Skip to content

Beguk(Mumps): Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Apakah punca dan rawatan masalah beguk? Artikel ini akan membincangkan dan memberi panduan kepada anda berkenaan punca utama kepada masalah beguk dan juga rawatannya.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Simptom Beguk
  3. Punca Beguk
  4. Cara Jangkitan
  5. Kesudahan Pesakit
  6. Individu Berisiko
  7. Komplikasi
  8. Diagnosa lain
  9. Ujian Pemeriksaan
  10. Rawatan Beguk
  11. Cara Mengelakkan beguk

Pengenalan

Beguk merupakan keradangan atau bengkak pada kalenjar air liur dimana pesakit akan mengadu bengkak pada bahagian leher. Ia disebabkan jangkitan virus pada kalenjar air liur tersebut dan pesakit juga akan mengadu simptom demam dan selesema.

Masalah beguk ini selalunya menjangkiti kanak-kanak. Terdapat kepercayaan orang terdahulu dimana mereka menggunakan nila untuk merawat penyakit tersebut. Tetapi perlu diketahui bahawa virus beguk ini selalunya akan baik dengan sendiri tanpa menggunakan sebarang rawatan termasuk menggunakan antibiotik.

Simptom Beguk



Apabila seseorang itu terdedah dengan virus ini, ia akan memasuki fasa permulaan terlebih dahulu sebelum benar-benar menunjukkan simptom beguk iaitu bengkak di kawasan leher. Pesakit selalunya akan mempunyai beberapa simptom terlebih dahulu iaitu:

  • Demam dengan suhu yang tidak terlalu tinggi
  • Letih
  • Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Leher tidak bengkak lagi ketika ini.

Dalam fasa ini, pesakit masih mampu menjangkiti orang disekelilingnya walaupun simptom beguk itu masih belum jelas.

Selepas melalui fasa tersebut, kalenjar air liur akan mula keradangan menyebabkan kawasan leher kelihatan bengkak.

Pesakit yang mempunyai komplikasi daripada jangkitan kuman ini akan menghasilkan simptom selain daripada di atas. Simptom tersebut adalah:

`1. Jangkitan kuman pada selaput otak (Meningitis)



2. Jangkitan kuman pada testis (Orchitis)

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Punca Beguk

Beguk ataupun keradangan pada kalenjar air liur adalah disebabkan jangkitan virus yang berada dalam kumpulan Paramyxovirus. Perumah kepada virus ini hanyalah manusia. Maksudnya ia hanya menjangkiti manusia.

Terdapat juga beberapa jenis virus lain yang boleh menyebabkan keradangan pada kalenjar air liur seperti Parainfluenza virus, Coxsackievirus A dan virus influenza.

Cara Jangkitan Beguk

Virus ini disebarkan melalui titisan air yang terhasil ketika seseorang itu bersin ataupun batuk. Titisan air ini akan berterbangan dan masuk ke dalam saluran pernafasan orang dan menyebabkan orang tersebut pula dijangkiti.

Pesakit akan mula menunjukkan simptom dalam waktu 14-25 hari ketika pertama kali terdedah dengan virus tersebut.

Virus ini apabila telah memasuki bahagian saluran pernafasan, ia pada mulanya akan menjangkiti sel pada dinding saluran pernafasan dan membahagi lebih banyak pada kawasan tersebut. Seterusnya ia akan memasuki saluran darah dan merebak ke organ-organ lain termasuk kalenjar air liur.

Pada kalenjar air liur, virus ini akan membahagi dan merosakan sel dikawasan tersebut menyebabkan organ tersebut mengalami keradangan dan bengkak.



Ketika mana virus ini merebak pada organ lain seperti testis, ovari dan otak, ia akan menyebabkan keradangan pada bahagian tersebut. Keradangan tersebut juga boleh menyebabkan organ itu rosak dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Oleh sebab itu, kanak-kanak lelaki yang mengalami beguk dan keradangan pada bahagian testis boleh menjadikan kanak-kanak tersebut mandul.

Penyakit beguk ini sangat mudah berjangkit kepada orang lain malah sebelum pesakit menunjukkan sebarang simptom beguk, pesakit sudah pun mampu menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Kesudahan Pesakit

Majoriti daripada pesakit yang menghadapi jangkitan kuman ini mempunyai kesudahan yang bagus iaitu tidak menghadapi sebarang komplikasi. Tetapi jika ia menghadapi komplikasi tersebut ia boleh menyebabkan kematian terutamanya jika mengalami jangkitan kuman pada bahagian otak. Pesakit mempunyai kebarangkalian sebanyak 1.4% untuk meninggal dunia jika menghidapi jangkitan kuman di bahagian otak.

