat biasanya akan memberikan tekanan yang lebih kepada tendon tersebut.

Kesannya, ia boleh menyebabkan tendon ini mengalami keradangan dan juga memberikan kesakitan pada lutut.

3. Masalah mekanikal

Berikut merupakan beberapa jenis masalah mekanikal yang boleh menyebabkan sakit lutut berlaku:

  • Tempurung lutut terkeluar daripada lokasinya.
  • Ketika berlakunya sakit di bahagian tulang pinggul dan tapak kaki, tekanan lebih tinggi selalunya akan diberikan pada lutut yang berlawanan yang tidak/kurang sakit. Ini akan menyebabkan lutut tersebut mengalami kesakitan sakit.

3. Keradangan sendi(arthritis)

Pelbagai jenis ‘arthritis’ yang boleh menyebabkan lutut menjadi sakit. Antaranya seperti:

I) Osteoarthritis

Mereka yang sudah berumur selalu mengalami keradangan sendi osteoarthritis. Disebabkan faktor usia yang semakin meningkat, cecair synovial akan menjadi semakin berkurangan dan tisu rawan pada lutut juga semakin terhakis.

Geseran tulang bersama-sama dengan tisu sekeliling akan berlaku dan menyebabkan kerosakkan di kawasan tersebut. Akibatnya, lutut akan mengalami keradangan yang akhirnya membawa kepada kesakitan.

II) Rheumatoid arthritis

III) Gout

IV) Septic arthritis – Disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sendi tersebut.

Faktor Risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung terkena sakit lutut iaitu:

1. Berat badan yang berlebihan

Lutut akan mendapat tekanan yang lebih daripada berat badan yang berlebihan terutamanya ketika berjalan ataupun melakukan aktiviti sukan. Kecederaan juga lebih mudah berlaku di kawasan lutut bagi mereka yang mempunyai berat yang berlebihan.

2. Tidak selalu bersenam

Bagi mereka yang tidak selalu melakukan aktiviti bersenam atau tiba-tiba melakukan aktiviti sukan atau melakukan aktiviti sukan yang berat, kecederaan pada kawasan lutut atau kawasan sendi lain akan mudah mengalami kecederaan.



Keadaan ini berlaku kerana kemampuan kekuatan otot tersebut tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan dan ia tidak mampu menstabilkan sendi ketika melakukan aktiviti.

3. Beberapa jenis sukan berisiko

Terdapat beberapa jenis sukan tertentu yang membawa kepada risiko kecederaan lutut iaitu seperti permainan futsal, bola sepak, bola keranjang dan beberapa jenis sukan yang lain.

4. Mempunyai sejarah kecederaan lutut

Risiko untuk mendapat kecederaan lutut adalah lebih tinggi sekiranya anda mempunyai sejarah kecederaan lutut pada masa lalu.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara untuk Mengatasi Sakit Lutut

Walaupun tidak semua masalah sakit lutut boleh diatasi, namun beberapa cara boleh dilakukan sebagai langkah untuk mengelakkan daripada ia berlaku. Antaranya adalah seperti:

  • Mengurangkan berat badan
  • Sentiasa melakukan senaman atau bersukan
  • Melakukan senaman atau sukan dengan mengikuti kaedah dan posisi badan yang betul
  • Menggunakan alat penyokong lutut (knee guard) jika mengalami masalah lutut
  • Boleh cuba untuk bertukar jenis sukan yang diamalkan. Mungkin minggu ini berlari. Dan minggu hadapan pula berenang untuk mengurangkan beban pada lutut.

Ujian Pemeriksaan

Ada beberapa ujian yang boleh dibuat untuk mengetahui punca kepada sakit lutut

1. Sampel darah

Ujian darah ini selalunya dilakukan untuk mengetahui seseorang itu mempunyai kandungan asid urik yang tinggi dalam badan ataupun tidak. Ini kerana kandungan asid urik yang tinggi boleh menyebabkan penyakit.

Selain daripada itu, ujian seperti Full blood count(FBC) juga boleh dibuat jika seseorang itu disyaki mengalami jangkitan kuman pada sendi(septic arthritis). Ujian ini akan menunjukkan bacaan sel darah putih yang tinggi jika seseorang itu mengalami jangkitan kuman pada sendi.



2. Ambil sampel cecair daripada lutut

Prosedur pengambilan sampel cecair daripada lutut ini dipanggil sebagai arthrocentesis. Ia selalunya dibuat apabila sendi tersebut disyaki mengalami jangkitan kuman.

Ia penting bagi memastikan jenis kuman yang berada dalam sendi tersebut supaya antibiotik yang sesuai boleh digunakan untuk membunuh kuman itu.

