Skip to content

Ubat Tambah Darah dan Suplemen

Bagi pesakit yang mengalami masalah anemia iaitu kurang darah merah, mereka memerlukan permakanan dan ubat yang sesuai untuk tambah sel darah merah mereka.

Tetapi perlu dilihat juga punca kepada anemia tersebut. Ada beberapa jenis masalah anemia dimana sel darah mereka tidak akan meningkat walaupun ubat tambah darah telah diberikan pada pesakit.

Punca kurang darah merah

Sebelum rawatan diberikan kepada pesakit, punca kepada masalah itu perlulah diketahui supaya rawatan yang diberikan adalah berkesan.



Beberapa punca anemia adalah:

  • Kekurangan zat besi(Iron deficiency anemia)
  • Kekurangan beberapa jenis vitamin(Vitamin Deficiency Anemia)
  • Anemia yang disebabkan penyakit kronik seperti pesakit buah pinggang, kanser dan sebagainya
  • Kehamilan
  • Talasemia
  • Aplastic anemia: Sumsum tulang tidak boleh menghasilkan sel darah merah
  • Hemolytic anemia: Sel darah merah pecah disebabkan antibodi badan menyerang sel darah merah

Bagi masalah aplastic anemia dan juga hemolytic anemia selalunya ia memerlukan rawatan yang lain terlebih dahulu kerana ubat tambah darah tidak akan menaikkan sel darah merah bagi pesakit tersebut.

Ubat tambah darah

Terdapat beberapa jenis suplemen tambah darah yang perlu diketahui

1. Ferrous fumarate

Ubat ini merupakan salah satu jenis zat besi. Selalunya zat besi boleh didapati daripada makanan yang kita ambil.

Zat besi merupakan salah satu komponen utama dalam menghasilkan hemoglobin yang terdapat di dalam sel darah merah.



Ubat tambah darah ini merupakan salah satu jenis suplemen yang kerap diberikan pada mereka yang mengalami masalah kekurangan darah merah.

Elakkan pemberian ubat ini pada pesakit talasemia major kerana pesakit ini selalunya menerima darah daripada pesakit lain. Ini menyebabkan pesakit talasemia major lebih mudah mengalami iron overload(terlebih zat besi dalam badan) dan ia boleh merosakkan organ dalaman.

2. Obimin, zincofer dan iberet

Suplemen obimin, zincofer dan iberet selalunya diberikan pada wanita yang hamil.

Ini disebabkan selain daripada zat besi, ia juga mempunyai vitamin yang lain seperti vitamin B, asid folik dan pelbagai lagi yang penting untuk tumbesaran bayi.

3. Vitamin C

Vitamin C penting untuk dimakan berserta dengan zat besi. Ini kerana ia akan memudahkan penyerapan zat besi daripada saluran pencernaan.

Dengan penyerapan zat besi yang lebih berkesan, sel darah merah pesakit akan lebih mudah meningkat dengan mengambil suplemen ini.

4. Asid folik

Asid folik merupakan salah satu jenis vitamin B yang memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dalam darah.

Badan menggunakan asid folik untuk menghasilkan heme iaitu salah satu komponen dalam hemoglobin.



Jika seseorang itu tidak mengambil bahan ini dengan mencukupi, sel darah merah tidak boleh matang dan menyebabkan masalah anemia berlaku.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom

Terdapat beberapa simptom yang akan berlaku jika bacaan sel darah merah terlalu rendah.

Simptom-simptom tersebut adalah

Jika anda mengalami simptom-simptom seperti ini, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan yang lanjut

Rujukan:

  1. Abbaspour, N., Hurrell, R., & Kelishadi, R. (2014, February). Review on iron and its importance for human health. Journal of Research in Medical Sciences, 19(2), 164–174
  2. Folate. (2018, March 2)
  3. Hemoglobin. (2018, April 16) – Lab Test Online
  4. West, A. R., & Oates, P. S. (2008, July 14). Mechanisms of heme iron absorption: Current questions and controversies. World Journal of Gastroenterology, 14(26), 4101–4110
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + thirteen =