Skip to content

Zincofer: Fungsi, Kesan Sampingan dan dos

Ubat zincofer merupakan suplemen yang diberikan kepada ibu mengandung jika pesakit tersebut mengalami masalah kurang darah merah.

Jika dibandingkan dengan obimin, zincofer mengandungi jumlah zat besi yang lebih tinggi. Sebab itulah ia digunakan untuk merawat masalah anemia pada wanita hamil.

Selain itu, ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain untuk pembesaran bayi dan ia merupakan sesuatu yang penting bagi wanita yang sedang hamil.



Walaupun zat besi ini boleh didapati di dalam makanan, tetapi bacaan sel darah merah yang rendah memerlukan suplemen tambahan supaya bacaan tersebut naik hingga ke tahap yang normal.

Kekurangan sel darah merah mungkin akan menyebabkan beberapa komplikasi seperti pertumbuhan bayi yang terbantut dan juga pendarahan ketika melahirkan anak.

Dapatkan Zincofer disini

Fungsi dan kegunaan ubat Zincofer

Untuk ibu hamil yang tiada masalah, selalunya mereka akan diberikan suplemen obimin untuk membantu kandungan tersebut.

Suplemen Zincofer ini hanya digunakan jika pesakit mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Ini kerana ia mengandungi zat besi yang lebih tinggi daripada obimin.

1. Ferrous Fumarate (Zat besi)

Di dalam suplemen ini, ia mengandungi sebanyak 350mg Zat besi berbanding 30mg di dalam suplemen Obimin.



Fungsi Zat besi yang lebih ini adalah untuk memberi sumber zat besi yang lebih kepada ibu agar penghasilan sel darah merahnya adalah lebih banyak berbanding sebelum ini. Oleh itu, bilangan sel darah merah dapat meningkat dengan lebih cepat

2. Asid folik, Vitamin B6 dan B12

Ketiga-tiga suplemen ini juga terdapat di dalam obimin. Asid folik penting untuk mengelakkan penyakit tulang belakang iaitu Spina Bifida yang selalu berlaku pada wanita yang kekurangan asid folik.

Manakala, gabungan ketiga-tiga suplemen ini pula adalah penting untuk memastikan kandungan dilahirkan cukup bulan dan berat badan bayi berada pada bacaan yang sepatutnya.

3. Vitamin C

Didalam suplemen zincofer ini pun terdapat Vitamin C yang penting untuk penyerapan Zat besi dalam saluran pencernaan.

Jika kekurangan Vitamin C ini, penyerapan zat besi menjadi sedikit sukar.

Kesan Sampingan Zincofer

Terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh berlaku ketika pengambilan zincofer iaitu:

Kebanyakan simptom ini sama seperti kesan sampingan pengambilan obimin. Tetapi selalunya wanita mengatakan Zincofer lebih memberi kesan sampingan berbanding obimin.

Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut dan tidak boleh mengambil ubat itu, anda perlulah berjumpa dengan doktor supaya doktor boleh menukarkan ubat tambah darah yang sesuai kepada anda.



Jika pesakit mengalami najis yang keras dan sembelit, selalunya doktor akan memberikan ubat pelembut najis supaya najis tersebut lebih mudah dikeluarkan.

Najis akan menjadi sedikit gelap kerana kehadiran zat besi di dalam suplemen tersebut.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Dos dan Kandungan Suplemen ini

Suplemen ini mengandungi beberapa jenis vitamin dan Zat dalam satu tablet iaitu:

  • Ferrous fumarate 350 mg
  • Folic acid 1 mg
  • Pyridoxine HCl 1.5 mg(Vitamin B6) – cyanocobalamin 5 mcg(Vitamin B12)
  • Ascorbic acid 75 mg(Vitamin C
  • Zinc sulphate monohydrate 55 mg

Selalunya pesakit akan diminta untuk mengambil satu tablet dalam sehari dan penggunaannya hanya akan diberikan pada trimester yang kedua iaitu pada minggu yang ke-13. Bacaan sel darah merah pula akan dipantau ketika mana wanita tersebut datang untuk temujanji di klinik.

Dapatkan Zincofer disini

Rujukan:

  1. American College of Obstetricians and Gynecologists: Your Pregnancy and Childbirth: Month to Month, “Nutrition During Pregnancy.”
  2. California Department of Public Health: “Folic Acid Vitamins.”
  3. CDC: “Facts about Birth Defects” “Iron and Iron Deficiency.”
  4. MIMS

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 − 4 =