Skip to content

Jantung Bengkak: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kepada masalah jantung bengkak, gejala dan rawatannya?

Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap berkenaan masalah ini, gejala yang mungkin dihadapi oleh pesakit berserta rawatanya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Definisi
  3. Punca Jantung Bengkak
  4. Simptom Jantung Bengkak
  5. Ujian Pengesanan punca
  6. Komplikasi
  7. Rawatan dan Pencegahan

Pengenalan


Adakah anda tahu bahawa saiz jantung dalam badan manusia adalah sebesar segenggam tapak tangan? Adakah anda tahu bahawa jantung kita akan berdegup sebanyak 100,000 kali sehari?



Nak mengepam darah ke seluruh badan, jantung juga mempunyai otot yang menyokong fungsi jantung itu sendiri. Dan otot dalam jantung ini, ia juga perlu dibekalkan oksigen oleh salur darah yang lain bagi membantu ia menghantar darah ke seluruh badan.

Tugas utama jantung adalah untuk mengepam darah ke seluruh badan, untuk membekalkan oksigen dan tenaga ke seluruh badan. Jika fungsi utama jantung ini terjejas, ia boleh memberi kesan kepada sistem badan yang lain. Selalu kita dengar berkaitan sakit jantung. Tetapi sejauh manakah kita memahami makna sakit jantung itu. Untuk pengetahuan anda, “sakit jantung” itu saja mempunyai pelbagai jenis yang harus diketahui.

Definisi


Jantung bengkak atau juga dikenali sebagai cardiomegaly tidak dikategorikan sebagai suatu penyakit. Tetapi ia adalah satu tanda bagi sakit jantung. Sakit jantung mempunyai pelbagai tanda atau simptom, dan antara simptom itu ialah jantung bengkak.

Jantung bengkak ini adalah dimaksudkan dengan saiz jantung mula membesar daripada saiz normal. Saizi jantung yang bermasalah ini kita tak boleh nampak melainkan dilakukan penyiasatan melalui pengimejan.

Masalah ini boleh berlaku dalam tempoh sementara atau secara kekal. Ini berlaku kerana punca yang mempengaruhi jantung bengkak ini menyebabkan otot jantung itu semakin menebal dan mengakibatkan saiz jantung semakin besar dan membengkak. Hasilnya, darah tidak dapat dipam secara efektif ke seluruh badan dengan sempurna dan jika tidak dirawat ia boleh membawa kesan kepada kegagalan jantung untuk berfungsi atau dikenali sebagai Congestive Heart Failure.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Jantung Bengkak




Jantung bengkak ini boleh berlaku apabila ada faktor yang menyebabkan jantung perlu bekerja lebih untuk pam darah daripada kebiasaan dan menyebabkan otot jantung mula untuk rosak dan lemah.

Apabila ada faktor lain yang mendesak jantung untuk pam darah secara berlebihan, maka otot jantung perlu mengimbangi (compensated) untuk pam darah secara laju dan akhirnya menyebabkan otot jantung menjadi lemah dan rosak. Antara faktor yang menyebabkan jantung bengkak ialah:

  1. Tekanan darah tinggi.
  2. Penyakit pada pembuluh darah coronary artery.
  3. Penyakit pada injap jantung.
  4. Jangkitan virus.
  5. Penyakit buah pinggang.
  6. Genetik
  7. Anemia
  8. Gangguan pada fungsi kelenjar thyroid.
  9. Kandungan besi (iron) yang banyak dalam badan.

Tetapi faktor utama yang selalu menyebabkan masalah ini adalah tekanan darah tinggi dan penyakit pembuluh darah coronary artey.

Simptom Jantung Bengkak


Jantung bengkak ini tiada simptom yang khusus baginya. Simptom penyakit jantung itu hanya akan dikenal pasti apabila berlaku kegagalan jantung kongestif (congestive heart failure) sahaja.

Antara petanda bagi jangtung bengkak adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Ujian Pengesanan Punca


Seperti mana dimaklumkan pada awalnya, jantung bengkak ini tidak dapat dilihat melalui mata kasar, tetapi ia boleh dikesan dengan melakukan ujian pengimejan.

Ujian pengimejan seperti ultrasound, CT scans, MRI dan X-ray akan menunjukkan keadaan dan bentuk jantung yang sebenar.



Namun, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu mengesan masalah ini, seperti:

  • Penilaian melalui ujian fizikal.
  • Ujian sampel darah.
  • Sampel biopsy.

Komplikasi


Jika pesakit tidak mendapatkan rawatan segera, akan berlaku beberapa komplikasi yang akan menyebabkan keadaan pesakit akan lebih buruk, antaranya ialah:

  • Kegagalan jantung (Heart Failure)
  • Salur darah tersumbat.
  • Serangan jantung dan kematian.

Oleh itu, dapatkan rawatan segera jika anda mempunyai simptom-simptom yang menyerupai sakit jantung dan jantung bengkak.

Rawatan Jantung bengkak


Kaedah pencegahan adalah langkah awal yang harus diambil oleh setiap orang untuk mengelakkan daripada terkena masalah ini dan serangan sakit jantung

Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti tidak merokok, kurang pengambilan kolesterol, tidak mengambil minuman beralkohol, kurang pengambilan gula akan meningkatkan daya tahan jantung anda dan dapat mengelakkan daripada terkena serangan jantung.

Terdapat beberapa rawatan yang akan diberikan jika anda telah disahkan mempunyai masalah jantung ini:

  • Ubat-ubatan: Pemberian ubat akan diberikan mengikut punca yang menyebabkan jantung itu bengkak. Ubat yang diberikan lebih kepada untuk merawat tekanan darah tinggi dan mengawal salur darah tersumbat.
  • Alatan perubatan: Jika pemberian ubat tidak berkesan, doktor akan memilih untuk memberi bantuan alatan perubatan.
  • Pembedahan: Pembedahan akan dilakukan jika keadaan semakin teruk berlaku dan jika pesakit tidak sembuh dengan pengambilan ubat yang diberikan.

Sebaiknya, jika anda mempunyai simptom-simptom sakit jantung, segera untuk berjumpa dengan doktor untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku.

Periksa Simptom anda Di Sini



Penyakit Lain yang Berkaitan Jantung

Jantung BengkakSakit Jantung
Jantung BerdebarLemah Jantung
Jantung Berlubang

Rujukan:

  1. Mayoclinic – Cardiomegaly
  2. Webmd – Cardiomegaly
  3. Medical news today – Cardiomegaly
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − 5 =