Bahkan komplikasi yang melibatkan keradangan pada bahagian testis ataupun ovari juga boleh menyebabkan kemandulan pada pesakit

Individu Berisiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh mendedahkan seseorang kepada jangkitan virus ini. Ia adalah:

  • Kanak-kanak yang tidak divaksin
  • Kanak-kanak yang divaksin tetapi tidak menyempurnakan 3 kali dos vaksin MMR
  • Masalah sistem imun
  • Pergerakan ke kawasan yang sedang mengalami wabak

Komplikasi

Komplikasi bagi penyakit beguk ini jarang dijumpai. Tetapi ia akan menyebabkan akibat yang buruk jika seseorang itu menghadapinya. Beberapa komplikasi tersebut adalah:

  • Jangkitan kuman pada testis(Orchitis)
  • Jangkitan kuman pada selaput otak (Meningitis)
  • Jangkitan kuman pada ovari(Oophoritis)
  • Jangkitan kuman pada pankreas(Pancreatitis)
  • Keradangan pada otot jantung (Myocarditis)

Penyakit lain yang berkaitan

Terdapat beberapa penyakit lain yang menunjukkan simptom yang sama seperti:

  • Jangkitan pada bahagian tulang mastoid(Mastoiditis)
  • Epididymitis
  • Jangkitan pada bahagian otak (encephalitis)
  • Sindrom sjorgen

Ujian Pemeriksaan

Selalunya pesakit yang menghadapai masalah ini akan disahkan melalui pemeriksaan klinikal sahaja. Daripada sejarah pesakit berserta pemeriksaan pesakit, seorang doktor boleh mengesahkan sama ada seseorang telah menghadapi beguk ataupun tidak.



Akan tetapi jika wabak beguk telah berlaku di sesuatu kawasan, spesimen daripada pesakit-pesakit tersebut perlulah diambil dan dikultur untuk mengetahui virus manakah yang menjadi punca kepada wabak tersebut.

Sampel yang akan diambil adalah spesimen air kencing, darah dan juga spesimen daripada tekak.

Rawatan Beguk

Majoriti daripada pesakit yang menghadapi penyakit ini akan baik dengan sendirinya tanpa memerlukan apa-apa ubat. Ini disebabkan jangkitan tersebut berasal daripada virus. Oleh itu, badan sendiri akan menghasilkan antibodi untuk membunuh virus tersebut.

Jika anda mempunyai beguk, anda boleh melakukan beberapa tips ini untuk mengurangkan penderitaan anda. Ia adalah

  • Menggunakan ubat paracetamol untuk mengurangkan suhu, sakit kepala mahupun untuk mengurangkan sakit dikawasan beguk tersebut.
  • Mengambil air dalam kuantiti yang banyak. Ia bertujuan untuk mengelakkan dehidrasi
  • Beguk tersebut boleh dituam dengan bungkusan air sejuk ataupun air panas(terpulang kepada anda) untuk mengurangkan rasa sakit.

Pesakit juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada tempat orang ramai bagi mengelakkan virus tersebut daripada terus merebak.

Cara Mengelakkan Beguk

Beguk berlaku disebabkan jangkitan virus beguk pada kalenjar air liur. Penyakit ini selalunya akan baik dengan sendirinya dalam tempoh 10 hari.

Akan tetapi, terdapat komplikasi yang mungkin berlaku pada mereka yang menghadapi masalah ini. Komplikasi tersebut adalah Jangkitan pada selaput otak(meningitis), Keradangan pada ovari(oophoritis), keradangan pada pancreas dan juga jangkitan kuman pada testis(orchitis)

Perlu diketahui bahawa terdapat vaksin yang boleh mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Ia merupakan vaksin kombinasi yang boleh mengelakkan daripada penyakit beguk, demam campak measles dan juga jangkitan rubella.



Di luar negara, vaksin ini telah dikombinasikan dengan satu lagi jenis penyakit iaitu chicken pox(cacar air). Oleh itu, pesakit akan dilindungi daripada 4 jenis penyakit. Penggunaan vaksin ini telah terbukti menurunkan kadar insiden penyakit-penyakit yang telah diterangkan di atas.

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Caplan CE. Mumps in the era of vaccines. CMAJ. 1999 Mar 23. 160 (6):865-6
  2. Centers for Disease Control and Prevention. Recommended adult immunization schedule, by vaccine and age group – United States 2015. Centers for Disease Control and Prevention.
  3. Saijo M, Fujita K. [Central nervous system infection caused by mumps virus]. Nihon Rinsho. 1997 Apr. 55 (4):870-5.
  4. Sonmez FM, Odemis E, Ahmetoglu A, Ayvaz A. Brainstem encephalitis and acute disseminated encephalomyelitis following mumps. Pediatr Neurol. 2004 Feb. 30 (2):132-4.
  5. McQuone SJ. Acute viral and bacterial infections of the salivary glands. Otolaryngol Clin North Am. 1999 Oct. 32 (5):793-811
  6. Hatchette TF, Mahony JB, Chong S, LeBlanc JJ. Difficulty with mumps diagnosis: what is the contribution of mumps mimickers?. J Clin Virol. 2009 Dec. 46 (4):381-3.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two + 14 =