Skip to content

Demam Kepialu(Tifoid): Punca, Simptom dan Rawatan

Demam kepialu dikenali juga dikenali sebagai demam tifoid. Ia adalah berpunca daripada jangkitan bakteria Salmonella typhi.

Demam kepialu selalunya mudah untuk merebak melalui makanan dan juga minuman yang tercemar daripada individu yang membawa bakteria tersebut. Pesakit selalunya akan mengalami demam yang tinggi dan sama ada sembelit ataupun cirit-birit.

Terdapat vaksin yang digunakan untuk mengelakkan jangkitan ini. Di Malaysia vaksin ini diwajibkan bagi mereka yang mengendalikan perniagaan melibatkan makanan dan juga minuman. Ini penting bagi mengelakkan orang tersebut membawa jangkitan bakteria ini dan menyebarkannya pada orang lain.

Simptom dan Tanda-tanda demam kepialu



Simptom demam kepialu selalunya muncul sedikit demi sedikit. Simptom tersebut akan mula muncul 1-3 minggu selepas terdedah dengan bakteria tersebut.

Beberapa simptom tersebut adalah:

Jika tidak mendapatkan rawatan, nyawa pesakit boleh terancam.

Cadangan termometer yang bagus

Periksa Simptom anda Di Sini

Punca Demam Kepialu



Punca penyakit ini adalah disebabkan jangkitan bakteria yang bernama Salmonella typhi. Ia boleh menjangkiti orang lain melalui dua cara.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Cara Jangkitan

Terdapat 2 cara bagaimana bakteria ini menjangkiti orang lain iaitu

1. Fecal-oral transmission

Maksud fecal adalah tahi dan oral adalah mulut. Ini bermaksud transmisi ataupun jangkitan ini adalah bermula daripada sentuhan pada tahi yang mempunyai bakteria tersebut.

Disebabkan tangan itu mungkin tidak dibasuh dengan bersih, maka sentuhan terhadap objek lain termasuk makanan akan memindahkan bakteria tersebut kepada makanan.

Jangkitan jenis ini selalunya berlaku dikawasan yang baru membangun terutamanya kawasan yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang baik.

2. Daripada pembawa tifiod(typhoid carrier)

Terdapat sesetengah orang yang membawa bakteria ini tanpa mempunyai apa-apa simptom.



Bakteria ini sentiasa dikeluarkan oleh mereka apabila mereka membuang air besar dan berkebolehan menjangkiti orang lain.

Komplikasi Demam Kepialu

Terdapat beberapa komplikasi yang boleh dihadapi oleh mereka yang mengalami jangkitan tifoid ini.

Pendarahan pada dinding usus ataupun lubang pada dinding usus

Ini merupakan komplikasi yang paling teruk kerana ia boleh menyebabkan pesakit menjadi teruk dengan kadar segera dan nyawa pesakit boleh melayang.

Jangkitan kuman pada saluran usus pesakit boleh menyebabkan usus tersebut bocor/berlubang hingga mengakibatkan makanan di dalam usus keluar daripada usus dan masuk ke dalam ruangan abdomen.

Pada ketika itu pesakit akan mengalami sakit perut yang teruk, muntah dan jangkitan di dalam saluran darah(Sepsis).

Komplikasi yang lain

Terdapat komplikasi-komplikasi yang lain seperti:

  • Myocarditis: Keradangan pada otot jantung
  • Endocarditis: Jangkitan dan keradangan pada bahagian dalam jantung
  • Jangkitan paru-paru
  • Keradangan pancreas(Pancreatitis)
  • Meningitis: Jangkitan pada selaput otak

Kesemua komplikasi ini boleh menyebabkan kematian pada pesakit yang menghadapinya.

Ujian Pemeriksaan

Ujian yang paling tepat untuk mengetahui masalah ini adalah dengan mengambil sampel daripada air kencing, najis dan juga darah.



Sampel ini akan dikultur untuk membiakkan bakteria Salmonella tersebut. Jika bakteria itu diketemui, maka pesakit disahkan mengalami demam kepialu.

Rawatan Demam Kepialu

Rawatan untuk demam kepialu ini terbahagi kepada 2 iaitu rawatan sokongan dan juga rawatan antibiotik

Rawatan sokongan

Pesakit mungkin akan menghadapi beberapa simptom yang mungkin akan mengganggu pesakit seperti demam yang tinggi, batuk-batuk, sakit perut dan cirit-birit.

Kesemua simptom ini boleh dirawat dengan beberapa jenis ubat seperti ubat paracetamol untuk demam dan sebagainya

Jika pesakit mengalami kekeringan(dehidrasi) disebabkan cirit-birit, maka pesakit perlu dimasukkan ke dalam hospital untuk diberikan air terus ke dalam salur darahnya

Rawatan Antibiotik

Pesakit demam kepialu perlu diberikan antibiotk untuk membunuh kuman di dalam penyakit. Antibiotik yang selalu digunakan adalah Ciproflocaxin, Azithromycin atau Ceftriaxone



Cara Mengelakkan penyakit ini

Kita boleh mengelakkan penyakit ini dengan mengambil vaksin. Akan tetapi antibodi pada bakteria ini akan semakin turun dengan masa. Oleh itu, di negara kita, hanya mereka yang mengendalikan perniagaan yang berasaskan makanan sahaja diwajibkan mengambil vaksin ini.

Cara-cara lain untuk mengelakkan masalah ini adalah:

  • Sentiasa membasuh tangan terutamanya sebelum makan
  • Elakkan daripada mengambil minuman yang belum dirawat
  • Elakkan daripada mengambil makanan yang tidak masak
  • Basuh tangan anda sebersihnya selepas membuang air

Cadangan termometer yang bagus

Jenis Demam yang Lain

Demam RuamDemam Campak
Demam KuningDemam Reumatik
Demam BerpanjanganDemam Malaria
Demam DenggiDemam Kepialu
Demam SawanDemam Virus

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Wain J, et al. Typhoid fever. The Lancet. 2015;385:1136.
  2. Longo DL, et al., eds. Salmonellosis In: Harrison’s Principles of Internal Medicine. 19th ed. New York, N.Y.: The McGraw-Hill Companies; 2015.
  3. Typhoid fever. Centers for Disease Control and Prevention.
  4. Anwar E, et al. Vaccines for preventing typhoid fever. Cochrane Database of Systematic Reviews.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen + 2 =