Skip to content

Jantung Berdebar: Punca, Tanda dan Rawatan

Jantung berdebar adalah perasaan dimana anda mampu merasakan denyutan jantung anda. Pada keadaan biasa, kita tidak akan sedar bahawa jantung kita sedang berdenyut. Pada ketika jantung berdebar, kita akan rasa seolah-olah jantung kita sedang berdenyut dengan kuatnya, laju dan berdetak-detak di dada kita.

Kebanyakkan jantung berdebar adalah sesuatu yang tidak merisaukan dan tidak memerlukan rawatan. Akan tetapi jika ia terlalu teruk ketika serangan itu berlaku ataupun kerap berlaku, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut

jantung berdebar

Punca Jantung Berdebar

Terdapat pelbagai punca kepada masalah jantung berdebar. Anda yang berbahaya dan ada juga yang normal. Beberapa punca kepada masalah ini adalah:

1. Serangan Panik

Serangan ini adalah episod ketakutan yang melampau. Ada yang menyatakan dirinya seolah-olah hilang kawalan, hendak mati dan sebagainya. Selalunya mereka yang mengalami masalah serangan panik ini akan teringat-ingat dan risau jika dia diserang episod yang sama.

Masalah ini boleh disebabkan masalah psikiatri atau penyakit perubatan yang lain seperti GERD atau Hipertiroid.

2. Demam

Apabila seseorang itu mengalami demam, maka metabolisma badan akan meningkat berserta penggunaan oksigen. Oleh itu, badan akan mengepam darah dengan lebih cepat supaya semua sel badan dapat oksigen yang mencukupi.

Disebabkan perkara itu, ia akan menyebabkan seseorang itu merasakan dadanya berdebar kerana jantungnya sedang berdenyut dengan lebih cepat daripada biasa.

3. Dehidrasi

Kekurangan air dalam badan iaitu dehidrasi boleh disebabkan muntah atau cirit-birit yang teruk. Ia juga boleh disebabkan kencing manis yang tidak terkawal.

Kekerurangan air dalam badan ini menyebabkan tekanan darah akan menjadi rendah. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, jantung akan berdenyut dengan lebih laju dan ini boleh menyebabkan seseorang itu merasa berdebar.

4. Kurang gula dalam darah

Gula adalah salah satu perkara yang wajib ada dalam badan. Kerana ia menjadi sumber utama tenaga. Kekurangan gula boleh menyebabkan kematian. Ketika mana seseorang itu mengalami kekurangan gula, badan akan cuba meningkatkan gula dalam darah dengan menghasilkan lebih banyak hormon glucagon yang akan merangsang perlepasan gula yang disimpan dalam hati.

Disamping itu, ia juga akan menyebabkan hormon adrenalin meningkat yang menyebabkan jantung berdenyut dengan lebih cepat.

5. Hipertiroid

Hipertiroid adalah satu keadaan dimana kelanjar tiroid menghasilkan hormon tiroid secara berlebihan. Hormon tiroid ini boleh mempengaruhi badan daripad beberapa aspek termasuk menyebabkan jantung berdenyut lebih laju daripada biasa.

Mereka yang mengalami masalah jantung atau dada berdebar ini selalunya boleh disebabkan masalah hipertiroid ini.

6. Anemia

Kekurangan sel darah merah atau anemia boleh menyebabkan sebahagian daripada sel badan kekurangan oksigen. Sebagaimana yang kita tahu, oksigen dibawa oleh sel darah merah. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah kekurangan oksigen ini, maka jantung akan berdenyut dengan lebih laju supaya bekalan oksigen mencukupi di semua tempat.

7. Stress

Keadaan stress atau tekanan yang teruk akan menyebabkan badan menghasilkan hormon adrenaline. Hormon ini akan menyebabkan jantung berdenyut dengan lebih cepat. Sebab itu jika seseorang sedang tertekan, dia boleh merasakan dadanya berdebar.

8. Jangkitan paru paru

Jangkitan paru-paru atau paru-paru berair akan menyebabkan jumlah oksigen yang diserap dalam badan berkurangan. Perkara ini akan menyebabkan seseorang itu bernafas dengan lebih laju supaya lebih banyak oksigen masuk ke dalam badan. Disamping itu, jantung juga akan mengepam darah dengan lebih laju.

9. Serangan Sakit Jantung

Sakit jantung adalah disebabkan saluran jantung yang tersumbat dengan darah beku. Ketika perkara itu berlaku, jantung akan cuba mengepam dengan lebih laju untuk menyalurkan oksigen pada bahagian tersebut.

