Skip to content

Kanser Testis: Punca, Simptom dan Rawatan

Apakah punca kanser testis, simptom dan rawatannya?

Artikel ini akan membincangkan berkenaan masalah kanser testis ini, simptom-simptom yang anda wajib tahu berserta cara pemeriksaanya dan juga cara rawatan.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Simptom Kanser Testis
  3. Risiko dan Punca Kanser Testis
  4. Prognosis
  5. Diagnosa-diagnosa lain
  6. Tahapan Kanser
  7. Ujian Pengesahan
  8. Rawatan Kanser Testis
  9. Cara Melakukan Pemeriksaan Testis

Pengenalan

Berbicara tentang masalah organ seksual lelaki mahupun perempuan, merupakan perkara yang sungguh sukar di negara kita. Pelbagai stigma kurang baik timbul dalam kalangan masyarakat.



Perasaan malu yang boleh dikatakan tidak bertempat ini akhirnya menyebabkan ramai pesakit lambat untuk menerima rawatan. Justeru, penulisan hari ini akan cuba mengupas mengenai salah satu penyakit berkaitan organ pembiakan lelaki iaitu kanser testis.

Apa itu Testis?

Testis ialah dua organ pembiakan lelaki yang berbentuk oval. Ia diselebungi oleh kulit yang disebut sebagai skrotum. Fungsi testis ialah untuk menghasilkan sperma dan hormon badan iaitu testosteron. Fungsi hormon testosteron ialah untuk memberi sifat kelakian termasuk suara, pembentukan otot, keinginan seksual dan membantu sistem pembiakan.

Apa itu Kanser Testis?

Kanser testis ialah sejenis kanser buah zakar yang berlaku pada testis yang mana selalunya datang dengan simptom ketulan/pembesaran/benjolan kebiasannya tidak sakit pada testis. Kanser ini sering berlaku pada golongan lelaki muda berusia dalam lingkungan 15 hingga ke 40 tahun. Berdasarkan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007, bilangan pesakit kanser testis di Malaysia adalah sekitar 0.9%.

Simptom Kanser Testis



Terdapat beberapa simptom yang dihadapi oleh pesakit, ianya adalah:

  • Muncul ketulan/pembesaran/benjolan pada testis yang mana selalunya tidak menyakitkan.
  • Dalam keadaan akut (acute), mungkin menyakitkan sekiranya ada sejarah trauma pada testis.
  • Testis membengkak.
  • Merasa beban berat pada skrotum.
  • Berasa tidak selesa pada testis dan skrotum.
  • Sakit di bahagian abdomen atau pangkal paha.

Sekiranya ialah telah merebak ke bahagian badan yang lain, simptom tambahan lain yang mungkin ada adalah:

  • Cepat penat.
  • Hilang selera makan.
  • Penurunan berat badan yang ketara.
  • Sakit di bahagian abdomen.
  • Kesukaran untuk bernafas.
  • Sakit belakang.
  • Sakit kepala.
  • Bengkak nod limfa.
  • Batuk berdarah.

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Risiko dan Punca Kanser Testis

Kanser testis mungkin berlaku kepada mereka yang mempunya risiko seperti berikut:

  • Cryptorchidism (testis tidak turun dari abdomen).
  • Merokok .
  • Menghidap HIV.
  • Gonadal dysgenesis (masalah pembentukan sistem pembiakan).
  • Sejarah keluarga menghidap kanser.

Prognosis(Kesudahan Pesakit)

Kanser ini boleh merebak dengan cepat dan jika dikesan awal, ia antara kanser yang paling mudah untuk diubati. Secara keseluruhannya, pesakit kanser testis mempunyai kadar survival sebanyak 95%. Ini bermaksud, 95 pesakit daripada 100 pesakit yang mempunyai kanser ini boleh terus hidup paling kurang selama 5 tahun selepas di diagnos. Namun, kadar survival ini menurun sekiranya kanser di diagnos lewat.

