Demam: Punca, Simptom dan Cara Rawatan

Published by Dr Latif Saad on

Demam juga dikenali sebagai hipertermia bermaksud suhu badan yang meningkat. Demam boleh kena pada semua peringkat umur tidak kisah bayi hinggalah orang dewasa.

Kenaikan suhu badan pada satu jangka masa yang pendek boleh digunakan untuk melawan jangkitan kuman. Akan tetapi jika ianya terlalu lama, ia mungkin memberi petunjuk kepada keadaan lain yang lebih serius.

Jika kita dapat mengenalpasti masalah ini, ia akan membuatkan ibubapa mampu mendapatkan rawatan yang cepat bagi anaknya.

Suhu demam adalah apabila ia melebihi suhu 37.5 darjah celcius.

Apakah fungsi demam?

Demam berfungsi untuk melawan jangkitan kuman di dalam badan. Kenaikan suhu yang sedikit akan menyebabkan majoriti kuman dalam badan tidak dapat membiak dengan baik.

Suhu yang tinggi juga akan menyebabkan sel darah putih lebih aktif dihasilkan untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa demam bukanlah sesuatu yang berbahaya tetapi ia adalah mekanisma badan yang digunakan untuk melawan kuman

Apakah Punca Demam?

Masalah ini berlaku apabila satu bahagian yang mengawal suhu di otak iaitu di hipotalamus telah menentukan suhu badan supaya menjadi lebih tinggi.

Apabila ini berlaku, pesakit mesti akan rasa seolah-olah kesejukan dan mengambil pakaian dan selimut untuk memanaskan badan. Perkara ini pada akhirnya akan menyebabkan suhu badan menjadi lebih tinggi.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini. Ia adalah:

Beberapa simptom lain yang mungkin timbul ketika demam adalah:



Rawatan Demam di rumah

Rawatannya bergantung kepada keadaan pesakit. Demam yang tidak terlalu tinggi selalunya tidak memerlukan rawatan daripada doktor. Pesakit diminta untuk meminum air kosong dengan lebih banyak dan rehat dengan secukupnya untuk memastikan badan dapat melawan jangkitan kuman tersebut

Apabila pesakit mempunyai simptom lain seperti rasa tidak selesa dan kekeringan, pesakit diminta untuk berbuat sesuatu untuk menurunkan suhu badan. Ia adalah:

  • Memastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan mempunyai pengudaraan yang baik
  • Selalu mandi ataupun dimandikan dengan menggunakan sponge
  • Mengambil ubat demam
  • Meminum air dengan lebih banyak

Bila perlu berjumpa dengan doktor?

Jika pesakit mengalami demam yang ringan, ia boleh dirawat di rumah. Jika, masalah tersebut teruk ataupun mempunyai simptom yang lain, pesakit dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Anda perlu bawa anak anda berjumpa dengan doktor jika mereka:

  • Berumur kurang daripada 3 bulan
  • Berumur 3 bulan hingga 6 bulan dan kelihatan letih dan tidak selesa
  • Berumur 6 bulan hingga 2 tahun dan demam tersebut lebih dari 1 hari

Bagi mereka yang berumur lebih dari 2 tahun, mereka perlulah dibawa berjumpa dengan doktor jika mereka:

  • Suhu melebihi 39 darjah celcius
  • Demam lebih daripada 3 hari
  • Terlalu letih
  • Kurang minum
  • Kurang kencing
  • Nampak tidak selesa

Anda dan anak anda perlu terus berjumpa dengan doktor jika mempunyai simptom dibawah iaitu:

  • Sakit kepala yang melampau
  • Ruam badan
  • Sakit leher
  • Kerap muntah
  • Sakit perut yang teruk
  • Kencing sakit
  • Pendarahan pada mana-mana bahagian badan
  • Pengsan
  • Perangai berubah menjadi agresif ataupun lain daripada yang lain

Bila demam menjadi perkara kecemasan?

Pesakit perlu terus dibawa ke jabatan kecemasan yang berdekatan jika pesakit mengalami:

  • Konfius
  • Tidak boleh berjalan
  • Bernafas laju
  • Sakit dada
  • Sawan
  • Bayi yang berterusan menangis

Bagaimana cara untuk mengelakkan demam?

