Skip to content

Kanser Buah Pinggang: Punca, Simptom dan Rawatan

Pasti anda sering mendengar tentang kegagalan buah pinggang oleh sebab penyakit kencing manis dan darah tinggi. Namun, pernahkah anda mendengar tentang kanser buah pinggang? Kanser ini adalah kanser keenam paling kerap bagi lelaki dan kelapan paling kerap dalam kalangan wanita, mengikut statistik dari Amerika Syarikat.

Isi Kandungan
  1. Pengenalan
  2. Punca Kanser Buah Pinggang
  3. Simptom Kanser Buah Pinggang
  4. Ujian Pengesahan
  5. Rawatan
  6. Kesan Jangka Panjang
  7. Pencegahan

Pengenalan


Buah pinggang adalah dua organ berbentuk kacang, bersaiz sebesar sebiji penumbuk setiap satu. Mereka terletak di abdomen sebelah kiri dan kanan tulang belakang. Buah pinggang menapis keluar kotoran dari darah dan membuat air kencing.

Jenis jenis kanser buah pinggang

  • Adenocarcinoma, iaitu kanser yang bermula daripada glandular sel yang menghasilkan mukus di buah pinggang. Ia melibatkan bahagian buah pinggang yang menapis darah.
  • Renal pelvis carcinoma berlaku di bahagian buah pinggang dimana air kencing dihasilkan.
  • Wilm’s tumor yang merupakan sejenis kanser buah pinggang yang terjadi pada kanak kanak.

Punca Kanser Buah Pinggang




Punca sebenar kanser ini masih belum diketahui dan masih dalam kajian lagi. Tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang akan meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghadapi kanser ini. Ia adalah:

  • Merokok
  • Obesiti
  • Tekanan darah tinggi
  • Sejarah kanser ginjal dalam keluarga
  • Penyakit buah pinggang yang lain
  • Von hippel Lindau disease
  • Hereditary papillary cell carcinoma

Kanser ini kerap dihidapi oleh golongan lelaki berusia 50 an.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom kanser buah pinggang


Tanda tanda mungkin akan muncul apabila kanser telah melarat:

Periksa Simptom anda Di Sini

Ujian Pengesahan


Doktor akan mengambil maklumat dengan terperinci berkaitan dengan sejarah kesihatan anda. Doktor juga akan melakukan pemeriksaan fizikal pada abdomen bagi memeriksa sebarang ketulan di abdomen. Bagi lelaki doktor juga akan memeriksa testis yang bengkak ataupun varicocele.



Antara ujian yang dilakukan bagi mengesahkan penyakit ini adalah:

1. Biopsi

Biopsi adalah prosedur pengambilan sampel daripada kawasan yang disyakit mengalami kanser. Sampel tersebut akan dihantar ke makmal bagi dilihat dibawah mikroskop.

2. Ujian Bilangan Sel Darah (Full blood count)

Ujian darah ini digunakan untuk memeriksa jumlah sel darah merah. Salah satu fungsi buah pinggang adalah untuk menghasilkan hormon eryhthropoietin yang menggalakkan penghasilan sel darah merah. Penghasilan sel darah merah ini akan terjejas ketika mana terdapat kanser ini. Ia boleh menyebabkan penghasilan darah merah yang berlebihan(polycythemia) ataupun kurang(Anemia).

3. Fungsi Buah Pinggang

Ujian fungsi buah pinggang adalah bagi melihat sama ada fungsi buah pinggang terjejas atau pun tidak disebabkan masalah ini. Bacaan yang akan dilihat adalah creatinine, urea dan elektrolit lain seperti potassium dan sodium di dalam darah.

4. Ujian Air Kencing



Ujian air kencing bagi memeriksa kehadiran darah di dalam air kencing ataupun tanda tanda jangkitan air kencing. Kehadiran darah mungkin salah satu petunjuk terdapat kanser ini.

5. Ujian Pengimejan

Ujian ini dilakukan untuk melihat imej buah pinggang tersebut dan juga kawasan kanser yang telah merebak. Beberapa ujian yang boleh dilakukan adalah:

Ultrasound

Ultrasound abdomen dan pundi kencing bagi memeriksa struktur dan saiz buah pinggang. Jika terdapat kanser, ultrasound boleh melihat saiz dan karakter ketumbuhan tersebut

Renal angiography

Prosedur ini melibatkan kateter yang dimasukkan ke dalam saluran darah utama di kaki ke dalam saluran darah buah pinggang. Mereka akan menyuntik sejenis pewarna dan xray akan diambil. Ini membantu doktor memeriksa saluran darah ke buah pinggang dan ke ketumbuhan sekiranya terdapat kanser.

CT scan, MRI dan PET scan



Pengimejan jenis ini adalah bagi melihat tulang, otot, lemak, organ dan saluran darah di sekitar buah pinggang. Ini digunakan untuk menetukan sekiranya kanser telah merebak ke tempat lain.

Rawatan kanser buah pinggang


1. Pembedahan

Rawatan kanser buah pinggang tertumpu kepada membuang ketumbuhan dari badan. Ini biasa dilakukan melalui pembedahan. Pembedahan boleh dibahagikan kepada jenis radikal atau konservatif.

  • Radical nephrectomy ialah pembedahan membuang buah pinggang termasuk tisu di sekitarnya serta biji limfa. Ini dilakukan melalui bukaan yang besar ataupun laparoscopy iaitu menggunakan kamera.
  • Conservative nephrectomy iaitu membuang hanya ketumbuhan, tisu di sekeliling dan biji limfa. Buah pinggang tidak dibuang. Sel kanser boleh dibunuh dengan pembekuan dipanggil cryosurgery ataupun melalui radiofrequency ablation menggunakan haba.

2. Kemoterapi dan Radioterapi

Bagi kanser yang telah merebak ke bahagian badan lain, pembedahan sahaja tidak mencukupi. Setelah ketumbuhan dibuang, rawatan lain diperlukan seperti immunotherapy, targeted therapy, dan radiasi.

  • Immunotherapy menggunakan bahan kimia imun versi sintetik seperti interferon dan aldesleukin
  • Targeted drugs direka untuk menghalang sesetengah signal abnormal yang ada pada sel kanser. Sebagai contoh axinitib, bevacizumab dan sorafenib. Mereka menghalang penghasilan saluran darah baru yang membekalkan nutrien kepada sel kanser.

Kesan jangka panjang kanser ginjal


Hampir 65% kanser buah pinggang dan pelvis ditemui di tahap awal sebelum mereka merebak. Kanser boleh merebak ke buah pinggang lagi satu tetapi lebih kerap merebak ke paru paru. Kanser yang telah merebak lebih sukar untuk dirawat.

Antara komplikasi kepada kanser ini ialah:

  • Tekanan darah tinggi
  • Jumlah kalsium yang berlebihan dalam darah
  • Penghasilan sel darah merah secara berlebihan
  • Masalah hati

Peluang untuk hidup bergantung kepada keadaan ketika dirawat. Bagi pesakit kanser tahap 1, peluang hidup adalah sebanyak 81%.



Cara mengelakkan kanser buah pinggang


Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kanser ini. Ia adalah:

  • Berhenti merokok
  • Amalkan pemakanan seimbang dan sihat
  • Mengawal berat badan sihat
  • Melindungi diri daripada terdedah kepada toksin
  • Mengawal tekanan darah tinggi

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan

  1. Kidney Cancer – Healthline
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + 16 =