Skip to content

Muntah: Punca dan Cara Rawatan

Banyak penyakit yang boleh menyebabkan seseorang itu rasa loya dan muntah. Selalunya setiap daripada manusia mesti akan mengalami masalah ini sekali dalam seumur hidupnya terutamanya apabila mereka dalam keadaan tidak sihat seperti ketika demam.

Muntah adalah pancutan kuat yang keluar daripada mulut dimana kandungannya berasal dari dalam perut.

Muntah yang kerap selalunya disebabkan beberapa jenis penyakit dan jika ia tidak digantikan dengan air, seseorang itu boleh mengalami dehidrasi (kekeringan) dan jika dibiarkan ia boleh menyebabkan kematian.

Punca Muntah



Simptom seperti ini adalah perkara yang selalu berlaku di dalam masyarakat. Jika seseorang itu terlalu banyak makan ataupun minum alkohol dengan banyaknya, ia juga boleh menjadi punca seseorang itu mengalami masalah ini. Perkara seperti ini tidaklah menjadi kerisauan kerana ia bukan satu penyakit. Individu tersebut hanya perlu mengawal makanan yang diambil

Dan perlu diketahui bahawa muntah itu sendiri bukan suatu penyakit. Tetapi ia adalah simptom ataupun tanda tanda bagi suatu penyakit yang lain seperti:

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Masalah ini boleh jadi satu simptom yang biasa dan tidak memerlukan untuk berjumpa dengan doktor. Tetapi seseorang itu perlu berjumpa dengan doktor jika

  • Muntah lebih daripada 2 kali dalam sehari
  • Suspek keracunan makanan
  • Mempunyai sakit kepala yang kuat
  • Sakit perut yang terlalu kuat
  • Demam yang teruk
  • Muntah berserta cirit birit yang teruk
  • Kencing yang berkurang
  • Muntah darah

Muntah berserta darah selalunya disebabkan ulser di dalam perut yang menyebabkan saluran darah di dalam perut pecah. Ia juga boleh disebabkan kanser di dalam perut.

Selalunya mereka yang mengalami muntah darah ini akan mengalami kekurangan darah dan pesakit akan mengalami simptom lain seperti:

  • Pening
  • Rasa nak pitam
  • Pucat
  • Berdebar-debar

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Tanda tanda muntah yang teruk pada kanak-kanak



Kanak-kanak adalah suatu peringkat umur yang mudah mengalami masalah ini. Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh ibubapa supaya mereka tahu yang mereka perlu membawa anak mereka pada ketika itu. Perkara tersebut adalah:

  • Pesakit kelihatan lembik dan tidak bermaya
  • Terlalu kurang minum air
  • Muntah lebih daripada 2 kali
  • Mengadu sakit kepala
  • Menangis berterusan
  • Muntah dan cirit-birit yang teruk
  • Menangis tetapi tidak mengeluarkan air mata(sebab terlalu kering)
  • Mata yang cekung
  • Kulit badan yang tidak segah

Pada ketika ini, pesakit wajib dibawa berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut dan rawatan boleh dijalankan dengan segera.

Rawatan muntah

Kebanyakkan masalah ini adalah disebabkan jangkitan kuman dan juga keracunan makanan. Majoritinya akan baik dengan sendirinya kerana kebanyakkan dari masalah ini adalah disebabkan jangkitan virus.

Oleh itu, rawatan yang paling penting adalah untuk mengelakkan pesakit mengalami kekeringan sehinggalah pesakit itu baik dengan sendirinya.

Rawatan di rumah

  • Mengambil air kosong lebih banyak daripada biasa
  • Jika pesakit risau akan memuntahkan balik air tersebut, pesakit boleh mengambil air itu dalam kuantiti yang sedikit tetapi kena kerap. Sebagai contoh ambil separuh air separuh gelas setiap setengah jam
  • Elak daripada mengambil makanan pepejal seperti nasi. Lebihkan makanan yang lembut seperti bubur
  • Wanita yang mengandung dan mengalami masalah ini pada waktu pagi boleh mengambil makanan ringan yang tinggi protein sebelum tidur

Ubat tahan muntah dan Rawatan di klinik

Jika anda berjumpa dengan doktor, pesakit akan diperiksa terlebih dahulu untuk mengetahui samada dia mengalami dehidrasi ataupun tidak.

Jika pesakit tidak mengalami dehidrasi dan doktor merasakan pesakit tersebut masih boleh dirawat di rumah, selalunya pesakit akan dibekalkan dengan beberapa ubat



  • Ubat tahan muntah – Ubat tahan muntah yang selalu diberikan adalah metoclopramide ataupun promethazine
  • Arang (Charcoal) – Jika seseorang doktor suspek yang pesakit mengalami keracunan makanan, arang dalam bentuk tablet akan diberikan kepada pesakit dengan tujuan untuk membuang racun daripada dalam perut
  • Garam (Oral rehydration salt): Ini adalah sesuatu perkara yang mesti akan diberikan oleh para doktor. Ini kerana garam ini akan menggantikan air yang dimuntahkan oleh pesakit. Oleh itu, pesakit perlulah mengambil air ini selalu untuk mengelakkan dirinya  mengalami dehidrasi (kekeringan)

Jika daripada pemeriksaan doktor mendapati pesakit mengalami kekeringan, selalunya jarum akan dimasukkan ke dalam saluran darah untuk memasukkan air terus ke dalam badan. Kalau terlalu teruk ataupun punca kepada muntah tersebut disebabkan penyakit yang berbahaya, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan selanjutnya

Cara untuk mengelakkan muntah

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan masalah ini

  • Makan tidak terlalu laju
  • Jangan makan terlalu banyak
  • Kurangkan pengambilan makanan yang terlalu pedas
  • Tidak mengambil makanan yang berminyak
  • Rehat dalam keadaan menegak
  • Elakkan pengambilan alkohol

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Drumm, B. R., Bourke, B., Drummond, J., McNicholas, F., Quinn, S., Broderick, A., … Rowland, M. (2012, October). Cyclical vomiting syndrome in children: a prospective study. Neurogastroenterology & Motility, 24(10), 922-927
    ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/22762244
  2. American Academy of Family Physicians.
  3. KidsHealth.org (Nemours Foundation).
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 − three =