Skip to content

Kanser Otak: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kanser otak, simptom, punca dan rawatan kepada masalah ini?

Artikel ini akan membincangkan dengan lengkap dan mudah berkenaan masalah barah otak ini, simptom-simptomnya, punca dan rawatan.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Kanser Otak
  3. Simptom dan Tanda Kanser Otak
  4. Bagaimana kanser otak mengganggu fungsi badan?
  5. Diagnosa-diagnosa lain
  6. Ujian pengesanan
  7. Rawatan

Pengenalan


Otak mengandungi jaringan saraf yang sangat kompleks dimana ia dibina oleh beberapa jenis sel saraf. Daripada sel tersebutlah kanser otak terhasil. Tetapi perlu diketahui hanya 50% sahaja kanser ini yang betul-betul berasal daripada sel saraf dibahagian otak.



Selebihnya adalah sel kanser yang merebak daripada tempat lain ke bahagian otak. Kanser-kanser yang mudah merebak ke bahagian otak adalah kanser paru-paru dan juga kanser payudara.

Terdapat beberapa jenis kanser dibahagian otak dan jenis kanser tersebut adalah:

  • Glioma
  • Meningioma
  • Adenoma pituitari
  • Acoustic neuroma

Kanser ini diberikan nama yang berbeza disebabkan ia berasal daripada sel yang berbeza dibahagian otak. Akan tetapi rawatan diantara kanser ini adalah seakan-akan sama iaitu dengan cara pembedahan dan juga kemoterapi. Tetapi jika kanser tersebut adalah kanser yang merebak daripada bahagian lain, maka rawatan pemebedahan tidak dpaat dilakukan kerana ia akan melibatkan bahagian otak yang banyak.

Punca Kanser Otak


Buat masa ini, tiada lagi punca spesifik yang diketahui menyebabkan masalah ini. Akan tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Ia adalah:

  • Sejarah kanser dalam keluarga
  • Mereka yang mengalami sindorm seperti Von Hippel-LindauL-Fraumeni atau Neurofibromatosis
  • Merokok
  • Terdedah dengan pencemaran udara setiap hari
  • Terdedah dengan pencemaran radiasi

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom dan Tanda Kanser Otak


Kebanyakan simptom kanser ini adalah tidak spesifik kecuali jika keadaan tersebut telah teruk. Beberapa simptom yang biasa dihadapi oleh mereka yang menghadapi masalah ini adalah:



Tetapi jika kanser tersebut sudah teruk, ia akan menyebabkan tanda-tanda ini. Ia adalah:

  • Muntah dengan cara memancut
  • Tidak dapat bercakap dengan normal
  • Tidak hidu sesuatu bau
  • Diserang sawan
  • Lumpuh badan
  • Pengsan

Periksa Simptom anda Di Sini

Bagaimana kanser otak mengganggu fungsi badan?


Kanser ini akan menggangu sistem dan pergerakan badna melalui beberapa cara. Ia adalah:

  • Kanser tersebut tumbuh pada kawasan yang mempunyai fungsi yang spesifik sebagai contoh untuk pergerakan kaki. Jika pembesaran kanser itu menghimpit saraf tersebut, ia akan menyebabkan kaki menjadi lemah ataupun lumpuh disebabkan maklumat daripada otak tidak dapat dihantar kepada kaki untuk pergerakan
  • Kanser ini bukan sahaja boleh menghimpit, ia juga boleh menjalar serta merosakkan kawasan disekelilingnya. Ini menyebabkan kawasan yang berdekatan dengan kanser ini terjejas.
  • Apabila seseorang itu telah dewasa, saiz kepalanya tidak boleh membesar. Apabila saiz ketumbuhan bertambah pula, tiada ruang lagi untuk otak membesar. Ini menyebabkan tekanan di dalam tengkorak meningkat dan menyebabkan beberapa simptom seperti muntah dan sakit kepala.

Pembesaran saiz kanser juga akan menyebabkan kesan lain seperti hydrochepalus dan juga edema. Kedua-dua kesan ini akan menyebabkan tekanan di dalam otak meningkat dengan lebih lagi.

Jika tekanan di dalam otak terlalu tinggi ia akan menyebabkan sebahagian otak tertolak keluar melalui lubang dibawah tengkorak. Perkara ini akan mengganggu salah satu saraf yang mengawal pernafasan dan pesakit boleh mati disebabkan perkara tersebut.

Diagnosa-diagnosa lain


Ada beberapa penyakit lain yang boleh mempunyai simptom yang sama. Penyakit tersebut adalah:

Ujian Pengesanan


Ujian yang paling sesuai untuk mengesahkan penyakit ini adalah melalui prosedur pengimejan. Selalunya pesakit akan menjalani pengimejan x-ray otak terlebih dahulu untuk melihat apa yang sedang berlaku dibahagian tengkorak. Tetapi perlu diketahui x-ray selalunya tidak dapat memberikan gambaran sebenarnya sama ada wujud kanser ataupun tidak dibahagian otak.

CT-Scan



Pengimejan yang sesuai digunakan untuk mengesahkan penyakit ini adalah melalui CT-scan. Ia mampu melihat kanser yang terdapat di dalam kepala.

Jika imej yang dihasilkan tidak begitu jelas, terdapat satu ‘contrast’ iaitu satu jenis cecair yang akan disuntik dalam badan pesakit. Fungsinya adalah untuk menjelaskan lagi imej kanser ketika CT-scan dilakukan ke atas pesakit.

MRI

Pengimejan ini adalah lebih jelas berbanding CT-scan. Ia lebih sesuai untuk melihat tisu di dalam badan termasuk dalam bahagian otak

Rawatan Kanser Otak


Rawatan pesakit bergantung kepada jenis kanser yang dihadapi oleh pesakit kerana ia berbeza bergantung kepada jenis kanser.

Kanser yang berasal daripada otak

Ketumbuhan yang berasal daripada sel otak itu sendiri adalah lebih mudah untuk dirawat berbanding jika kanser tersebut berasal daripada bahagian badan yang lain.

Ketumbuhan jenis ini adalah lebih mudah untuk dibuang kerana ia melibatkan satu bahagian di dalam bahagian otak sahaja. Selepas daripada pembedahan, pesakit akan menjalani kemoterapi dan radioterapi untuk membunuh lebih sel kanser yang belum mati.



Kanser yang merebak daripada kawasan lain

Jika kanser tersebut adalah kanser yang merebak daripada kawasan lain, selalunya ia sukar untuk disembuhkan. Rawatan bagi pesakit ini adalah lebih kepada rawatan paliatif iaitu kita hanya memberikan rawatan untuk mengurangkan simptom pesakit.

Sebagai contoh, jika pesakit berada dalam kesakitan, maka kita akan berikan ubat tahan sakit kepada pesakit. Jika pesakit mengalami simptom muntah-muntah, maka kita akan berikan ubat tahan muntah kepada pesakit.

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:

  1. Forsyth PA, Posner JB. Headaches in patients with brain tumors: a study of 111 patients. Neurology. 1993 Sep. 43(9):1678-83
  2. Giglio P, Gilbert MR. Neurologic complications of cancer and its treatment. Curr Oncol Rep. 2010 Jan. 12(1):50-9.
  3. McKinney PA. Brain tumours: incidence, survival, and aetiology. J Neurol Neurosurg Psychiatry. 2004 Jun. 75 Suppl 2:ii12-7.
  4. Lassman AB, DeAngelis LM. Brain metastases. Neurol Clin. 2003 Feb. 21(1):1-23, vii.
  5. Collins VP. Brain tumours: classification and genes. J Neurol Neurosurg Psychiatry. 2004 Jun. 75 Suppl 2:ii2-11.
  6. DeAngelis LM. Brain tumors. N Engl J Med. 2001 Jan 11. 344(2):114-23.
Advertisements

2 thoughts on “Kanser Otak: Punca, Simptom dan Rawatan”

  1. NORAZLINI BINTI IBRAHIM

    Sejak kebelakangn ini sy ada mengalami skit kpla dibhgian kiri.. Dan skarang mcm ada effect pd bhgian mata sy shingga menyebabkn mata sy skit untuk tunduk dan seakan2 senak dbhgian dalam mata

    1. Simptom mcm puan ceritakan ini tidak semestinya disebabkan kanser otak. Tapi pemeriksaan lanjutan untuk mengatahui punca kepada masalah puan adalah diperlukan. Saya nasihati supaya puan pergi ke klinik berdekatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × four =