Skip to content

Sakit Ari ari: Punca dan Rawatan

Sakit ari-ari merupakan salah satu simptom yang selalu berlaku di dalam masyarakat. Kesakitan ini boleh berlaku secara sederhana dan pesakit boleh menahan sakit tersebut hinggalah kepada tahap kesakitan yang menyebabkan pesakit datang ke klinik atau hospital.

Faktor yang menyebabkan masalah ini selalunya berpunca darpada perkara yang tidak berbahaya seperti senggugut dan juga kencing kotor. Akan tetapi, jika sakit tersebut teruk, ia boleh disebabkan batu karang dan lain-lain

Wanita hamil juga lebih mudah mengalami masalah ini kerana ketika hamil, saluran air kencing mereka lebih longgar menyebabkan kuman daripada kemaluan mudah naik ke dalam salur kencing. Pesakit ini selalunya akan mengalami kencing kotor.

Punca Sakit Ari-ari




Terdapat banyak punca-punca atau penyebab kepada sakit ari-ari. Punca punca ini dibahagikan kepada punca daripada organ reproduktif dan punca selain daripada organ reproduktif.

Punca daripada organ reproduktif

Antara punca-punca daripada struktur reproduktif adalah seperti:

Punca selain daripada organ reproduktif

Terdapat punca-punca yang lain iaitu:

  • Jangkitan buah pinggang (pyelonephritis)
  • Nanah di buah pinggang (Perinephric abscess)
  • Batu karang
  • Jangkitan pundi kencing
  • Jangkitan prostat
  • Kencing kotor 

Secara ringkasnya, sakit ari-ari boleh disebabkan oleh

SenggugutEndometriosis
Kandungan luar rahimKencing kotor
Batu karangProstat Bengkak
SembelitKanser Pundi Kencing

Simptom dan tanda


Selain dari sakit ari-ari, pesakit juga boleh mempunyai simptom lain bergantung kepada punca penyakit tersebut.



Simptom dan tanda-tanda tersebut adalah seperti:

1. Senggugut

Sakit ari-ari selalunya berlaku ketika pesakit sedang datang haid ataupun beberapi sebelum datang haid.

2. Endometriosis

Endometriosis berlaku apabila sel endmetrium pada dinding rahim tumbuh di kawasan yang salah. Sel endometrium ini berfungsi untuk menebalkan dinding rahim supaya bersedia menerima penempelan embrio. Ia akan runtuh semula menjadi darah haid jika kehamilan tidak berlaku

Apabila ia tumbuh pada kawasan selain daripada rahim, maka berlakulah endometriosis. Jika ia berlaku pada bahagian pundi kencing, maka pesakit selalunya akan mengalami simptom sakit ari ari ini ketika sedang haid

3. Salphingitis

Dalam penyakit ini, terdapat keradangan di bahagian tiub fallopio disebabkan jangkitan kuman dibahagian tersebut. Pesakit akan mengalami demam yang tinggi.



4. Kandungan luar rahim

Biasanya pesakit yang mengalami kandungan luar rahim akan merasa sakit bermula di kawasan ari-ari dan kemudian merebak ke seluruh abdomen.

Ujian air kencing akan menunjukkan pesakit mengandung. Tetapi apabila ultrasound dibuat, didapati kandungan tidak terdapat di dalam rahim dan mungkin boleh dilihat pada kawasan yang lain

5. Jangkitan kuman pada buah pinggang

Penghidap penyakit ini selalunya akan mengalami sakit yang kuat di bahagian pinggang.

6. Kencing kotor

Kebiasaannya, pesakit kencing kotor selalunya akan merasai kesakitan yang lebih ketara sewaktu membuang air kecil.

7. Batu Karang



Pesakit batu karang akan merasa sakit belakang yang teruk disebabkan saluran air kencing yang tersumbat. Terkadang pesakit akan merasakan kencingnya berpasir dan kencing berdarah

Periksa Simptom anda Di Sini

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Ujian yang dibuat untuk mengesan punca


Beberapa ujian saringan yang perlu dilakukan untuk mengetahui faktor kepada sakit ari-ari adalah:

1. Ujian air kencing

Ujian ini adalah penting untuk mengenalpasti sama ada terdapat jangkitan kuman pada sistem saluran air kencing ataupun masalah batu karang. Melalui ujian ini juga, pesakit boleh boleh diuji samada sedang hamil ataupun tidak hamil.

2. Ujian bilangan darah

Juga dipanggil ujian Full Blood Count. Ujian ini digunakan intuk mendapatkan bacaan kiraan sel darah putih. Jika hasil keputusan bacaan adalah tinggi, maka pesakit berkemungkinan terkena jangkitan kuman.

3. X-ray



Untuk mengesan kehadiran batu karang.

4. Ultrasound

Ujian ini berfungsi untuk melihat struktur reproduktif wanita, mengesan lokasi kandungan dan juga mengesan lokasi batu karang.

5. Kultur daripada air kencing

Prosedur ini dilakukan jika pesakit yang mengalami jangkitan kuman daripada air kencing mendapati kesukaran untuk sembuh.

Melalui prosedur kultur air kencing, bakteria yang terdapat dalam air kencing pesakit akan dibiakkan untuk melihat dan memastikan jenis bakteria tersebut.

Seterusnya, rawatan yang lebih spesifik akan diberikan oleh doktor kepada pesakit tersebut.

Rawatan sakit ari-ari


Rawatan yang akan diberikan berkenaan dengan masalah ini adalah bergantung kepada puncanya. Antaranya:



1. Kencing kotor 

Rawatan bagi masalah ini adalah dengan mengambil ubat antibiotic yang diberikan oleh doktor.

2. Kandungan luar rahim

Selalunya bagi kes seperti ini, pembedahan akan dilakukan untuk mengeluarkan kandungan tersebut.

Terdapat juga prosedur lain yang jarang dilakukan iaitu dengan memberikan suntikan kepada pesakit untuk membuatkan kandungan tersebut tidak menjadi.

3. Ovarian cyst

Rawatan yang diberikan selalunya bergantung kepada saiz dan keadaannya. Jika saiz ‘cyst’ adalah terlalu besar wtaupun apabila keadaan dan kedudukan ‘cyst’ tersebut telah membuatkan aliran darah tersekat dan tidak kepada kawasan ‘cyst’, maka pembedahan hendaklah dilakukan.

4. Endometriosis



Rawatan yang biasa diberikan adalah ubat yang berfungsi untuk menghentikan pembentukan darah haid di kawasan tersebut dan pada masa yang sama, selalunya pesakit akan diberikan rawatan kesuburan supaya dapat menggalakkan pesakit untuk mengandung.

Ketika mengandung, pesakit tidak akan mengalami kesakitan tersebut kerana mereka tidak mengalami haid.

5. Batu karang

Rawatannya bergantung kepada saiz batu karang tersebut. Jika saiznya kecil, doktor biasanya akan menasihati pesakit supaya minum air lebih banyak untuk menghancurkan batu tersebut. Jika saiznya besar, prosedur selanjutnya perlu dibuat untuk mengeluarkan batu tersebut.


Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami sakit ari-ari disertai dengan tanda-tanda seperti ini, anda perlulah segera berjumpa dengan doktor. Antaranya seperti:

  • Demam yang tinggi
  • Sakit ari ari yang teruk
  • Keputusan ujian air kencing untuk menentukan kehamilan adalah Positif dan disertai sakit yang teruk
  • Kencing keluar darah
  • Kencing keluar nanah
  • Mempunyai nanah yang meleleh daripada kemaluan

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Donaldson, CK. “Acute Gynecologic Disorders”. Radiol Clin North Am. vol. 53. 2015 Nov. pp. 1293- 307.
  2. Greenberger, NJ, Blumberg, RS, Burakoff, R. “Current Diagnosis & Treatment: Gastroenterology, Hepatology, & Endoscopy”. McGraw-Hill. 2012, Knudson, MP. “Evaluation of acute abdominal pain in adults”. Am Fam Physician. vol. 77. 2008 Apr 1.pp. 971-8.
  3. Longo, DL, Fauci, AS, Kasper, DL. “Harrison’s Principles of Internal Medicine”. McGraw-Hill. 2008. McCormack, WM. “Pelvic inflammatory disease”. N Engl J Med. vol. 330. 1994. pp. 115-119.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 2 =