Skip to content

Demam Virus: Punca, Simptom dan Rawatan

Demam virus merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan seseorang itu mengalami simptom demam. Ianya berpunca daripada virus dan selalunya pesakit akan sembuh dengan sendirinya selepas 2-3 hari tanpa memerlukan ubat antibiotik.

Oleh itu, penting bagi seseorang doktor itu membezakan demam yang disebabkan virus ataupun bakteria. Jika ia disebabkan bakteria, selalunya doktor akan memberikan antibiotik untuk membunuh bakteria tersebut dan simptom demam akan hilang selepas itu.

Terdapat pelbagai jenis virus yang boleh menyebabkan demam seperti demam denggi (disebabkan virus denggi), demam campak (disebabkan virus measles), demam cacar air (Disebabkan virus varicella) dan pelbagai lagi.



Virus-virus lain yang selalu menyebabkan demam adalah seperti rhinovirus, adenovirus, virus influenza dan beberapa yang lain.

Apakah simptom demam virus?

Demam ini mempunyai simptom yang sama seperti jangkitan kuman yang lain. Selalunya pesakit akan mempunyai suhu melebihi 37.5 darjah celcius dan beberapa simptom yang am.

Simptom-simptom tersebut adalah:

Cadangan termometer yang bagus

Periksa Simptom anda Di Sini

Apakah punca kepada demam virus?



Perkataan demam virus tersebut sudah menunjukkan bahawa ia merujuk kepada demam yang disebabkan virus.

Virus merupakan salah satu organisma yang kecil dan boleh membahagi di dalam sel badan. Berbeza dengan bakteria, ia membahagi ataupun membiak diluar sel manusia.

Demam pula adalah salah satu cara untuk badan melawan jangkitan virus tersebut. Ketika suhu badan meningkat, virus susah untuk membahagikan dirinya di dalam sel. Bahkan ia lebih mudah dihapuskan oleh sel darah putih di dalam badan.

Terdapat beberapa cara virus menjangkiti kita. Ia adalah dengan cara:

  • Sedutan nafas: Apabila seseseorang yang dijangkiti virus, bersin ataupun batuk dihadapan anda, ia boleh menghasilkan titisan air kecil yang dipenuhi dengan virus. Titisan air tersebut boleh disedut ke dalam saluran pernafasan anda dan menyebabkan jangkitan virus berlaku
  • Melalui makanan: Minuman atau makanan yang tercemar dengan virus boleh menjangkiti anda. Tangan yang tidak dibasuh dengan bersih ketika makan juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku
  • Cecair daripada badan: Pertukaran cecair badan sebagai contoh menerima darah daripada orang lain atau ketika melakukan hubungan seks, ia boleh menyebabkan jangkitan virus seperti hepatitis B ataupun HIV

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Bagaimanakah jangkitan virus dikesan?

Untuk mengesan seseorang itu mempunyai jangkitan virus ataupun tidak, doktor perlu mengambil sejarah pesakit, melakukan pemeriksaan dan juga mungkin perlu mengambil darah bagi membezakan jangkitan kuman ataupun bakteria.

Sebagai contoh, jika seseorang itu mengalami batuk dan sakit tekak, doktor perlu memeriksa tekak pesakit untuk melihat sama ada pesakit mengalami tonsil bengkak ataupun tekaknya sangat merah.

Jika tonsil bengkak dan juga terdapat keputihan di atas tonsil tersebut, selalunya ia disebabkan jangkitan bakteria. Doktor akan memberikan antibiotik untuk merawat jangkitan tersebut.Tonsil yang bengkak sahaja selalunya boleh disebabkan jangkitan virus. Oleh itu, antibiotik tidak diperlukan.

Jika pesakit mengalami tekak yang merah sahaja, selalunya ia boleh disebabkan virus dan tidak memerlukan antibiotik.



Pengambilan darah juga adalah penting untuk membezakan ia jangkitan virus ataupun bakteria. Sebagai contoh jika pesakit telah demam 3 hari, selalunya doktor akan mengambil darah pesakit untuk diuji.

Jangkitan bakteria selalunya akan menyebabkan sel darah putih meningkat.

Jangkitan virus pula selalunya menyebabkan sel darah putih itu berada pada tahap yang normal ataupun terlalu rendah(sebagai contoh dalam demam denggi).

Bagaimanakah rawatan demam virus?

Kebanyakan masalah ini tidak memerlukan ubat berbanding demam yang disebabkan bakteria. Pengambilan antibiotik pada mereka yang mengalami demam disebabkan virus adalah sesuatu pembaziran. Malah ia boleh menyebabkan kerintangan antibiotik.

Ada beberapa tips yang boleh anda lakukan di rumah. Ia adalah:

  • Mengambil ubat demam seperti paracetamol(PCM) untuk mengurangkan simptom demam
  • Berehat
  • Mengambil air minum yang secukupnya

Walaupun demikian, ada sesetengah jangkitan virus yang boleh diberikan ubat anti-viral. Ubat anti-viral ini berfungsi untuk membunuh virus. Sebagai contoh jika seseorang itu dijangkiti virus influenza, maka ubat seperti tamiflu(oseltamivir) boleh digunakan untuk membunuh virus tersebut.

Bila saya perlu berjumpa dengan doktor?

Kebanyakkan demam ini adalah demam yang tidak serius dan akan baik dengan sendirinya selepas 2-3 hari.

Tetapi jika anda menghadapi simptom-simptom ini, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor. Simptom tersebut adalah:



  • Demam lebih daripada 3 hari
  • Kerap muntah
  • Kerap cirit-birit
  • Sakit kepala yang sangat teruk
  • Ruam dipermukaan badan
  • Sakit perut yang teruk
  • Pengsan
  • Leher menjadi sakit
  • Sawan

Simptom-simptom ini mungkin merujuk kepada jangkitan virus ataupun bakteria yang teruk. Oleh itu, perlunya pemeriksaan oleh doktor bagi mengetahui punca dan rawatan pesakit.

Cadangan termometer yang bagus

Jenis Demam yang Lain

Demam RuamDemam Campak
Demam KuningDemam Reumatik
Demam BerpanjanganDemam Malaria
Demam DenggiDemam Kepialu
Demam SawanDemam Virus

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Is it a bacterial infection or virus? (2013). – Duke Health
  2. Kramer LD. (n.d.). Overview of viral infections. – Mercks Manual
  3. Mayo Clinic Staff. (2017). Fever.
  4. Steckelberg JM. (2017). Bacterial vs. viral infections: How do they differ? – Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × two =