Skip to content

Kanser Rahim: Punca, Simptom dan Rawatan

Kanser rahim adalah salah satu kanser ynag kerap berlaku pada wanita. Pesakit selalunya jarang dikesan pada peringkat awal kerana ia tidak mempunyai sebarang simptom sehinggalah ia sudah membesar dan merebak ke kawasan yang lain.

Ia berlainan dengan kanser pangkal rahim atau lebih dikenali sebagai kanser serviks kerana mempunyai punca yang berbeza. Kanser rahim ini melibatkan bahagian tengah dan atas rahim sahaja. Rawatan diantara dua jenis kanser ini juga berbeza di antara satu sama lain.

Punca Kanser Rahim

Jenis kanser ini selalunya disebabkan terlebihnya hormon estrogen dalam badan. Ia boleh disebabkan pengambilan daripada luar ataupun ia meningkat dengan sendirinya daripada dalam badan disebabkan masalah tertentu



Beberapa faktor risiko yang meningkatkan kebarangkalian untuk terkena kanser rahim:

  • Pengambilan hormon estrogen (Contohnya dalam replacement hormone therapy)
  • Obesity
  • Polycystic ovarian syndrome
  • Pengambilan ubat tamoxifen
  • Tidak pernah mengandung (Nulliparity)
  • Mula datang haid di awal usia
  • Haid berhenti(menopause) pada lewat usia
  • Pengambilan alkohol

Simptom dan Tanda Kanser Rahim

Terdapat beberapa simptom yang akan dihadapi oleh mereka yang mengalami kanser rahim.

  • Pendarahan haid yang tidak normal. Pendarahan yang berpanjangan ataupun pendarahan yang banyak ketika datang haid
  • Haid yang tidak tentu
  • Cecair busuk yang keluar daripada kemaluan
  • Sakit bahagian ari-ari
  • Pengurangan berat badan yang ketara

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Penyiasatan

Untuk melihat ketumbuhan di dalam rahim, terdapat beberapa prosedur yang boleh dilakukan. Ianya adalah:

  • Ultrasound: Pengimbas ultrasound boleh digunakan untuk melihat ketumbuhan di bahagian rahim.
  • Hysteroscopy: Ini adalah prosedur dimana kamera dimasukkan ke dalam rahim untuk melihat keadaan dalam rahim. Jika adanya ketumbuhan, maka sampel biopsi akan diambil daripada ketumbuhan tersebut
  • X-ray dada: Pesakit akan menjalani x-ray dada jika disyaki kanser tersebut sudah merebak ke bahagian paru-paru
  • Ct- Scan: Pengimbas ini juga akan digunakan untuk melihat samada kanser tersebut sudah merebak ke bahagian organ badan yang lain. Ia penting kerena perkara inilah yang akan menentukan tahapan kanser pada pesakit tersebut.

Rawatan

Rawatan kanser rahim ini adalah bergantung kepada tahapan kanser tersebut, keadaan pesakit dan juga kehendak pesakit. Pembedahan merupakan rawatan utama untuk membuang sel kanser daripada badan dan diikuti dengan kemoterapi dan radioterapi



1. Pembedahan

Pembedahan untuk membuang rahim adalah digalakan untuk semua pesakit yang mempunyai kanser ini. Bagi pesakit yang sudah berumur, doktor mungkin akan mengesyorkan untuk membuang ovari sekali terutamanya bagi mereka yang sudah menopause.

Bagi sesiapa yang belum menopause dan ingin membuang ovari, ia mungkin akan menyebabkan simptom menopause sebaik selepas ovari tersebut dibuang.

Ketika pembedahan doktor juga akan melihat keadaan dinding di sekeliling rahim tersebut untuk melihat samada kanser tersebut sudah pergi ke tempat lain ataupun tidak.

2. Radioterapi

Dalam prosedur ini, radiasi yang kuat digunakan untuk membunuh sel kanser yang masih wujud selepas pembedahan.

3. Terapi hormon

Rawatan ini melibatkan pengambilan ubat yang akan meningkatkan kandungan progesteron dalam badan ataupun yang akan merencat penghasilan estrogen dalam badan.



Ini disebabkan progesteron yang tinggi akan merencat kanser rahim daripada terus berlaku. Begitu juga ketika mana hormone estrogen rendah, ia juga akan merencat kanser uterus daripada terus membesar

4. Kemoterapi

Dalam rawatan ini, ia menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser yang masih tinggal di dalam badan kita.

5. Rawatan paliatif

Jika kanser tersebut sudah merebak ke kawasan badan yang lain, bermakna pesakit itu telah mempunyai tahapan kanser yang ke-4. Rawatan pada ketika ini adalah lebih kepada rawatan paliatif iaitu untuk memberikan keselesaan kepada pesakit sahaja.

Periksa Simptom anda Di Sini

Masalah Kanser yang lain

Kanser UsusKanser Esofagus
Kanser HatiKanser Perut
Kanser MataKanser Buah Pinggang
Kanser ProstatKanser Payudara
Kanser TulangKanser Testis
Kanser Pundi KencingKanser Hidung
Kanser OvariKanser Rahim
Kanser Paru-paruKanser Pankreas
Kanser LimfomaKanser Otak
Kanser TiroidKanser Kulit
Kanser GusiKanser Tekak
Kanser TonsilKanser Lidah
Kanser MulutKanser Serviks

Rujukan:



  1. Siegel R, Miller K, Jemal A. Cancer statistics, 2015. CA Cancer J Clin. 2015. 65:5-29.
  2. Ueda SM, Kapp DS, Cheung MK, Shin JY, Osann K, Husain A, et al. Trends in demographic and clinical characteristics in women diagnosed with corpus cancer and their potential impact on the increasing number of deaths. Am J Obstet Gynecol. 2008 Feb. 198 (2):218.e1-6.
  3. Scholten AN, van Putten WL, Beerman H, et al. Postoperative radiotherapy for Stage 1 endometrial carcinoma: long-term outcome of the randomized PORTEC trial with central pathology review. Int J Radiat Oncol Biol Phys. 2005 Nov 1. 63(3):834-8

Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

three × 4 =