Skip to content

Rahim Jatuh: Punca, simptom dan rawatan

Rahim jatuh (peranakan jatuh) juga dikenali sebagai procidentia bermaksud rahim telah jatuh ke bawah diluar daripada lokasi sebenar memasuki vagina

Apabila perkara ini berlaku, ia juga akan menyebabkan masalah lain seperti wanita tersebut akan mengalami kencing yang tidak dapat dikawal.

Selalunya rahim akan dipegang supaya tidak bergerak dengan menggunakan otot dan ligamen yang terdapat dikawasan tersebut. Apabila ia seseorang itu semakin tua ataupun mengalami kecedaraan dibahagian tersebut, ia akan menjadikan otot dan ligament tersebut lemah.



Oleh itu, struktur tersebut tidak mampu lagi menampung rahim menyebabkan rahim jatuh ke dalam lubang faraj (vagina).

Rahim jatuh ini boleh berada di dalam vagina ataupun lebih teruk lagi ia boleh keluar daripada vagina.

Punca rahim jatuh

Terdapat beberapa punca yang menyebebkan masalah ini. Ia adalah:

  • Hamil dan kelahiran anak: Kelahiran dipercayai menjadi punca kepada masalah ini. Ia boleh terus berlaku sebaik sahaja bersalin ataupun 30 tahun selepas daripada itu. Kebanyakkan faktor seperti berat bayi, trauma ketika melahirkan anak, kelahiran yang menekankan boleh menyebabkan otot bahagian peranakan menjadi lemah
  • Fibroid yang besar
  • Proses penuaan
  • Menopause
  • Obese
  • Batuk yang lama
  • Asyik sembelit
  • Selalu mengangkat berat
  • Mempunyai sejarah pembedahan dibahagian tersebut

Komplikasi rahim jatuh

Terdapat beberapa komplikasi kepada mereka yang mengalami masalah ini:

  • Ulser: Dalam kes rahim jatuh, permukaan vagina mungkin akan terdedah menyebabkan ia kering dan menghasilkan ulser. Ulser tersebut akan lebih mudah dijangkiti kuman
  • Rahim tersekat di dalam vagina: Rahim yang berada di dalam vagina mungkin akan membengkak dan menyebabkan ia susah untuk ditolak balik ke dalam abdomen. Ini akan menyebabkan bengkak tersebut menjadi lebih teruk dan saluran darah akan tersumbat disebabkan rahim yang semakin membengkak
  • Organ lain dikawasan tersebut juga boleh jatuh seperti pundi kencing dan usus besar bahagian rektum

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Tanyakan soalan anda disini

Simptom dan Tanda tanda Rahim Jatuh

Pesakit mungkin akan mengalami beberapa tanda ini iaitu:

  • Merasakan bahagian ari-arinya penuh dan tidak selesa
  • Merasakan sesuatu terkeluar daripada vagina nya
  • Sakit dibahagian ari-ari dan belakang
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks
  • Terkeluar sesuatu benda dari vagina
  • Selalu mengalami jangkitan kuman pada tempat buang air kecil (kencing kotor)
  • Susah untuk membuang air kencing
  • Tidak boleh mengawal pembuangan air kencing


Periksa Simptom anda Di Sini

Diagnosa-diagnosa lain

Terdapat beberapa diagnosa lain yang mungkin menunjukkan simptom yang sama. Ia adalah

  • Jangkitan kuman pada tempat buang air kencing (kencing kotor)
  • Bagi mereka yang mengandung, keguguran mungkin salah satu diagnosa lain
  • Kanser di dalam kawasan pelvis
  • Keradangan saluran vagina
  • Fibroid

Penyiasatan

Selalunya pesakit akan diperiksa terlebih dahulu untuk melihat tahap masalah tersebut.

Penyiasatan lain yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan pengimbas ultrasound. Imej daripada ultrasound tersebut akan menunjukkan rahim tidak lagi berada di dalam kedudukannya yang normal. Selalunya ia akan berada di dalm vagina

Rawatan Rahim Jatuh

Rawatan rahim boleh dibahagikan kepada dua iaitu rawatan konservatif dan juga pembedahan

Rawatan konservatif

Terdapat beberapa perkara yang dibuat untuk rawatan jenis ini. Ia adalah:

  • Senaman Kegel(Kegel’s exercise: Dimana pesakit akan melakukan senaman dengan mengemutkan otot bahagian pelvis
  • ‘vaginal pessary’: Alat ini berbentuk seperti donut. Cara pakai adalah dengan meletakkan ia ke kawasan serviks. Alat itu akan tersekat dibahagian tersebut dan rahim tidak boleh turun ke bawah
  • Terapi penggantian estrogen: Pesakit akan diminta untuk mengambil hormon estrogen untuk mengelakkan otot dna ligamen menjadi lemah. Tetapi ia juga akan meningkatkan risik penyakit yang lain seperti kanser payudara dan juga pembekuan darah di bahagian kaki.

Pembedahan



Terdapat beberapa jenis pembedahan yang digunakan untuk merawat masalah ini. Ia adalah:

  • Vaginal hysterectomy with vaginal vault suspension: Dalam prosedur ini rahim akan dibuang melalui vaginan dan hujung vagina akan di sangkut dalam kawasan pelvis supaya ia tidak terkeluar
  • Abdominal hysterectomy: Bermaksud rahim dibuang melalui pembedahan dari kawasan abdomen

Terdapat juga beberapa prosedur pembadahan yang lain. Pesakit perlulah membincangkan perkara ini dengan doktor yang merawat agar ianya paling sesuai dengan keadaan pesakit.

Cara untuk mengelakkan rahim jatuh

Terdapat beberapa cara. Ia adalah

  • Diet yang sihat akan mengelakkan seseorang mengalami sembelit jesteru mengelakkan daripada rahim jatuh
  • Senaman perlulah sentiasa dilakukan
  • Pesakit yang asyik meneran disebabkan sembelit, perlulah mendapatkan rawatan doktor
  • Senam kegel perlu sentiasa dilakukan
  • Berhenti merokok kerana ia akan menyebabkan batuk ayng kronik
  • Elakkan dari sentiasa mengangkat benda yang berat

Periksa Simptom anda Di Sini

Rujukan:

  1. Tsikouras P, Dafopoulos A, Vrachnis N, Iliodromiti Z, Bouchlariotou S, Pinidis P, et al. Uterine prolapse in pregnancy: risk factors, complications and management. J Matern Fetal Neonatal Med. 2013 Jul 9.
  2. Kow N, Goldman HB, Ridgeway B. Uterine conservation during prolapse repair: 9-year experience at a single institution. Female Pelvic Med Reconstr Surg. 2015 Oct 29.
  3. Ridgeway BM. Does prolapse equal hysterectomy? The role of uterine conservation in women with uterovaginal prolapse. Am J Obstet Gynecol. 2015 Dec. 213(6):802-9.
Advertisements

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eighteen + thirteen =