Mengelakkan diri untuk dijangkiti kuman adalah salah satu cara untuk mengelakkan demam. Disini ada beberapa tips untuk mengurangkan pendedahan kepada perkara tersebut.

  • Basuh tangan adan selalu terutamanya sebelum makan, selepas menggunakan tandas dan juga selepas bertemu dengan orang ramai
  • Tunjukkan kepada anak anda cara basuh tangan yang betul. Basuhan tersebut perlulah merangkumi bahagian atas dan bawah tapak tangan
  • Bawah pencuci antibakteria sentiasa. Dan gunakan ia apabila tiada air dan juga sabun untuk mencuci tangan
  • Elakkan untuk memegang hidung, mata dan mulut selalu. Ini kerana semakin kerap kita memegangnya semakin mudah kuman daripada tangan kita masuk ke kawasan tersebut
  • Tutup mulut apabila batuk dan bersin
  • Elakkan daripada berkongsi barangan seperti cawan, sudu, garpu dan juga alat mandian


Rujukan:

  1. Fever and taking your child’s temperature. (2015, August). kidshealth.org/en/parents/fever.html
  2. Mayo Clinic Staff. (2014, May 29). Fever. <;”>mayoclinic.com/health/fever/DS00077/
Categories: Simptom

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

13 Comments

Dialisis: Apa itu Dialisis dan Bagaimana ia dilakukan - The Diagnosa · January 16, 2019 at 6:53 am

[…] Demam […]

DEMAM PADA KANAK-KANAK. APA YANG ANDA PERLU TAHU? - Root of Science · January 30, 2019 at 11:55 pm

[…] DEMAM YANG TINGGI TIDAK MENYEBABKAN ANAK TERENCAT PERKEMBANGAN […]

Demam Campak (Measles): Punca, Simptom dan Rawatan - TheDiagnosa · April 7, 2019 at 10:54 am

[…] Demam yang teruk(Suhu pesakit selalunya melebih 38.5 darjah celcius) […]

Chicken Pox(Cacar air): Punca dan Cara rawatan - TheDiagnosa · April 7, 2019 at 1:16 pm

[…] Demam yang diikuti dengan ruam cacar pada kulit […]

Kencing berdarah: Punca, Simptom dan Cara Rawatan - TheDiagnosa · April 8, 2019 at 8:39 am

[…] Demam […]

Jangkitan Paru paru: Punca, Simptom dan Rawatan - TheDiagnosa · April 10, 2019 at 5:08 pm

[…] Demam yang tinggi […]

Telinga Bernanah: Punca dan Rawatan - TheDiagnosa · April 19, 2019 at 8:21 am

[…] Demam […]

Termometer yang sesuai untuk anak anda - TheDiagnosa · April 22, 2019 at 9:21 am

[…] Termometer merupakan salah satu alat yang selalu dibeli terutamanya yang baru sahaja bergelar ibubapa. Ia adalah salah satu alat yang sangat berguna ketika anak anda sedang mengalami demam. […]

Adakah jangkitan paru-paru boleh menyebabkan kematian? - TheDiagnosa · May 21, 2019 at 7:17 am

[…] Demam yang tinggi […]

Kencing Tikus(leptospirosis): Punca, Simptom dan Cara Rawatan · June 2, 2019 at 6:17 am

[…] Demam yang tinggi […]

Demam Virus: Punca, Simptom dan Rawatan - TheDiagnosa · July 9, 2019 at 6:34 am

[…] virus merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan seseorang itu mengalami simptom demam. Ianya berpunca daripada virus dan selalunya pesakit akan sembuh dengan sendirinya selepas 2-3 hari […]

Nak sembuh demam selesema? Guna air garam je. - TheDiagnosa · July 9, 2019 at 2:55 pm

[…] rawatan demam selesema adalah lebih kepada merawat simptom yang dihadapi oleh pesakit. Jika pesakit demam, maka pesakit akan diberikan ubat demam. Jika pesakit selesema, pesakit akan diberikan ubat […]

Nak sembuh demam selesema cepat? Guna air garam je · August 1, 2019 at 7:21 am

[…] demam selesema adalah lebih kepada merawat simptom yang dihadapi oleh pesakit. Jika pesakit demam, maka pesakit akan diberikan ubat demam. Jika pesakit selesema, pesakit akan diberikan ubat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *