Skip to content

Kanser Paru-Paru: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca dan simptom kepada masalah kanser paru-paru? Artikel ini akan memberikan panduan lengkap berkenaan pesakit yang mengalami masalah ini, membincangkan juga punca dan rawatannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Kanser Paru-paru
  3. Simptom Kanser Paru-paru
  4. Diagnosa lain
  5. Ujian Pemeriksaan
  6. Rawatan Kanser Paru-paru

Pengenalan

Kanser paru-paru merupakan salah satu kanser yang kerap berlaku dikalangan lelaki. Perkara ini disebabkan kebanyakan daripada kaum lelaki adalah Perokok dan daripada statistik ia menunjukkan kanser ini menduduki tempat pertama bagi kanser di kalangan kaum lelaki.

Perlu diketahui bahawa kanser ini merupakan salah satu satu kanser yang boleh dicegah dengan mengelakkan diri daripada bahan yang menyebabkan perkara tersebut seperti asap rokok.Kanser ini selalunya bermula di kawasan saluran pernafasan iaitu saluran bronchi ataupun bronchioles. 



Majoriti daripada masalah kanser ini hanya dapat dikesan apabila kanser tersebut sudah merebak ke kawasan badan yang lain. Ini menyebabkan kebarangkalian untuk pesakit sembuh sepenuhnya daripada kanser tersebut adalah sangat rendah. Ditambah bagi mereka yang merokok, ia juga akan mengurangkan kemampuan jantung dan paru-paru untuk menjalani rawatan yang agresif seperti pembedahan atau kemoterapi.

Perlu diketahui bahawa kanser paru-paru terdiri daripada 2 jenis dan kedua-dua ini menghasilkan simptom yang berbeza. Jenis kanser tersebut adalah:

  • Small cell carcinoma – Kanser sel kecil
  • Non-small cell carcinoma – Kanser sel yang tidak kecil

Punca Kanser Paru-paru

Kanser paru-paru berlaku disebabkan beberapa faktor risiko. Jika anda terdedah dengan perkara ini, risiko anda untuk mendapat masalah tersebut semakin meningkat. Ia adalah:

1. Bahan Karsinogen

Karsinogen merupakan bahan yang boleh menyebabkan kanser dan ia terdiri daripada pelbagai unsur. Kebanyakan bahan-bahan ini wujud di dalam seputung rokok. Kajian menunjukkan dalam sebatang rokok terdapat 200 bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser paru-paru.



Terdapat juga bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kanser seperti unsur kromium, nikel dan juga asbestos. Mereka yang bekerja di lombong akan terdedah dengan bahan ini dan lebih mudah mendapat kanser berbanding orang lain.

2. Radiasi

Mereka yang terdedah kepada radiasi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru. Bahkan mereka juga akan berisiko mempunyai kanser-kanser yang lain.

Sebagai contoh mereka yang bekerja di bahagian x-ray di hospital. Mereka ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kanser ini berbanding orang lain kerana sering terdedah dengan sinaran x-ray.

3. Pencemaran Udara

Kawasan yang mengalami pencemaran udara saban tahun akan menyebabkan penduduk dikawasan tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser ini. Terutamannya dikawasan yang dipenuhi kilang yang menghasilkan asap setiap masa.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom dan Tanda Kanser Paru-paru

Pada permulaan kanser paru-paru, ia tidak menghasilkan apa-apa simptom sehinggalah kanser itu besar ataupun telah merebak ke tempat lain.

Ketika itu, barulah pesakit akan mempunyai beberapa simptom seperti yang dinyatakan dibawah:



Kanser ini juga boleh menyebabkan beberapa simptom lain terutamanya jika ia telah merebak ke bahagian badan yang lain. Simptom tersebut adalah:

  • Sakit tulang: Perkara ini berlaku jika kanser tersebut telah merebak ke bahagian tulang (Kanser Tulang). Bahkan kawasan tulang tersebut juga akan rapuh dan akan lebih mudah patah.
  • Kaki menjadi lumpuh: Jika kanser tersebut merebak kebahagian tulang belakang dan menyebabkan tulang belakang patah, ia boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit. Perkara ini akan menyebabkan kaki mengalami kelumpuhan
  • Sawan: Kanser yang telah merebak ke bahagian otak akan menyebabkan saraf dibahagian tersebut rosak. Perkara ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah sawan yang kerap.

Periksa Simptom anda Di Sini

Penyakit lain yang Berkaitan

Ada juga beberapa penyakit lain yang boleh menunjukkan simptom yang sama seperti kanser paru-paru ini. Penyakit itu adalah:

Ujian Pemeriksaan

Pesakit yang mempunyai tanda dan simptom-simptom di atas perlulah menjalani beberapa jenis ujian untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut. Ia penting untuk membezakan sama ada masalah tersebut disebabkan kanser paru-paru atau disebabkan hal yang lain.

Ujian-ujian tersebut adalah:

1. X-ray dada

Penting untuk melakukan x-ray bahagian dada kerana struktur bahagian paru-paru dapat dilihat dengan jelas. Ujian ini membolehkan doktor mengetahui sama ada pesakit mengalami jangkitan paru-paru ataupun kanser paru-paru.

Ia juga penting kerana ia dapat melihat komplikasi yang mungkin berlaku disebabkan kanser paru-paru tersebut seperti paru-paru yang dipenuhi dengan air.



2. CT-scan dan MRI

Kedua pengimbas ini boleh digunakan untuk mengesahkan kanser pada bahagian paru-paru. Akan tetapi, selalunya ia digunakan untuk tujuan melihat sama ada kanser tersebut sudah merebak ke bahagian badan yang lain ataupun tidak.

3. Bone Scan

Penting untuk melakukan ujian ini ketika mana seseorang itu telah disahkan mempunyai kanser paru-paru. Ia bertujuan bagi melihat sama ada kanser tersebut sudah merebak ke bahagian tulang ataupun tidak.

4. Bronkoskopi

Prosedur ini melibatkan satu kamera dimasukkan ke dalam saluran pernafasan sehingga ke bahagian bronchus. Tujuan prosedur ini adalah untuk melihat keadaan saluran pernafasan tersebut sama ada mempunyai ketumbuhan ataupun tidak.

Jika terdapat ketumbuhan, sedikit sampel akan diambil daripada kawasan tersebut untuk diuji di dalam makmal bagi melihat sama ada ketumbuhan tersebut sel kanser ataupun tidak.

Rawatan Kanser Paru-Paru

Jenis kanser, tahapan kanser dan keadaan pesakit merupakan faktor yang perlu diambil kira ketika mana hendak merawat pesakit yang mengalami masalah ini. Rawatan yang selalu dilakukan adalah pembedahan dimana doktor akan membuang bahagian paru-paru yang telah mengalami kanser tersebut.



Beberapa rawatan masalah ini adalah:

1. Pembedahan

Jika kanser masih di tahap awal, pembedahan untuk membuang bahagian paru-paru yang mempunyai kanser ini akan memberi kesan yang baik kepada pesakit. Ia merupakan salah satu rawatan utama untuk menyembuhkan pesakit daripada kanser tersebut. Terdapat beberapa jenis pembedahan yang boleh dilakukan. Ia adalah:

  • Lobectomy: Dalam pembedahan ini, doktor akan membuang satu bahagian lobul daripada organ paru-paru. Perlu diketahui bahawa paru-paru ini terdiri daripada beberapa bahagian lobul. Jika kanser itu hanya terdapat dalam satu lobul sahaja, maka lobul itulah yang akan dibuang daripada paru-paru pesakit.
  • Pneumonectomy: Jika kanser tersebut telah merebak ke sebahagian besar paru-paru, maka pembedahan untuk membuang sebelah sahaja bahagian paru-paru itu akan dilakukan. Selepas daripada itu, pesakit akan hidup dengan menggunakan satu paru-paru sahaja.
  • Video-assisted thoracoscopic surgery: Beberapa lubang yang kecil akan dibuat pada bahagian dada untuk memasukkan kamera dan juga peralatan pembedahan. Alat bedah akan digunakan bagi membuang kawasan kanser di dalam paru-paru dengan bantuan kamera. Pembedahan jenis ini menghasilkan luka yang kecil sahaja dibahagian dada.

2. Radioterapi

Rawatan ini digunakan dengan cara memancarkan sinar radiasi kepada kanser tersebut dengan tujuan membunuhnya. Selalunya rawatan ini hanya akan diberikan kepada pesakit yang berada pada tahap awal tetapi tidak sesuai untuk menjalani pembedahan.

3. Kemoterapi

Setelah pembedahan dibuat, kemoterapi mungkin akan diberikan kepada pesakit untuk membunuh baki sel kanser yang mungkin masih berada di dalam badan.

4. Rawatan Paliatif



Bagi pesakit yang sudah mengalami kanser tahap terakhir dimana kanser tersebut telah pun berjaya merebak ke tempat lain dalam badan, rawatan yang selalu diberikan pada mereka ini adalah rawatan paliatif.

Dalam rawatan ini, ia bertujuan untuk mengurangkan simptom dan memberikan keselesaan kepada pesakit. Perkara yang selalunya dirawat adalah:

  • Kesakitan pesakit
  • Simptom sesak nafas
  • Rasa loya
  • Kemurungan
  • Simptom muntah-muntah

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:

  1. Spiro SG, Gould MK, Colice GL. Initial evaluation of the patient with lung cancer: symptoms, signs, laboratory tests, and paraneoplastic syndromes: ACCP evidenced-based clinical practice guidelines (2nd edition). Chest. 2007 Sep. 132(3 Suppl):149S-160S
  2. Strand TE, Brunsvig PF, Johannessen DC, et al. Potentially curative radiotherapy for non-small-cell lung cancer in Norway: a population-based study of survival. Int J Radiat Oncol Biol Phys. 2011 May 1. 80(1):133-41.
  3. Ito H, Matsuo K, Tanaka H, et al. Nonfilter and filter cigarette consumption and the incidence of lung cancer by histological type in Japan and the United States: analysis of 30-year data from population-based cancer registries. Int J Cancer. 2011 Apr 15. 128(8):1918-28.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 5 =