3. Pengimejan

X-ray

Pesakit yang mengalami sakit lutut dan disyaki mengalami osteoarthritis ataupun patah tulang boleh melakukan ujian ini. Bagi mereka yang mengalami osteoarthritis, jarak diantara sendi tulang akan kelihatan semakin mengecil jika dibandingkan dengan orang yang normal.

MRI (Magnetic Resonance Imaging)

Jenis pengimejan ini akan dapat melihat tisu dikawasan sendi lutut sama ada mempunyai masalah ataupun tidak. Perkara yang selalu dilihat adalah koyakan pada ligament otot. Jika terdapat koyakan pada kawasan tersebut, pesakit mungkin akan disyorkan menjalani pembedahan untuk menyembuhkan masalah tersebut




Rawatan Sakit Lutut

Bagi masalah ini, rawatannya bergantung kepada penyebab sakit lutut tersebut. Punca yang disebabkan masalah yang kronik seperti osteoarthritis memerlukan penggunaan ubat tahan sakit.

1. Suplemen untuk sakit Lutut

Suplemen yang terbagus dan terbukti berkesan secara klinikal untuk merawat sakit lutut adalah Viatril-S. Ia bagus terutamanya bagi mereka yang sudah berumur dan juga bagi mereka yang mengalami osteoarthritis

Viartril S adalah terdiri daripada kompoun Glucosamine Sulfate. Bahan ini telah menjalani ujian klinikal dan terbukti berkesan bagi mereka yang mengalami masalah sakit lutut disebabkan usia yang sudah meningkat seperti penyakit osteoarthritis.

Anda boleh mencubanya selama 3 bulan terlebih dahulu. Tetapi jika sakit tersebut masih tidak berkurangan, maka anda perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan yang lain.

2. Ubat Tahan sakit

Ubat tahan sakit tersebut perlulah diambil ketika sakit itu terlampau kuat. Tetapi jika tidak terlalu kuat, dinasihatkan untuk mengelakkan ubat tersebut kerana ia boleh menyebabkan masalah gastrik.

3. Penggunaan Pelindung Lutut

Alat pelindung lutut ini sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah ligamen koyak. Pesakit yang mengalami masalah ligamen koyak selalunya mempunyai lutut yang tidak stabil dimana pesakit akan rasa sendi lututnya seolah-olah tercabut ketika melakukan pusingan semasa berlari.

Perkara ini akan menyebabkan kecederaan pada lutut malah pada pesakit itu sendiri.

Penggunaan alat pelindung lutut ini akan menstabilkan sendi lutut tersebut.

4. Suntikan Ubat

Mereka yang mengalami masalah kronik seperti osteoarthritis dan kesakitannya semakin teruk, boleh menggunakan beberapa jenis suntikan ini untuk mengurangkan sakit tersebut. Ia adalah:

  • Asid Hyaluronik: Suntikan asid hyaluronik adalah bertujuan untuk menambahkan pelincir di dalam lutut pesakit. Ia merupakan cecair yang sama seperti dalam lutut manusia biasa
  • Steroid: Suntikan ini bertujuan untuk mengurangkan keradangan di dalam lutut. Apabila keradangan berkurangan, maka sakit lutut tersebut juga akan berkurangan.

5. Pembedahan

Jenis pembedahan dilakukan adalah mengikut kepada punca yang menyebabkan sakit lutut tersebut berlaku:

  • Knee Replacement: Pembedahan ini dibuat pada mereka yang mengalami osteoarthritis yang teruk di mana pesakit mengalami sakit bahagian lutut dan tidak baik setelah mengambil ubat tahan sakit ataupun menerima suntikan. Pembedahan ini akan melibatkan pertukaran sendi lutut dengan sendi lutut yang terdiri daripada logam khas.
  • ACL Reconstruction: Pembedahan ini dilakukan pada mereka yang mengalami Anterior Cruciate ligamen yang koyak. Pembedahan ini bertujuan menyambungkan bahagian ligamen yang telah koyak

Penyakit lain yang berkaitan:

Sakit TumitSakit Pergelangan Tangan
Sakit BelakangSakit Leher
Sakit RusukSakit Lutut
Sakit OtotSakit Muka
Sakit SendiSakit Tapak Kaki
Sakit PinggangSakit Bahu

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Knee problems. National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases. 
  2. Firestein GS, et al. Hip and knee pain. In: Kelley’s Textbook of Rheumatology. 9th ed. Philadelphia, Pa.: Saunders Elsevier; 2013. 
  3. Beutler A, et al. Approach to the adult with knee pain. – Uptodate.com
  4. Kalunian KC. Nonpharmacologic therapy of osteoarthritis. – Uptodate.com
  5. Common knee injuries. American Academy of Orthopedic Surgeons. 
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 3 =