10. Penggunaan ubat

Penggunaan beberapa jenis ubat seperti ubat asma(jenis salbutamol) dan juga ubat darah tinggi(jenis beta-blocker). Ubat-ubat jenis ini boleh mengganggu rentak jantung dan menyebabkan jantung berdebar

11. Injap jantung yang tidak normal

Seseorang yang mengalami injap jantung yang tidak normal akan menyebabkan proses mengepam darah menjadi tidak efektif. Oleh itu, jantung akan mengepam dengan lebih laju.

12. Pengambilan Kopi/Kafein

Pengambilan kopi/kafein juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Kerana di dalam kopi terdapat kafein yang boleh bertindak seperti hormon adrenaline dan menyebabkan jantung berdenyut dengan lebih laju


Bilakah perlu berjumpa dengan doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika:

  • Sebelum ini anda memang mempunyai masalah jantung
  • Anda kerap mengalami masalah jantung berdebar
  • Anda mempunyai simptom ini berserta simptom yang lain seperti:

Penyiasatan



Punca kepada masalah jantung berdebar sedikit susah untuk diketahui, terutamanya pesakit yang sudah tidak mempunyai simptom tersebut ketika berjumpa dengan doktor.

Ada beberapa prosedur yang akan dibuat untuk mengesan punca kepada masalah tersebut:

  • Ujian darah
  • Ujian air kencing
  • Ujian ECG (Electrocardiogram)
  • X-ray dada
  • Holter ECG (Ini adalah mesin ECG yang boleh dibawa berjalan. Rekod ECG selama 24 jam bagi beberapa hari akan diambil untuk menangkap denyutan jantung yang tidak normal)

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Rawatan jantung berdebar

Rawatan kepada masalah ini adalah bergantung kepada punca masalah tersebut. Kami menyenaraikan secara ringkas rawatan kepada masalah tersebut. Tetapi anda mungkin memerlukan penjelasan lain dari doktor yang merawat anda

Beberapa punca berserta rawatannya adalah:

  • Stress: Kena belajar teknik relaksasi dan perlu menyelesaikan masalah yang pesakit ada. Pesakit juga akan dirujuk ke kaunselor untuk membantu dalam perkara tersebut
  • Dehidrasi: Kena minum lebih banyak air jika dalam keadaan panas ataupun apabila seseorang itu mengalami cirit-birit ataupun muntah-muntah yang teruk
  • Kurang gula dalam darah(hipoglisemia): Pesakit selalunya akan disuruh untuk minum air manis
  • Anemia: Selalunya pesakit akan diberi darah
  • Hipertiroid: Ubat akan diberikan untuk mengurangkan hormon tiroid yang berlebihan dalam badan
  • Sakit jantung: Ubat untuk mencairkan darah beku akan diberikan kepada pesakit

Walaubagaimanapun terdapat banyak lagi punca lain yang mempunyai cara rawatan yang berlainan. Pesakit perlulah bertanyakan kepada doktor rawatan yang akan diterima oleh mereka.

Cara untuk mengelakkan jantung berdebar

Jika doktor mengatakan tiada rawatan yang diperlukan ataupun keputusan yang didapati adalah normal, anda boleh cuba langkah-langkah ini untuk mengurangkan kebarangkalian untuk anda mendapat masalah ini. Ia adalah:

  • Cuba kenal pasti perkara yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Anda boleh menyediakan satu buku log untuk mencatat perkara dan makanan yang anda ambil berserta waktu berlakunya simptom jantung berdebar itu
  • Jika anda berada dalam keadaan risau ataupun tertekan, cuba belajar senaman untuk menjadikan diri relaks
  • Kurangkan pengambilan kafein
  • Berhenti merokok
  • Jika ubat yang diambil menyebabkan simptom tersebut berlaku, pesakit dinasihati untuk berjumpa dengan doktor semula
  • Ambil makanan yang sihat
  • Cuba untuk mengekalkan tekanan darah dan kolesterol pada tahap yang normal


Periksa Simptom anda Di Sini

Penyakit Lain yang Berkaitan Jantung

Jantung BengkakSakit Jantung
Jantung BerdebarLemah Jantung
Jantung Berlubang

Rujukan:

  1. Arrhythmia: Heart palpitations. (2016, June). clevelandclinic
  2. Mayo Clinic Staff. (2014, April 2). Heart palpitations.
  3. What are palpitations? (2016, December 9).
  4. Sumber featured image: newhealthadvisor.com
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + 15 =