Skip to content

Demam Sawan: Punca dan Rawatan

Demam sawan adalah sawan yang selalu berlaku pada kanak-kanak. Ia berlaku ketika mana seseorang kanak-kanak sedang menghadapi demam. Kajian mendapati kanak-kanak yang mengalami masalah ini selalunya tidak akan mempengaruhi kesihatan mentalnya ataupun kemampuan seseorang kanak-kanak untuk belajar.

Demam sawan jenis ini selalunya berlaku pada kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 6 tahun.

Jenis demam sawan

Terdapat 2 jenis demam sawan yang boleh berlaku kepada kanak-kanak. Ia adalah



1)Demam Sawan Ringkas

  • Sawan berlaku kurang daripada 15 min
  • Sawan berlaku secara keseluruhan badan
  • Satu episod sawan sahaja ketika dalam demam tersebut

2) Demam Sawan Kompleks

  • Sawan berlaku lebih daripada 15 minit
  • Sawan boleh berlaku secara tertumpu. Sebagai contoh sawan yang berlaku pada satu-satu bahagian badan sahaja
  • Lebih daripada satu episod sawan ketika demam

Punca demam sawan

Demam sawan ini merupakan salah satu masalah yang unik dan ia hanya berlaku ketika mana suhu badan seseorang kanak-kanak tersebut meningkat sahaja. Punca sebenar kepada masalah ini masih tidak diketahui. Tetapi berkait rapat dengan keturunan.

Terdapat beberapa faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian seseorang itu mengalami demam sawan yang sama. Faktor tersebut adalah:

  • Mempunyai sejarah keluarga demam sawan
  • Umur kurang daripada 18 bulan
  • Mempunyai suhu kurang daripada 40 darjah celcius ketika sawan tersebut berlaku

Berapa punca yang mencetuskan demam berlaku adalah:

  • Jangkitan kuman: Virus merupakan salah satu punca jangkitan kuman yang menyebabkan seseorang kanak-kanak demam
  • Vaksin: Ada sesetengah vaksin yang boleh menyebabkan bayi demam.


Cadangan termometer yang bagus

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain iyang akan menunjukkan simptom yang sama. Diagnosa tersebut adalah:

Periksa Simptom anda Di Sini

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Jika anak anda mengalami demam sawan kali pertama, anda perlulah pergi ke hospital untuk tujuan pemeriksaan.

Terdapat beberapa tanda yang perlu dirisaukan dan anda perlu membawa anak anda terus pergi ke hospital. Tanda tanda tersebut adalah:

  • Muntah-muntah yang berterusan
  • Leher yang keras
  • Bernafas laju
  • Aysik tidur ataupun nampak terlalu letih

Penyiasatan

Pesakit yang mempunyai masalah ini selalunya tidak mempunyai ujian darah yang spesifik. Ujian tersebut lebih kepada untuk melihat sama ada terdapat punca lain yang menyebabkan sawan itu berlaku ataupun tidak

Ujian darah

Ujian Bilangan Sel Darah(Full blood count): Diambil selalunya untuk melihat bilangan sel darah putih dan juga sel platlet. Jika pesakit mengalami jangkitan bakteria, selalunya sel darah putih akan meningkat tinggi



Ujian serum Calcium: Jika Calcium terlalu rendah dalam darah, ia juga boleh menyebabkan badan seseorang itu mengalami kekejangan. Mereka yang mempunyai calcium yang kurang dalam darah selalunya bukan disebabkan pengambilan kalsium yang rendah dalam makanan. Tetapi ia lebih kepada spesifik penyakit yang menyebabkan tahap kalsium tersebut menjadi rendah

Ujian bacaan gula: Gula yang terlalu rendah dalam badan juga boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sawan

Pengambilan air tulang belakang

Prosedur ini hanya dilakukan jika pesakit disyaki mengalami jangkitan selaput otak ataupun dalam istilah perubatan dipanggil sebagai meningitis

CT scan

Ujian ini pula hanya dilakukan jika pesakit mempunyai cara sawan yang tertumpu pada satu tempat-tempat badan. Sebagai contoh sawan yang berlaku pada bahagian tangan sahaja tanpa melibatkan kawasan badan yang lain.

Pesakit yang asyik pengsan, berterusan menangis dan beberapa tanda lain juga merupakan indikasi kepada perlunya untuk berbuat CT-scan.

Rawatan

Kajian menunjukkan penggunaan ubat tahan sawan pada kanak-kanak yang mengalami demam sawan tidak akan mengurangkan peratusannya untuk mengalami episod sawan yang seterusnya.



Malah penggunaan ubat tahan sawan yang berterusan tidaklah digalakkan kerana ada sesetengah daripada ubat sawan tersebut mempunyai kesan sampingannya sendiri walaupun ia tidak selalu berlaku.

Penggunaan ubat tahan sawan disyorkan hanya jika pesakit sedang mengalami sawan dan sawan tersebut lebih daripada 5 minit. Ini kerana pesakit selalunya sawan tidak melebihi 5 minit.

Cadangan termometer yang bagus

Apakah rawatan yang boleh dibuat ketika sawan berlaku?

Kebanyakan demam sawan akan berhenti setelah beberapa minit. Anda perlulah bertenang dan ikuti langkah berikut:

  • Mengiringkan pesakit ke bahagian sisi kiri. Jika tidak boleh, mengiringkan ke bahagian kanan pun boleh
  • Kira masa mula-mula pesakit mengalami sawan
  • Alihkan bahan-bahan berbahaya disekeliling pesakit.
  • Jangan masukkan apa-apa bahan ke dalam mulut pesakit
  • Jika sawan tersebut melebihi 5 minit, anda perlulah bawanya terus pergi ke hospital

Jenis Demam yang Lain

Demam RuamDemam Campak
Demam KuningDemam Reumatik
Demam BerpanjanganDemam Malaria
Demam DenggiDemam Kepialu
Demam SawanDemam Virus

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Febrile seizures fact sheet. National Institute of Neurological Disorders and Stroke.
  2. Millichap JG, et al. Clinical features and evaluation of febrile seizures. -Uptodate.
  3. Millichap JG, et al. Treatment and prognosis of febrile seizures. -Uptodate.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen + eighteen =