Penyakit Lain yang Berkaitan

Antara diagnosa lain yang boleh menunjukkan simptom yang sama:

  • Acute epididymo-orchitis
  • Chronic epididymo-orchitis
  • Haematocele
  • Hydrocele
  • Jangkitan-Orchitis
  • Epididymal cyst

Tahapan Kanser

Tahap 1: Mempunyai ketulan/pembesaran/benjolan pada testis yang tidak menyakitkan. Namun tiada tanda ia telah merebak ke anggota badan yang lain.

Tahap 2: Mempunyai ketulan/pembesaran/benjolan pada testis mungkin menyakitkan. Merebak ke nod limfa di bahagian abdomen.



Tahap 3: Mempunyai ketulan/pembesaran/benjolan pada testis mungkin menyakitkan. Merebak ke nod limfa di bahagian atas diafragm.

Tahap 4: Mempunyai ketulan/pembesaran/benjolan pada testis. Telah merebak ke paru-paru atau hati atau tulang.

Ujian Pemeriksaan

Kanser testis boleh disahkan melalui pemeriksaan fizikal dan mengambil sejarah keluarga pesakit. Antara penyiasatan lain yang boleh dilakukan ialah:

1. Ultrasound skrotum

Ultrasound akan membantu doktor untuk mengetahui ciri-ciri ketulan tersebut.

2. Pengambilan darah untuk bacaan penanda tumor-LDH,AFP,BhCG

Penanda tumor ialah bahan semulajadi yang wujud dalam darah. Namun, ia boleh meningkat tinggi dalam beberapa situasi tumor/kanser. Walau bagaimanapun, bacaan penanda tumor yang tinggi tidak semestinya bermaksud pesakit mempunyai tumor/kanser tetapi ia membantu doktor untuk mendiagnos penyakit.

3. Imbasan CT dan Sinar-X



Membantu untuk mengesan sejauh mana kanser telah merebak ke anggota badan yang lain.

Rawatan Kanser Testis

Rawatan pesakit kanser bergantung kepada tahap kanser itu sendiri. Sekiranya dikesan pada tahap 1, cara merawatnya ialah dengan pembedahan membuang testis dan pesakit tidak memerlukan kemoterapi. Sekiranya ia berada di tahap seterusnya, pembedahan berserta kemoterapi dan radioterapi akan dicadangkan.

Cara Melakukan Pemeriksaan Testis

Cara membuat pemeriksaan adalah seperti berikut:

  • Digalakkan sebulan sekali.
  • Masa terbaik untuk memeriksa ialah selepas mandi apabila kulit buah zakar (skrotum) adalah longgar.
  • Periksa setiap buah zakar perlahan-lahan dengan kedua tangan dengan menggolekkan buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk.
  • Cari epididymis, struktur seperti tiub lembut di belakang buah zakar yang mengumpul dan membawa sperma. Jika anda sudah biasa dengan struktur ini, anda tidak akan keliru dengan benjolan tidak normal.
  • Cari sebarang benjolan atau ketidakseragaman. Perlu di ingat bahawa ketulan itu tidak menyakitkan.
  • Cari apa juga perubahan dalam saiz, bentuk atau tekstur. Ingat bahawa ia adalah normal unuk salah sebuah testis sedikit lebih besar.
  • Jika anda perasan ketulan atau sebarang perubahan seperti yang dinyatakan, anda perlu segera mendapatkan nasihat perubatan dan temujanji segera.

Penutup

Sekiranya anda mempunyai simptom seperti di atas, jangan bertangguh untuk mendapatkan nasihat perubatan kerana prognosis kanser ini adalah sangat baik.

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:



  1. Textbook: medbear
  2. Textbook: Browse’s Introduction To The Symptoms & Signs Of Surgical Disease
  3. Testicular Cancer-Hopksinmedicine
  4. Testicular Cancer – Mayoclinic
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 + five =